CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Ya, Memang Saya Yang Ditahan Reman”- Mamat Sepah Mengaku Sebar Maklumat Dalaman, Tetap Terima Layanan Baik Oleh Polis

6-7-2024 10:07 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11841| Komen: 8

Description: Pelawak terkenal, Mamat Sepah atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad, telah mengesahkan bahawa beliau dan isterinya, Nordiana Ibrahim, ditahan reman baru-baru ini berhubung penyebaran maklumat dalaman I ...

Pelawak terkenal, Mamat Sepah atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad, telah mengesahkan bahawa beliau dan isterinya, Nordiana Ibrahim, ditahan reman baru-baru ini berhubung penyebaran maklumat dalaman Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di aplikasi Telegram.

Dalam satu kenyataan kepada Harian Metro, Mamat menjelaskan bahawa penahanan mereka adalah sebahagian daripada siasatan yang masih berjalan.

“Ya, memang saya yang ditahan reman berhubung kes tular baru-baru ini. Alhamdulillah, keadaan saya macam biasa saja lagipun ia masih dalam peringkat siasatan lagi,” kata Mamat.



Beliau turut mengesahkan bahawa dirinya dan isteri telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis dan menerima layanan baik sepanjang tempoh siasatan.

Menurut Mamat, tidak ada isu atau masalah lain yang timbul sepanjang tempoh reman. Namun, apabila ditanya mengenai dakwaan penyebaran maklumat itu, Mamat memilih untuk tidak mengulas lanjut dan menyerahkan perkara tersebut kepada peguamnya.

Selepas menjalani tempoh reman, Mamat dibebaskan pada petang Khamis, manakala isterinya yang juga seorang anggota polis dibebaskan dua hari selepas ditahan.

Peguam yang mewakili Mamat, Muhammad Fadhli M. Sutris, menyatakan bahawa kes tersebut masih dalam siasatan dan menasihatkan orang ramai untuk berhenti membuat sebarang spekulasi di media sosial yang boleh mengganggu proses siasatan.


“Kes ini akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya dan perkara ini akan dinilai untuk tindakan selanjutnya. Proses siasatan masih dijalankan dan saya menasihatkan kepada semua jangan memberikan komen atau buat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis,” kata Muhammad Fadhli.

Terdahulu, Murai My ada melaporkan bahawa seorang pelawak dan isterinya telah direman selama dua hari bermula Isnin lalu untuk membantu siasatan berhubung penyebaran maklumat dalaman IPD Shah Alam di Telegram.



Penahanan ini menimbulkan pelbagai spekulasi dan perbincangan di media sosial, namun Mamat dan peguamnya menekankan bahawa kes ini masih dalam peringkat siasatan dan meminta agar semua pihak memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka.

Sumber : Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 6-7-2024 03:05 PM
pdrm pun kena ingatkan anggota.. benda2 panas jangan share kat group whatsapp atau telegram.. walaupun sesama anggota..

sbb tak semua anggota ada pasangan berotak
Quote doubleA 7-7-2024 01:16 AM
Masalah generasi skg yg batak perhatian di social media. Polis dulu2 mana campur adukkan urusan negara dgn family, yg berjuang masuk hutan bersihkan komunis, yg selesaikan kes2 jenayah mana ada yg share leak sana sini. Integriti mana?
Quote masnona 7-7-2024 08:53 AM
Buruk la perangai bini nya sebar dkt si laki. Si laki pulak kuat membawang. Tak da intergriti
Quote myhairisbad 7-7-2024 09:45 AM
masnona replied at 7-7-2024 08:53 AM
Buruk la perangai bini nya sebar dkt si laki. Si laki pulak kuat membawang. Tak da intergriti

Iyer.. kuat bawang. Nak pula yg pulis tu bininya.. lg la kaki bawang. Kena amalkan konsep citer sini, habis sini. Pangkat rendah tak usah buat keje2 yg menyusahkan diri, bukan kita xtau politik tmpt kerja mcm mana..
Quote kaedahnya 8-7-2024 10:11 AM
aku syak dia nak tunjuk kat laki dia je dah lakinya tu duk bertanya tanya. tup tup laki gi sebar. ko mamat, nasib baik bini ko tak kwna hukuman berat, kena buang kerja ke, eii ko nih.
Quote Carcosa 8-7-2024 05:32 PM
Si jantan ni kan mmg batak glamour.
Si kaduk naik junjung, drpd zaman Sepah lagi. Mmg jantan haprak miskin, gila glamour.
Terpaling nak sebar maklumat - samalah si sundalan bini tu. Match made in Hell.
Quote exclusive_vvip 8-7-2024 08:43 PM
Tele Edisi Siasat tu i left je (sblm gmbr2 arwah adik Zayn leaked).. lemas pulak tgk mcm2 benda salah laku peribadi polis2 di reveal..bukan nak kata x kisah salah laku tu, tapi penat la nak tgk..mcm tambah benda2 nak kena pikir pulak..kemuncaknya diorg reveal kes ustaz tampar student ke cane tah, terus i left..mcm dah jadi tempat mengadu2..iols nak tgk kes2 high profile..
Quote Hoola 8-7-2024 08:54 PM
kahhhh!!!!!!!

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-7-2024 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.039393 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top