CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sock Tao nafi kempen PH langgar akta

7-5-2024 02:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4216| Komen: 3

Description: HULU SELANGOR: Calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao menafikan pihaknya melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 ketika berkempen seperti didakwa pembangkang.


HULU SELANGOR: Calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao menafikan pihaknya melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 ketika berkempen seperti didakwa pembangkang.

Jelas anak kelahiran Ampang itu, sepanjang tempoh kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu berlangsung tiada aktiviti yang menyalahi undang-undang dilakukan pihaknya.

"Saya yakin setakat ini kempen Kerajaan Perpaduan berjalan berlandaskan peruntukan undang-undang.

"Pihak pembangkang berhak untuk bersuara apa-apa sahaja tetapi saya yakin kita berkempen secara berhemah dan ikut undang-undang sepanjang masa," katanya kepada pemberita ketika meninjau proses undi awal di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Kubu Baharu di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat Perikatan Nasional (PN) memfailkan petisyen di Mahkamah Pilihan Raya ekoran mendakwa PH menyalahgunakan aset kerajaan dalam PRK DUN Kuala Kubu Baharu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada Isnin bagaimanapun dilapor berkata, petisyen itu akan dikemukakan bergantung kepada keputusan pilihan raya.

Sementara itu, ditanya sama ada beliau bersedia sekiranya petisyen itu dibuat pembangkang, Sock Tao berkata, ia bergantung kepada keadaan semasa.  

"Setakat ini fokus kita adalah untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Kerajaan Perpaduan dan seterusnya kita akan lihat situasi macam mana," katanya.

PRK Kuala Kubu Baharu yang menyaksikan pertandingan empat penjuru diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Pada Pilihan Raya Negeri Ogos tahun lalu, Kee Hiong menewaskan tiga pencabarnya daripada PN, PRM dan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dengan majoriti 4,119 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding pada 27 April lalu sehingga jam 11.59 malam, 10 Mei.

DUN Kuala Kubu Baharu memiliki 40,226 pengundi berdaftar terdiri daripada 39,362 pengundi biasa, 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan pasangan serta seorang pengundi tidak hadir luar negara.

Sumber - Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chacon 7-5-2024 03:46 PM
agak2 memang ke dia ni.muda lagi kan 31 tahun
Quote L.U.S.M 8-5-2024 05:51 AM
Dh 2 prn rupanya..hmm..dulu letak calon tuwe cpt naw kojol..now amik yang muda belia plak..tp siyesla terkejut tgk pic agong ditayang merata masa bkempen..sejak bila YdPa ditayang masa politik..hmmm
Quote clueless_gamer 8-5-2024 08:00 AM
Edited by clueless_gamer at 8-5-2024 08:01 AM

kalau puak deme buat semua boleh, ikut undang2 bagai.. org lain je tak boleh, salah katanya sambil berdemo dijalan..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.182123 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top