CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Filipina tidak akan bedil kapal China guna meriam air

7-5-2024 08:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 20083| Komen: 17

Description: MANILA – Presiden Ferdinand Marcos Junior berkata bahawa Filipina tidak akan membalas tembakan meriam air China terhadap kapal-kapalnya dan menolak penggunaan peralatan ‘serangan’ ketika Manila ber ...


MANILA – Presiden Ferdinand Marcos Junior berkata bahawa Filipina tidak akan membalas tembakan meriam air China terhadap kapal-kapalnya dan menolak penggunaan peralatan ‘serangan’ ketika Manila berusaha mengekalkan kedaulatan di Laut China Selatan.

China mengerahkan beratus-ratus kapal pengawal pantai dan kapal lain dalam meningkatkan tuntutan ke atas hampir keseluruhan Laut China Selatan walaupun tribunal antarabangsa menolak hak Beijing berbuat demikian.

Dalam konfrontasi pada 30 April lalu, Filipina menyatakan, kapal Pengawal Pantai China merosakkan sebuah kapal Pengawal Pantai Filipina dan sebuah lagi kapal kerajaan  menggunakan tembakan meriam air bertekanan tinggi.

Kejadian berlaku ketika kapal-kapal berkenaan membawa bahan api, makanan dan air kepada nelayan-nelayan Filipina di Terumbu Scarborough.

“Kami tidak akan mengikuti jejak Pengawal Pantai China ke arah itu,” kata Marcos Junior hari ini apabila ditanya sama ada Manila akan menggunakan meriam air di atas kapal pengawal pantainya sebagai tindak balas.

“Bukan misi tentera laut dan pengawal pantai kami untuk meningkatkan ketegangan. Kami (Filipina) tiada niat menyerang sesiapa dengan menggunakan meriam air atau peralatan serangan lain,” tambahnya.

Marcos Junior sebaliknya memberitahu bahawa Filipina akan terus bertindak balas ke atas insiden di Laut China Selatan menerusi saluran diplomatik. – AFP


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 6-5-2024 11:14 PM
Marcos jr pesen mcm aruah bapak dia jugak ke?


Quote kepompong 6-5-2024 11:42 PM
klon kah? bagi nama sama, jawatan sama, pastu letak perkataan "junior"
Quote kepompong 6-5-2024 11:42 PM
kesian tengok kapal kecik kena tembak air dgn kapal besar
Quote ninja boy 6-5-2024 11:47 PM
Buli kapal kecil tembak2 air dah lama berminggu2  bersiar2 tv apsal lambat masuk cari forum
Quote B40tastePosh 7-5-2024 12:14 AM
Tembak jelah kapal kapal China tu.
Quote otai_g 7-5-2024 07:27 AM
B40tastePosh replied at 7-5-2024 12:14 AM
Tembak jelah kapal kapal China tu.

Ko da bosan hidup nak tembak kapal china?
Quote zorrro_03 7-5-2024 08:32 AM
bila agaknya negara besar jahat mcm caina amurika ni nak kena bala besar2an.  
Quote sayurmayur88 7-5-2024 09:31 AM
kena buli oleh china.. US jer kot boleh lawan China klu war tapi deolls pon tak nak perang, lagi byk kontra banding zero pro..
Quote B40tastePosh 7-5-2024 09:40 AM
zorrro_03 replied at 7-5-2024 08:32 AM
bila agaknya negara besar jahat mcm caina amurika ni nak kena bala besar2an.

China belum level US.

GDP per Capita China lebih kurang Malaysia je
Quote B40tastePosh 7-5-2024 09:41 AM
sayurmayur88 replied at 7-5-2024 09:31 AM
kena buli oleh china.. US jer kot boleh lawan China klu war tapi deolls pon tak nak perang, lagi byk ...

US buli China secara ekonomi.

Philippines pun tahu.
Quote zorrro_03 7-5-2024 02:00 PM
B40tastePosh replied at 7-5-2024 09:40 AM
China belum level US.

GDP per Capita China lebih kurang Malaysia je

negara acah abambesar ni semua patut dihukum.
Quote B40tastePosh 7-5-2024 02:17 PM
zorrro_03 replied at 7-5-2024 02:00 PM
negara acah abambesar ni semua patut dihukum.

Yang betul-betul besar kat dunia ni USA je..

China tu acah acah je....masih Upper Middle Income Country..sama seperti Malaysia.
Quote B40tastePosh 7-5-2024 02:21 PM
zorrro_03 replied at 7-5-2024 02:00 PM
negara acah abambesar ni semua patut dihukum.

Malaysia kalau jadi proksi dan berpaksi kan USA dah lama Malaysia jadi negara maju seperti Singapore, Jepun, South Korea dan Taiwan.

Tapi Malaysia in the middle...sebab dasar pandang ke timur yang tah pape tu...padahal Jepun sendiri terima dana dari USA.
Quote zorrro_03 7-5-2024 03:41 PM
B40tastePosh replied at 7-5-2024 02:21 PM
Malaysia kalau jadi proksi dan berpaksi kan USA dah lama Malaysia jadi negara maju seperti Singapo ...

barua yahudi mcm kau je lah yang betul
Quote B40tastePosh 7-5-2024 05:34 PM
zorrro_03 replied at 7-5-2024 03:41 PM
barua yahudi mcm kau je lah yang betul

Nabi2 engko pun ramai Yahudi bukan nye diorg kenal ape tu Al-Quran.
Quote nusaraya 7-5-2024 06:17 PM
B40tastePosh replied at 7-5-2024 12:14 AM
Tembak jelah kapal kapal China tu.

Yup  ... Itulah yang harus dilakukan oleh Philipina ... Apalagi jika ketahuan mencuri ... tetap harus ditangkap dan kapalnya harus dimusnahkan .... hehehehe

[youtube]r02ZLugn0UQ[/youtube]


[youtube]9nmVrHfk-Nk[/youtube]



Quote B40tastePosh 7-5-2024 10:59 PM
nusaraya replied at 7-5-2024 06:17 PM
Yup  ... Itulah yang harus dilakukan oleh Philipina ... Apalagi jika ketahuan mencuri ... tetap ha ...

Kasihan ya WNI curi ikan di negara sendiri

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.064716 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top