CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hariz Hamdan Rela Cium Kaki Farah Ahmad - “Pada Awalnya Agak Jijik Untuk Buat Babak Itu, Tapi Saya Faham Ini Merupakan Tanggungjawab"

5-7-2024 10:56 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6993| Komen: 34

Description: Biarpun rasa menggelikan dan jijik, pelakon Hariz Hamdan tetap optimis menjayakan babak cium kaki dalam drama Astro Original, X-Change.

Biarpun rasa menggelikan dan jijik, pelakon Hariz Hamdan tetap optimis menjayakan babak cium kaki dalam drama Astro Original, X-Change.

Hariz atau nama sebenarnya sebenarnya Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 22, berkata, sebagai pelakon baharu, dia menganggap itu sebagai cabaran sebagai pelakon.

“Bayangkan sebelum penggambaran babak itu keadaan hujan lebat. Keadaan lantai berlumpur dan berpasir dengan habuk dan lalat.

“Pada awalnya agak jijik untuk buat babak itu, tapi saya faham ini merupakan tanggungjawab sebagai seorang pelakon untuk jayakan babak itu,” katanya ketika ditemui di tayangan perdana Astro Original X-Change di ibu kota semalam.

Hariz yang membawakan watak sebagai Qabil memberitahu, babak tersebut tidak membuatkan dia serik untuk berlakon apatah lagi menolak untuk melakukannya.

“Babak tersebut sudah ada dalam skrip dan saya tidak mempunyai masalah untuk melakukannya selagi perkara itu tidak bertentangan prinsip saya.


“Babak itu juga menjadi kekuatan dalam drama itu. Tidak dinafikan babak itu perlu dilakukan beberapa kali bagi mendapatkan beberapa sudut kamera,” ujarnya.

Drama X-Change arahan Norhanisham Muhammad (Labu) itu turut dibintangi oleh Datuk Rosyam Nor, Arfie Shah, Joey Leong, Sadiq Jamil, Steve Yap, Marisa Yasmin, Angeline Tan, Alvin Wong dan Shweta Sekhon.

Siri terbaharu Astro Originals X-Change akan bermula siaran pada 12 Julai depan di Astro Premier (saluran 110) dan pukul 9.30 malam di Astro AEC (saluran 306), On Demand, Astro GO dan Sooka.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 5-7-2024 10:59 PM
Umur baru 22 tapi nmpk mcm dah 30.. aku kadang2 nyampah jugak klu tgk org berlakon smpi nk kena cium kaki bagai ni.. Anyway tak suka tgk dia berlakon dalam drama astro pukul 6, bunga salju… dia bercakap mcm mumbling. Kadang x berbutir…
Quote slyfynx 5-7-2024 10:59 PM
So? Kene rase ape ni?
Quote I.K.A888990 5-7-2024 11:05 PM
Edited by I.K.A888990 at 6-7-2024 01:10 AM

lepastu pengsan tak tu hehe
drama agak menarik utk ditengok.
ada marissa dgn angeline tan jugak

baru tgk trailer drama hensem lagi yg pelakon arfie shah tu
Quote fattymah 5-7-2024 11:09 PM
Encem yach... Bolehla tak kayu kejung
Quote AWEKSAMURAI 5-7-2024 11:21 PM
Perawankota replied at 5-7-2024 10:59 PM
Umur baru 22 tapi nmpk mcm dah 30.. aku kadang2 nyampah jugak klu tgk org berlakon smpi nk kena cium ...

Ingat citer apa tah yg adlin aman ramli jd ketua ajaran sesat tu yg elly Suriati kemain cium kaki sampai minum air basuh kaki...xtau lah btul ke x.. menjiwai watak sampai gila....
Quote Perawankota 5-7-2024 11:27 PM
AWEKSAMURAI replied at 5-7-2024 11:21 PM
Ingat citer apa tah yg adlin aman ramli jd ketua ajaran sesat tu yg elly Suriati kemain cium kaki  ...

Tu pon satu lg… over sgt… nak kan sgt feel tu konon..  klu tak silap macam ES tu tgh shooting filem telaga suriram ke apa, dia tertebas production crew dgn sabit kan.. nasib x cedera teruk…
Quote AWEKSAMURAI 5-7-2024 11:33 PM
Perawankota replied at 5-7-2024 11:27 PM
Tu pon satu lg… over sgt… nak kan sgt feel tu konon..  klu tak silap macam ES tu tgh shooting fi ...

Ha ah ES masa zaman ank daraa elok je berlakon bila mai makin tua makin psiko plak over nk mampos berlakon..padahal x perlu over sgt pun ..
Quote imransulaiman 6-7-2024 02:01 AM
Sebab apa jijik? Sebab kaki perempuan ke? Kalau kaki lelaki dia tak jijik kot?

Ada faham ke? Heheee
Quote Perawankota 6-7-2024 06:51 AM
Agaknya klu tak buat mcmtu, orang lupakan dia kot
Quote bottombikini 6-7-2024 06:51 AM
drama kalau ada farah ni iols mmg look forward
mesti bukan bishe2
gandingkan dgn sherry padat pls...
Quote n3ar 6-7-2024 07:00 AM
mentang2 kaki pelakon berumur ko geli ye... kalau yg muda lawa seksi silap2 terus dijilatnya
Quote bedahmenjuyah 6-7-2024 08:54 AM
Achik ellie ada berlakon mcm ni. Iols lupa dia buat apa tp menghadap kaki jugak lah. Filem apa pun lupa dah.
Quote noor2 6-7-2024 09:32 AM
Kalau kaki sofia barkabah dia jijik x...
Quote Minyakyuyi 6-7-2024 10:31 AM
AWEKSAMURAI replied at 5-7-2024 11:21 PM
Ingat citer apa tah yg adlin aman ramli jd ketua ajaran sesat tu yg elly Suriati kemain cium kaki  ...


Tu main kt prima astro...ayat dari langit...mmg geli tgk ya babak tu siap kena minum bagai...heroin kan presiden
Quote AWEKSAMURAI 6-7-2024 12:00 PM
Minyakyuyi replied at 6-7-2024 10:31 AM
Tu main kt prima astro...ayat dari langit...mmg geli tgk ya babak tu siap kena minum bagai...heroi ...

Ha ah ayat dari langit .. tu lah aku terlupa plak Presiden byg jd heroin mybe lakonan dia x bgi effect sgt sbb tu x ingat
Quote dua_chzy 6-7-2024 12:08 PM
Edited by dua_chzy at 6-7-2024 04:14 AM

Hadoi komen2 korang...Layan drama cinta2 remaja ja la acik2 yang kata tayah la lebih2 berlakon je pun.

Kan adegan ni hada ja berlaku in real life di kalangan penganut igama terpaling ekstrimis. Harus la di kalangan orang Islam lokal, contoh terpaling fakta kita boleh bagi adelah amalan urang Arqam dulu2 tu yang sampai minum air basuhan kaki mamat yang meka puja tu.
Quote sfrnna 6-7-2024 02:26 PM
Haritu I ada tgk rakyat negara konoha minum air kaki jemaah baru balik haji kalau x silap.. viral jugak
Quote pakwetizzaqyah 6-7-2024 03:06 PM
tanggungjawab

kahkahkahkah
Quote kakigojes 6-7-2024 05:57 PM
imransulaiman replied at 6-7-2024 02:01 AM
Sebab apa jijik? Sebab kaki perempuan ke? Kalau kaki lelaki dia tak jijik kot?

Ada faham ke? Hehee ...

He serong ke

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-7-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.048411 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top