CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tidak Wajar Kaitkan Video Kempen PRU12 ‘Hari Ini Menang, Esok Minyak Turun’, Kata Anwar Ibrahim

12-6-2024 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6203| Komen: 57

Description: Jelas PMX, harga minyak negara pada ketika itu lebih tinggi berbanding dengan negara-negara pengeluar minyak seperti Arab Saudi.


Jelas PMX, harga minyak negara pada ketika itu lebih tinggi berbanding dengan negara-negara pengeluar minyak seperti Arab Saudi.

Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan penetapan harga diesel di Semenanjung Malaysia pada kadar RM3.35 seliter.

Pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada Ahad (9 Jun) yang lalu nyata mengundang pelbagai reaksi dari rakyat.

Ada yang dapat menerima kenaikan harga ini namun tidak kurang juga yang turut mempersoalkannya hingga ada segelintir individu mengaitkan kenaikan ini dengan kenyataan yang pernah dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau menjadi Ketua Pembangkang pada tahun 2008.

Terbaharu, beliau yang juga merupakan Menteri Kewangan berpendapat tidak wajar mengaitkan harga minyak semasa dengan ucapannya ketika berkempen dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) sekitar 16 tahun yang lalu.


Jelas beliau, harga minyak negara pada ketika itu lebih tinggi berbanding dengan negara-negara pengeluar minyak seperti Arab Saudi.

“(Rakaman video) Yang mengatakan saya ulang hari ini menang, esok harga minyak turun.

“Saya sebut itu tahun 2008 kerana harga minyak di Arab Saudi sekitar 50 sen manakala kita RM1.80.

“Sekarang kos sudah bertambah RM2.95 di Arab Saudi dan kita RM2.05, minyak murah ini hanya di Brunei.

“Kos dah bertambah. Bagaimana boleh bandingkan kos pada tahun 2008 dengan 2024? Ini asas ekonomi,” katanya ketika berucap di Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan pada Selasa (11 Jun).

Pada masa yang sama, beliau turut menjelaskan walaupun Malaysia merupakan negara yang mempunyai kadar inflasi rendah di ASEAN namun tiada jaminan tiada kenaikan harga barang berlaku walaupun beliau tidak mahu perkara tersebut terjadi.

“Saya nak maklum kepada saudara, kita fikir betul-betul, sekarang saya Perdana Menteri, saya tidak mahu kenaikan.

“Kalau kata kadar inflasi rendah, memang rendah tapi maknanya apa? Harga barang naik sikit.

“Saya tidak kata barang tidak naik. Tapi kadang-kadang dalam perbincangan kita (menyebut) Anwar kata barang tidak naik. Tak ada.

“Inflasi yang terendah di ASEAN maknanya kenaikan kecil masih berlaku,” jelas beliau lagi.


Sejak pengumuman harga diesel ditetapkan pada kada RM3.35 seliter pada Ahad (9 Jun), tular di media sosial video ucapan Anwar Ibrahim ketika beliau menjadi Ketua Pembangkang pada tahun 2008.

Antara ucapan yang menjadi perhatian ramai adalah janji beliau yang akan menurunkan harga minyak pada keesokan hari jika beliau memenangi pilihan raya pada waktu itu.



Sumber : Sinar Harian/Buzzkini

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zeed 12-6-2024 12:39 PM
booooo
Quote suri33 12-6-2024 12:45 PM
pembelit memang patut diingatkan apa yg dia belit dulu. sebab dia selalu lupa apa yg telah dia belit dulu hahaha
Quote kaseh80 12-6-2024 12:55 PM
Putaq Alam madanons
Quote kaseh80 12-6-2024 12:56 PM
PUTAQ ALAM Madanons
Quote kemaruk 12-6-2024 01:03 PM
kacap terlabik

[youtube]ZJHCAf0StHE[/youtube]
Quote gigahertz 12-6-2024 01:14 PM
suri33 replied at 12-6-2024 04:45 AM
pembelit memang patut diingatkan apa yg dia belit dulu. sebab dia selalu lupa apa yg telah dia belit ...

apa la reaksi anak dan bini dia ya.
Quote missbigrockstar 12-6-2024 01:33 PM
Mesti busuk gila microphone tu. Bersembur sembur air liur
Quote Kurex 12-6-2024 01:41 PM
BUTOOO LU
Quote fattymah 12-6-2024 01:51 PM
Skrip ulang2 .. iols ingat satu video je.. kekekeke
Quote JunkMail 12-6-2024 01:59 PM
Bapak spin negara disandang olehhhhhh
Quote noor2 12-6-2024 02:11 PM
Padan muka ko . X reti nk menghargai rakyat yg mengangkat ko..puihh
Quote sharlenetexas 12-6-2024 02:25 PM
Kita putar halim


Quote TeropongThaico 12-6-2024 02:41 PM
Kita putar dulu Halim...
Quote zarulnazmi 12-6-2024 02:42 PM
Ini baru betul janji dicapati
Quote eyansss 12-6-2024 02:45 PM
tiberrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...  hahahahahahaa...
Quote jiwakacau06 12-6-2024 02:48 PM
bongokk...gaji bayar guna rm...banding la dgn rm...lagi nk sebut ngara2 lain....dasar pembelit
Quote Goodluckdontcry 12-6-2024 02:55 PM
Begitulah...bila tang dia...ada je putaran halilintar suria perkasa hitam.. bila dulu tgh mencakar, buat cerita sana sini.  Formula itu ini..  ciri2 kemunafikkan itu ada ye.. kehkehkeh
Quote sharlenetexas 12-6-2024 03:13 PM
Delulu dementia nyanyokkah bangnon?

Quote suri33 12-6-2024 03:21 PM
gigahertz replied at 12-6-2024 01:14 PM
apa la reaksi anak dan bini dia ya.

apedehal, kenyang perut suka hati. suka kak wan pagi2 menganto bang PM dia depan pintu berkerja demi keluarga. eh negara. entahlah ek, laki kite bukan kaki belit mcm PM wak. hahahaha.

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-7-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.065201 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top