CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pulangkan Semula RM1.5 Juta, Terengganu FC Akhirnya Batalkan Penajaan XFOX Market Holdings

12-6-2024 12:20 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3349| Komen: 6

Description: Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Mohd Sabri Abas berkata, keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama selepas mengambil kira penularan perjanjian penajaan itu pada baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Mohd Sabri Abas berkata, keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama selepas mengambil kira penularan perjanjian penajaan itu pada baru-baru ini.

Terengganu FC (FTC) membuat keputusan untuk membatalkan penajaan syarikat pelaburan, XFOX Market Holdings Sdn Bhd selepas 48 jam perjanjian kedua-dua pihak dimeterai.

Difahamkan, pembatalan perjanjian yang bernilai RM1.5 juta ini dipersetujui kedua-dua pihak dengan tiada sebarang tuntutan.

Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Mohd Sabri Abas berkata, keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama selepas mengambil kira penularan perjanjian penajaan itu pada baru-baru ini.


Menurutnya, usaha untuk mengakhiri penajaan itu dilakukan mengikut proses sewajarnya, namun tohmahan yang dilemparkan segelintir pihak di media sosial telah menimbulkan suasana tidak sihat antara pihak kelab, penaja dan penyokong.

“Kami bersedia untuk bekerjasama dengan XFOX Market Holdings setelah melihat sendiri operasi syarikat berkenaan dalam pelbagai sektor yang dilihat sesuai dengan kelab TFC.

“Namun mengambil kira suara kebimbangan penyokong, pembubaran penajaan menjadi kaedah terbaik menyelesaikan isu tanpa sebarang tuntutan daripada kelab dan penaja.

“Susulan pembatalan kerjasama itu, pihak pengurusan TFC akan memulangkan semula wang penajaan RM1.5 juta kepada XFOX Market Holdings Sdn Bhd,” katanya dipetik Berita Harian.

Sebelum ini, TFC dan syarikat pelaburan itu menandatangi persefahaman bagi tajaan RM1.5 juta untuk skuad Penyu itu menghadapi kejuaraan Kelab Asean pada musim ini.


Pun begitu, penajaan berkenaan mengundang pelbagai reaksi negatif selepas beberapa individu membangkitkan isu yang syarikat terbabit dilaporkan berada dalam senarai tidak mematuhi peraturan Bank Negara Malaysia (BNM).

Ujar Mohd Sabri, pihaknya akan berusaha mendapatkan tajaan baharu bagi membantu TFC membuat persiapan ke Kejuaraan Kelab Asean atau Piala Shopee itu.

Menurutnya lagi, tindakan membatalkan penajaan itu juga lebih kepada menjaga aspek keharmonian kelab.

Bukan itu sahaja, Pakar Kewangan Shariah, Dr Abdul Rahman A Shukor turut mendakwa XFOX Market Holdings terlalu banyak ‘redflag’ kerana mendakwa mereka mengamalkan konsep patuh shariah.

Tegas Abdul Rahman, XFOX tidak mengamalkan konsep mudarabah iaitu perkongsian untung meskipun mereka mendakwa mengamalkannya.

Loading FB Post...
Sumber : Berita Harian/BuzzKini

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 12-6-2024 06:37 PM
"Pakar Kewangan Shariah, Dr Abdul Rahman A Shukor turut mendakwa XFOX Market Holdings terlalu banyak ‘redflag’ kerana mendakwa mereka mengamalkan konsep patuh shariah."

One of those founders? Kalau mendakwa, kenapa?

Quote Shayang 12-6-2024 10:44 PM
Eloklah bila nak kena scrut xfox ni?
Aku tgk makin mendonia lagi ada
Kawan2 dan sedara mara aku ramai join tp aku mmg tak caya langsung
Nama mcm forex je
Quote makiting 12-6-2024 10:55 PM
Cuba baca kat FB PW.. byk dah bongkar kisah ni

BNM pun dah bg amaran kan

https://www.facebook.com/share/p/EWJtDRSRaVHRtvXW/?mibextid=oFDknk

Quote Shayang 12-6-2024 10:57 PM
Decaffeinated replied at 12-6-2024 06:37 PM
"Pakar Kewangan Shariah, Dr Abdul Rahman A Shukor turut mendakwa XFOX Market Holdings terlalu banyak ...

Baca post fb abdel rahmanov tu mmg byk tak kena ngn xfox ni
Pengasas pun datuk pelesu, claim patuh syariah tp benarkah?
Nasi lemak dorang pun takda sijil halal
Quote Decaffeinated 12-6-2024 11:17 PM
Shayang replied at 12-6-2024 10:57 PM
Baca post fb abdel rahmanov tu mmg byk tak kena ngn xfox ni
Pengasas pun datuk pelesu, claim patuh ...

McD ja kot yang nasi lemak yang ada sijil halal tapi nak kena boikot pula.

Quote sharlenetexas 12-6-2024 11:20 PM
Forex ke tu?


Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-7-2024 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.043298 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top