CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jaga adab, tegur secara berhemah..Kita kena lihat kembali apa yang agama ajar - Siti Nurhaliza

16-5-2024 09:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3087| Komen: 25

Description: "Tak baguslah sampai tahap maki hamun. Nak tegur atau marah mesti ikut adab. Tak perlu sampai memalukan orang," kata penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza, ketika diminta mengulas tindakan sege ...


"Tak baguslah sampai tahap maki hamun. Nak tegur atau marah mesti ikut adab. Tak perlu sampai memalukan orang," kata penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza, ketika diminta mengulas tindakan segelintir individu yang menyokong gerakan Blockout 2024 yang meninggalkan komen berbaur ugutan dan maki hamun di laman sosial selebriti.

Siti atau nama sebenar Siti Nurhaliza Tarudin, 45, berkata, dia juga menasihatkan individu yang menyokong gerakan Blockout 2024 supaya menjaga adab dan membuat teguran secara berhemah di media sosial.

"Saya faham mungkin mereka (individu terbabit) ingin mempertahankan agama tetapi ia boleh dilakukan dengan cara lebih berhemah.

"Kita kena lihat kembali apa yang agama ajar,

"Kalau nak pertahankan agama kenalah ikut cara agama, kalau tak suka lebih baik diam," kata Siti ketika ditemui pada majlis Hi-Tea Mum2Mum anjuran Farm Fresh hari ini.


Mengenai isu gerakan Blockout 2024 yang membabitkan ramai selebriti popular tempatan pula, Siti enggan mengulas lanjut.

Katanya, dia percaya mereka (selebriti terbabit) ada alasan tersendiri untuk kurang memuat naik mengenai kisah pergolakan di Palestin di media sosial masing-masing.

"Saya dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, sudah memainkan peranan mengenai isu Palestin menerusi Yayasan Nurjiwa sebelum serangan Israel di Gaza pada 7 Oktober tahun lalu.

"Malah, Sekolah Afwa Al Aafiyah sudah ditubuhkan sebelum itu lagi. Ini adalah fisabilillah dan usaha kami untuk agama islam.

"Pada masa sama, kita juga dituntut untuk mempertahankan agama dan saudara seagama yang ditindas dengan kejam di Palestin," katanya.

Terdahulu, Gerakan Blockout 2024 dimulakan pada 6 Mei serentak dengan penganjuran majlis Met Gala 2024 sekali gus hari yang sama di mana bumi Palestin diserang Israel.

Gerakan itu menamakan senarai selebriti yang didakwa menyokong produk jenama pro-Israel dan tidak bersuara mengenai situasi yang berlaku.

Seramai 20 selebriti terkenal tanah air turut dinamakan dalam gerakan berkenaan iaitu Nadhir Nasar, Nabila Razali, Mira Filzah, Siti Saleha, Neelofa, Daiyan Trisya, Scha Alyahya, Awal Ashaari dan ramai lagi.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Justsha 16-5-2024 10:18 PM
setuju.. melampau betul yg buli2 maki hamun tu..
Quote Kacangmanis 16-5-2024 10:37 PM
Justsha replied at 16-5-2024 10:18 PM
setuju.. melampau betul yg buli2 maki hamun tu..

Tengok je komen² kat tered blockout tu. Sampai panggil orang babi. Geleng kepala baca.
Quote juboqhang 16-5-2024 11:00 PM
Eleh...mufti tegur pun ko tak heran...lagi mau sembang...poodahh
Quote sleepandream 17-5-2024 12:52 AM
entahnyer.... siti dah lama terpaling palestin siap ada lagu khas utk palestin lagi dalam album...
netizen jah baru ikut2 trend... walhal palestin tu bukan baru tahun lepas kene bedil dgn israel...
Quote sleepandream 17-5-2024 12:52 AM
juboqhang replied at 16-5-2024 11:00 PM
Eleh...mufti tegur pun ko tak heran...lagi mau sembang...poodahh

mufti kenal siti jah... idolat chuols sorry mufti tak kenal whoryus gituh
Quote juboqhang 17-5-2024 01:00 AM
sleepandream replied at 17-5-2024 12:52 AM
mufti kenal siti jah... idolat chuols sorry mufti tak kenal whoryus gituh

hambar..ni ja ka tahap argument sitizonet...pondan tua je minat
Quote sleepandream 17-5-2024 01:06 AM
juboqhang replied at 17-5-2024 01:00 AM
hambar..ni ja ka tahap argument sitizonet...pondan tua je minat

idolat sendu kau takyah argue pun. cnfirm tercedok nyah
Quote hmmlantakko 17-5-2024 01:12 AM
yg kau sekrg pakai makin ketat nmpk bentuk buah dads, tdg pun singkat, labuh kan tk nmpk pulak teks tu… haaa tu caner pulak
Quote noor2 17-5-2024 06:17 AM
Ko nk lihat kembali apa yg agama ajar jgn menyanyilah...suara mendayu2 buat jantan2 cair, menari gemalai atas pentas..tu agama ajar ke...

Ckp x serupa bikin artis2 ni...penunggang agama sungguh
Quote lightheaded67 17-5-2024 07:25 AM
Edited by lightheaded67 at 17-5-2024 07:27 AM

yela ckp baik baik. betul la tu. tp blockout ni smua start dri netz holiwud/luar negara wud kan?? sbb mcm lebih kurang je timing kepoh nya? tak dapek nak nolong huhu
Quote Shayang 17-5-2024 08:38 AM
Tokti yg dah lama pro palestine siap buat sekolah bagai pun tk gigih nk merentan sindir org lain terutama rakan2 retis.
Aku tak berapa gemar bila jenis sindir2 makan dalam mcm si ramona tu buat.
Padahal laki dia sendiri pun palestine juga so apa dia buat kat malaysia nih??
Jangan ingat sbb ko konsisten  post pasal palestine ko dh jd terpaling molia berbanding org lain.
Fokus jelaa dgn apa ko buat mcm tokti tu hah takde masa nak sindir2 ngata kawan2.
Quote Shayang 17-5-2024 08:49 AM
lightheaded67 replied at 17-5-2024 07:25 AM
yela ckp baik baik. betul la tu. tp blockout ni smua start dri netz holiwud/luar negara wud kan?? sb ...

[tiktok]7368907505809820971[/tiktok]

Gara2 influencer Hailey Baylee ni sebut “ let them eat cake” time met gala nih yg buat netz sana trigger maka terjadi la blockout tu
Quote lightheaded67 17-5-2024 08:58 AM
Shayang replied at 17-5-2024 08:49 AM
Gara2 influencer Hailey Baylee ni sebut “ let them eat cake” time met gala nih yg buat netz sa ...

ooooohhh patotlah naik nama dia kt tt.. pastu tiber kepoh celeb block ke ape.ai takde la dig info lelebih sbb tak kenal hailey barli ni. ropenye. ke cobaan she nk glemer
Quote KamikuP 17-5-2024 10:16 AM
Shayang:   7368907505809820971 Gara2 influencer Hailey Baylee ni sebut “ let them eat cake” time met gala nih yg buat netz sana trigger maka terjadi la blocko ...


aPA maksud 'Letr them eat cake?" tu cuolls? mohon penjelasan

Quote sora13 17-5-2024 10:27 AM
KamikuP replied at 17-5-2024 10:16 AM
aPA maksud 'Letr them eat cake?" tu cuolls? mohon penjelasan

Boleh tengok kat sini, maknanya:


[ig]https://www.instagram.com/reel/C636EbhvuL9/?igsh=bTl5amRwM244bTNx[/ig]
Quote Shayang 17-5-2024 11:00 AM
Edited by Shayang at 17-5-2024 11:06 AM
KamikuP replied at 17-5-2024 10:16 AM
aPA maksud 'Letr them eat cake?" tu cuolls? mohon penjelasan


Asal usul perkataan tu disebut oleh Marie Antoinette iaitu permaisuri Perancis kurun ke 17 masa revolusi Perancis ABC1275D-A8FC-4102-AAAF-56F8F615DCF1.jpeg 0EAE8FFC-0A6B-4703-B431-059373F2C89A.jpeg
Quote September14 17-5-2024 12:32 PM
Dia ni la yg palestin tgh kena bom tp dia sebuk nak buat konsert melalak melaram… xde beza dgn artis2 yg g met gala tu… mngkin dia ni lbh pandai menunggang.
Quote sleepandream 17-5-2024 12:54 PM
September14 replied at 17-5-2024 12:32 PM
Dia ni la yg palestin tgh kena bom tp dia sebuk nak buat konsert melalak melaram… xde beza dgn arti ...

takkan palestin kene bom siti kene resign apply jadi duta khas ke timur tengah pulek....kira okla tu kumpul dana utk sekolah di palestin... daripada idolat dayang chuols tu? sendu jah ada job tak dekat wedding2 aritu? masuk list blockout blackout maknenek tu skali tidakk


Quote ina_na 17-5-2024 01:38 PM
Sbrnye dah bukan zmn dct..dia bt pe pun org muda dah x heran...dia patut lebih class uruskan bisnes..keluarkan produk simply ct terbaru...x yah gojet2 nyanyi2 dah.... Sbb dia ada nama besar..ni bl dia msh teruskan menyanyi,berkonsert,berjoget2 tu yg senang kn attack...

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-7-2024 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.431265 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top