CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ibu Mentua Luah Hasrat Nak Cucu Kedua, Elisya Sandha Pula Nak Beli Rumah RM1.2 Juta

11-6-2024 10:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4119| Komen: 29

Description: Pelakon Elisya Sandha berkata ibu mentuanya yang juga pelakon dan pengarah Sheila Rusly sudah menyuarakan hasrat untuk mempunyai cucu kedua apatah lagi cucu culungnya sudah berusia dua tahun.

Pelakon Elisya Sandha berkata ibu mentuanya yang juga pelakon dan pengarah Sheila Rusly sudah menyuarakan hasrat untuk mempunyai cucu kedua apatah lagi cucu culungnya sudah berusia dua tahun.

Memetik Astro Gempak, Elisya berkata buat masa ini dia dan suaminya, Uzair Haqimy belum ada perancangan untuk menambah ahli keluarga kerana masing-masing sibuk mencari duit.

“Itu (zuriat) juga dalam perancangan…mak mentua dah tanya sebenarnya, dia cakap ‘ha Elisya dah boleh dah ni, Bunga dah besar, bagi la anak lelaki seorang.

“Cuma saya dan suami cakap kalau ada rezeki itu, why not, just go for it. Tahun ini memang agak sibuk untuk cari duit, yelah saya nak beli rumah, suami pula nak bawa saya pergi umrah.

“Ibu saya sendiri tak kisah sebab cucu dia dah ramai. Mak mentua saya pula, cucu dia baru seorang. Itu yang tanya bila nombor dua, Insya Allah ada rezeki tahun depan,” katanya.


Dalam pada itu, Elisya berkata dia kini dalam proses membeli rumah landed berharga RM1.2 juta dan itu adalah impiannya untuk memiliki rumah sendiri apabila berusia 25 tahun.

“Saya memang sasarkan untuk beli rumah sendiri. Memang masa zaman sekolah, saya dah tanam hasrat bila umur 25 tahun kena ada rumah sendiri. Alhamdulillah, saya masih merancang dan Insya-Allah tahun ini saya akan ada rumah sendiri. Yang sekarang ini, saya tak anggap rumah saya sebab itu suami yang beli.

“Saya nak ada rumah hasil duit saya sendiri yang susah payah kumpul. Ikutkan saya dah jumpa rumah ini, tengah tunggu nak bayar duit pendahuluan,” katanya.

SUMBER: Astro Gempak/Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 11-6-2024 10:15 PM
eh nenek tak sabar nk menghitunb cucu plakk
Quote manamana123 11-6-2024 10:26 PM
Doa, usaha pastilah
Quote wirazam 11-6-2024 10:36 PM
Masyukkk juga jadi pelakon ni...pelawak pun masyukk inikan pula pelakon dan penyanyi
Quote Zeatyisaac 11-6-2024 11:44 PM
Comel betullah Bunga
Quote babynina30 12-6-2024 12:03 AM
Murahnya rumah pon nk canang . Kotla at least 5j ke
Quote babynina30 12-6-2024 12:06 AM
Murahnya rumah pon nk canang . Kotla at least 5j ke
Quote doubleA 12-6-2024 12:32 AM
Untung la muda lagi, subur sihat pulak boleh la rancang anytime nak anak konfiden menjadi gitu
Quote I.K.A888990 12-6-2024 12:53 AM
pape je lah kaka hidup hang

tapi comelnya baby tu....geram tgk
Quote SpyLeman 12-6-2024 01:50 AM
Sedap nyaaa mulut cyst...main order jer, nak jantina apa. Mcm order teh o beng limau tak nak manis, limau picit sendiri
Quote oggy 12-6-2024 02:27 AM
Jenuh la kalau sis dok mintak2 selagi tak dapat..
Quote divalaura 12-6-2024 07:23 AM
muda lagi apa lah pun nak dikejar..
acik shila je lah beranak sendiri tak payah nak atur hidup menantu
Quote shernazz 12-6-2024 07:26 AM
Okay lah tu..
Alah..kalau dah ngeseks...ada rezeki .jadi le..
Hahaha
Quote ketambangkang 12-6-2024 08:01 AM
jawab la "mama bile nak mati"

bbnu kan pantang ditanya soalan2 gitu
Quote BoongaKertas 12-6-2024 08:01 AM
mcm iras anak fasha jemaima tu ada gak. tp dah nama pun cousin gitu.
Quote GummyBear123 12-6-2024 10:12 AM
Mak mertua bodoh nak sangat masuk campur pasal hal dalam kain anak menantu. Ko je lah buat anak lagi sorang, tak payah tunggu cucu baru.
Quote airmineral 12-6-2024 11:30 AM
beranak la lagi 1, rumah tu minta MIL hadiahkan sbb lahirkan cucu no. 2 okeh takkkk? ihihih
Quote afie_m 12-6-2024 11:35 AM
anak dia comel, bagus ada target sendiri dlm hidup..harap berjaya
Quote naina 12-6-2024 11:50 AM
Anak dia comelnya..walaupun mak bapak dia so so..kulit pun cerah gebu..Elisya ni ada cocok vitamin c ke
Quote Prickford 12-6-2024 11:59 AM
Pundek punya mak mertua. Menyibuk hal rumahtangga anak menantu.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.044522 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top