CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nogori Minangkabau : Jumpa rakan di celah gerai

8-7-2013 09:16 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2286| Komen: 3

Description: Seremban: Seorang pembantu gerai ayam ditemui dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dengan kesan kecederaan di kepala dan muka di Pasar Besar Seremban, di sini, semalam, dipercayai dipukul individu tidak dik ...
Seremban: Seorang pembantu gerai ayam ditemui dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dengan kesan kecederaan di kepala dan muka di Pasar Besar Seremban, di sini, semalam, dipercayai dipukul individu tidak dikenali sebelum ditinggalkan di situ.

Difahamkan, lelaki berusia 48 tahun itu ditemui berhampiran gerai di tingkat dua pasar berkenaan oleh rakannya yang kebetulan mahu membersihkan kawasan berkenaan untuk berniaga, kira-kira jam 3 pagi.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya masih menyiasat motif serangan itu sama ada mangsa dirompak atau mendapat kecederaan sendiri berikutan lelaki itu masih tidak sedarkan diri dan sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).


“Berikutan mangsa masih tidak sedarkan diri, kita tidak dapat mengetahui bagaimana dia mendapat kecederaan di kepala sekali gus merakam percakapannya.


“Justeru, kita membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan mahu orang ramai yang menyaksikan kejadian tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya. ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, rakan mangsa yang enggan dikenali berusia 40-an berkata, ketika ditemui mangsa berada dalam keadaan ‘nyawa-nyawa ikan’ namun masih boleh menggerakkan kakinya seperti meminta pertolongan.


MANGSA diusung ke hospital menaiki motosikal rakannya.

“Saya sedar mangsa berada di celahan gerai apabila dia mengangkat kedua-dua kakinya untuk memaklumkan dia berada di situ. “Sebaik menjenguk, saya terkejut melihat kepala dan muka mangsa berlumuran darah sebelum terus menghubungi pasukan paramedik untuk menghantarnya ke hospital,” katanya.

Menurutnya, dua minggu lalu kejadian sama berlaku yang menyebabkan seorang lelaki cedera selepas disamun di tandas awam di pasar berkenaan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gaara_X 8-7-2013 08:02 AM
nie kes tak bayar hutang ke cam ne nie???.....kesian.....
Quote jazaa 8-7-2013 08:07 AM
sempat ambik gambar pulak tu......
Quote kenarikelabu 8-7-2013 08:19 AM
Byk tul kes sebegini kt Malaysia skg....aduyaiiii....seramm.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.158918 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top