CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mahkamah tolak semakan kehakiman 186 pekebun musang king Raub

24-4-2024 09:08 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6703| Komen: 21

Description: KUANTAN – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan 186 pekebun durian Raub bagi mengetepikan notis pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan Pahang terh ...


KUANTAN – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan 186 pekebun durian Raub bagi mengetepikan notis pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan Pahang terhadap mereka, sebelum ini.

Selain itu, Hakim Datuk Mohd Radzi Harun turut menolak semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri yang didakwa memberi pajakan dan hak penggunaan tanah kebun itu kepada syarikat Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

Dalam masa sama, hakim turut menolak permohonan pekebun untuk menyemak keputusan pemberian sub pajakan tanah kepada mereka dan kewajipan mandatori untuk menjual durian itu kepada satu-satu entiti yang dicalonkan oleh Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

Mohd. Radzi Harun yang membaca keputusan terbabit dalam prosiding mahkamah turut mengarahkan pemohon untuk membuat bayaran kos RM600,000 kepada kesemua responden yang dinamakan.


Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Datuk Saiful Edris Zainuddin berkata, hakim memutuskan sedemikian berikutan kesemua pemohon disahkan sebagai penceroboh dan tidak ada hak dari sudut undang-undang mahupun ekuiti.

“Antara alasan penolakan semakam kehakiman juga adalah kerana tindakan kita (kerajaan negeri) mengusir mereka (pekebun) itu tidak ada unsur niat jahat.


“Selain itu pelan pemutihan itu tidak ada unsur berat sebelah kerana ia masih boleh dirunding lagi oleh kedua belah pihak,” katanya.

Terdahulu, pada 21 Ogos 2020 dua notis Semakan Kehakiman di Mahkamah Tinggi telah difailkan oleh 110 pekebun diikuti oleh 94 pekebun pada 9 Disember 2020.

Kesemua pekebun menamakan enam responden iaitu pentadbir tanah Raub, pengarah perhutanan Pahang, kerajaan negeri Pahang, PKPP, Royal Durian Resources PKPP Sdn Bhd serta pihak berkuasa negeri. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ahriman 24-4-2024 09:31 PM
No more durian laut?laub?.


[youtube]eEr-TmkyAyU?si=kbEK7uPRS7ZDhzVe[/youtube]
Quote aint 24-4-2024 11:19 PM
dasar penceroboh... heheh...
Quote izwan_izi 24-4-2024 11:29 PM
Kalau Tanah Aina yg pemiliknya org Melayu boleh kene tutup begitu sahaja oleh Pejabat Daerah...

Kenapa nk kene ada layanan istimewa utk penceroboh usb cable type-C...?
Quote insulin 24-4-2024 11:36 PM
izwan_izi replied at 24-4-2024 11:29 PM
Kalau Tanah Aina yg pemiliknya org Melayu boleh kene tutup begitu sahaja oleh Pejabat Daerah...

Ken ...

Tanah Aina ni yang mana satu? Yang tepi highway karak tu ke?
Quote cashewnut 25-4-2024 12:09 AM
Bukan yang pesara tentera tu pun kena jugak ke? So apa hak privilege yang boleh dibagi pada penceroboh bangsa ni jugak!!!! Kalu lepas jugak depa ni memang sah le penakut dan tidak adil penguatkuasa. Bangsa ni kan bila dibagi betis nak peha billa dibagi peha nak perut and so on.
Quote B40tastePosh 25-4-2024 04:21 AM
Edited by B40tastePosh at 25-4-2024 04:23 AM
insulin replied at 24-4-2024 11:36 PM
Tanah Aina ni yang mana satu? Yang tepi highway karak tu ke?


Haah.

Tapi kes Tanah Aina tu bukan masalah Restaurant dia tu....tapi laluan masuk dan parking kereta tu katanya Tanah Kerajaan Pahang.

So Pejabat Tanah Tutup laluan tu.

Pelik kan... sepatutnya support la dgn bagi kemudahan parking dan access...

Macam mana bagi pajakan tanah pada Tanah Aina...Tapi kerajaan Pahang tak sediakan access...pelik sebijik gaduh macam di Indonesia...bergaduh Gang (lorong)..tutup lorong ke rumah sebab tanah tu dia punya..masalahnye kes Tanah Aina kerajaan negeri pulak tu yg tak sediakan access dan gaduh dengan rakyat pasal access jalan
Quote otai_g 25-4-2024 04:46 AM
izwan_izi replied at 24-4-2024 11:29 PM
Kalau Tanah Aina yg pemiliknya org Melayu boleh kene tutup begitu sahaja oleh Pejabat Daerah...

Ken ...

Pjbt daerah bkn tutup kdi dia, pejabat daerah tutup jalan je sbb tmpt dia mmg x ada access. Selamat ni guna tanah kerajaan utk buat laluan masuk.
Quote otai_g 25-4-2024 04:48 AM
This is drama king. Semua da setup da. Member tu bukak larang durian bkn sehari 2..
Quote Thunderclouds 25-4-2024 07:26 AM
izwan_izi replied at 24-4-2024 11:29 PM
Kalau Tanah Aina yg pemiliknya org Melayu boleh kene tutup begitu sahaja oleh Pejabat Daerah...

Ken ...

Kna praktik salam keruk.
Practice practice practice.
Insya auloh smooth sailing ahead
Quote shamsadis 25-4-2024 08:13 AM
kalau Melayu....




Quote s@s@ 25-4-2024 08:38 AM
umno pahang bela sepet?
Quote mizzmimi 25-4-2024 08:46 AM
Amik ko kos 600k..

Dah kaya dah pun kutip hasil berpuluh tahun.. dah la ceroboh.. pokok durian pun dah tebang kan..
Quote Kakalongmu 25-4-2024 09:03 AM
Seriously la..... sepatutnya sbg bekas tentera yg begitu byk berkhidmat untuk negara deolls consider la sikit hukuman tu. Bagi heols tmpt lain yg sesuai. Ini tak dhumban jugak. Kalau puak2 yg 1 tu boleh pulak delayed bicara bagai. Denda jer kena. Lokap dalam mimpilah. Dasar!!!¡
Quote sagiman91 25-4-2024 09:42 AM
new term ehhh???

"TYPE C"
Quote honam 25-4-2024 10:14 AM
sagiman91 replied at 25-4-2024 09:42 AM
new term ehhh???

"TYPE C"

term ni cuba post dekat forum lowyat tengok?
Quote sagiman91 25-4-2024 10:36 AM
honam replied at 25-4-2024 10:14 AM
term ni cuba post dekat forum lowyat tengok?

aku lebih suka guna "C TYPE"

lebih sesuai...
Quote lostnfaun 25-4-2024 10:49 AM
Masalah mana² tmpt nie bila orang pacak kuil, tokong, tanam sawit dkt tanah kerajaan bio jer buat bodoh smp bertahun². Nanti bila nak ambil balik punya payah, kena bagi tapak ganti la, pampasan la. Untung betul duduk MY nie.
Quote honam 25-4-2024 10:49 AM
sagiman91 replied at 25-4-2024 10:36 AM
aku lebih suka guna "C TYPE"

lebih sesuai...

nak lagi clear letak gambar terus mcm ni


Quote akies 25-4-2024 11:02 AM
Dhla bukan tanah sendiri. Ceroboh hutan.
Pastu nak cabar kehakiman lak.
Grr

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.048580 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top