CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shakilla Khoriri Dapat Hak Penjagaan Sementara Anak – ‘Saya Akan Buat Apa Sahaja Untuk Ameena’

14-5-2024 07:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4785| Komen: 17

Description: Pelakon Shakilla Khoriri meluahkan rasa syukur kerana Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan hak penjagaan sementara atau interim hadanah anak perempuannya diserahkan kepadanya, hari ini.

Pelakon Shakilla Khoriri meluahkan rasa syukur kerana Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan hak penjagaan sementara atau interim hadanah anak perempuannya diserahkan kepadanya, hari ini.

Menerusi posting di Instagram, Shakilla berkata, sebagai ibu dia akan melakukan yang terbaik untuk anaknya iaitu Ameena Sofia. Tambah Shakilla, dia yakin ini adalah perancangan Allah yang terbaik untuk dia serta keluarga.


"Saya akan buat apa sahaja untuk Ameena. Saya sangat maksudkan apa yang saya cakap. Alhamdulillah, pagi ini pihak mahkamah dah putuskan hak interim hadanah berpihak kepada umi Ameena." 


"Saya percaya doa dan aturan Allah sentiasa tak salah alamat. Allah lebih tahu. Apa pun alasan dan tujuan kita sebagai manusia, hanya Allah sahaja yang mengizinkan-Nya."

Terdahulu, bekas suami Shakilla iaitu penyampai radio Fizi Ali memfailkan tuntutan hadanah terhadap Shakilla berhubung hak penjagaan anak perempuan mereka.

Ujar Fizi, tindakannya memfailkan hadanah bukan untuk berebut anak sebaliknya hanya mahu anak perempuanya itu mendapat kasih sayang sempurna.

Sumber: Shakilla Khoriri/OhBulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote heythere123 13-5-2024 10:58 PM
statement pon aduhai
Quote anony-mous 13-5-2024 11:11 PM
Dgn ini , mendonia balik la sheol. Meaning mahkamah xde bukti she yg curang?
Quote pocongkiutss 14-5-2024 02:24 AM
Lawyer dia tu lawyer benon kan?
Quote Manenak 14-5-2024 07:11 AM
ala ala alaa si koriri i kan x sah kalau x up ayat terpaling dia tu...annoying betol bace. ayt dia tu buat nietizen ckp mcm² kt piji walhal si piji ni mmg xde tuntut pon hak penjagaan...hak jagaan tu mmg diberi utk ommi meena pon. just tuntut hak melawat dan bermalam! so xde istilah menang ke kalah dlm kes ni
Quote dua_chzy 14-5-2024 08:13 AM
Bodoh la pasangan bercerai dok rebut anak. Sengaja kan guna anak untuk sakitkan hati ex memasing.
Quote oklatu85 14-5-2024 08:23 AM
Alahai..X bersyukur Lansung mak terpaling nie.. ayah ameena okay2 je nak sama2 Jaga.. korang berperang ke sampai bangga noo nak update dapat hak jagaan
Quote botol_tritan 14-5-2024 10:55 AM
X boleh blah dgn ayat ‘saya akan buat apa sahaja utk ameena’ tu. Since i baru je baca statement fizi yg dia mmg serahkan hak penjagaan dekat the mother, dia nak hak lawatan dan bermalam je. Cara si killa ni mcm dia menang pulak kes, padahal the father yg x contest. Perasan much.
Quote kikilalapooh 14-5-2024 11:01 AM
kalau bawah 7 tahun memang lah hak jagaan dapat ke mak, ayah dapat hak melawat & hak bermalam.. kalau bawah 2 tahun budak tu, hak bermalam pun susah nak dapat tau.. shakilla ni mesti tak paham undang undang syariah and terasa dia paling menang dalam kes ni, haha
Quote adeqbun 14-5-2024 03:09 PM
pocongkiutss replied at 14-5-2024 02:24 AM
Lawyer dia tu lawyer benon kan?

yexzza
Quote adeqbun 14-5-2024 03:10 PM
botol_tritan replied at 14-5-2024 10:55 AM
X boleh blah dgn ayat ‘saya akan buat apa sahaja utk ameena’ tu. Since i baru je baca statement fi ...

the father tu serah kat killa sebab the father sygkan anak..anak pompuan ni camne2 pon mmg kene ngan mak..die xnak anak pompuan die x dpt kasih syg yg sewajarnya drpd mak die...tu teori i la kot
Quote lasagna 14-5-2024 03:21 PM
anak kandung plak tu direbutkan..
alaaa jaga jer laa ikot turn, xyh rebut2.
Quote anilanil 14-5-2024 04:48 PM
Terpaling jubah putih ni pakai inner sleeveless hitam ke kat dalam?
Quote ayu_v6 14-5-2024 04:54 PM
Benda basic... dg sah2 anak bwh umur akan diserahkan pd ibu.. buat habis duit je appoint lawyer kak benon
Quote hokeypokey 14-5-2024 04:57 PM
masing2 dh kawen pun berebut anak lagi ke???
Quote rosevelvet 14-5-2024 05:04 PM
Terpaling berkorban. Sila mereput
Quote MisXoXo 14-5-2024 08:34 PM
Kenapa kalau lawyer bainun eh.mmg bainun tu forever berdosa ke eh.
Quote pocongkiutss 14-5-2024 11:41 PM
MisXoXo replied at 14-5-2024 08:34 PM
Kenapa kalau lawyer bainun eh.mmg bainun tu forever berdosa ke eh.

Sentap kewww..ols tanya jurrrr dh sbb muka seiras..taktau pulak dia amik kes camni..ni bukan kes lawyer syariah yg handle ke atau lawyer mmg leh amik kes biasa dgn kes syariah dua2 skali deknon?

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.045346 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top