CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kanak-kanak perempuan ‘disentuh’ tangan dan punggung oleh buruh warga asing dalam lif

24-4-2024 09:06 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5902| Komen: 13

Description: AMPANG JAYA – Seorang lelaki warga asing ditahan selepas disyaki melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan di sebuah apartmen, Jalan Pandan Perdana, di sini kelmarin.

AMPANG JAYA – Seorang lelaki warga asing ditahan selepas disyaki melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan di sebuah apartmen, Jalan Pandan Perdana, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, mangsa yang berusia 11 tahun memaklumkan diperlaku sedemikian ketika berada di dalam lif kediamannya untuk ke kedai runcit.

Menurut beliau, suspek yang turut berada di dalam lif bertanyakan nama dan nombor telefon tetapi mangsa tidak mengendahkannya.

“Bagaimanapun, dalam kejadian sekitar pukul 9 malam itu, suspek kemudiannya bertindak memegang tangan dan punggung mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kata Mohd Azam, tangkapan telah dilakukan terhadap suspek lelaki berusia 32 tahun bekerja sebagai buruh, semalam manakala hasil ujian air kencing ke atas suspek didapati negatif dadah dan tiada rekod lampau,” katanya.


Ujar beliau, permohonan reman ke atas suspek dibenarkan selama tujuh hari bermula semalam hingga Selasa hadapan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 merujuk kepada amang seksual terhadap kanak-kanak.

“Hukuman Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 hendaklah dihukum dengan pemenjaraaan maksimum 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat,” tegasnya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 24-4-2024 11:07 PM
Menurut beliau, suspek yang turut berada di dalam lif bertanyakan nama dan nombor telefon tetapi mangsa tidak mengendahkannya.


Celaka punya jantan. Sangap sgt, dgn budak kecik pun ko nak tekel. Harap dlm jel bontot ko hancur kena sebat.
Quote whimsicalmusic 24-4-2024 11:43 PM
kt mana ni? kondo iolls pn kt pandan perdana. anak iolls pn 11 thn, seram la
Quote lasagnaklcc 25-4-2024 12:22 AM
Ada lagi penjaga yg benarkan anak perempuan pegi kedai sorg²... Malam pulak tu. Tak belajar dari kes nurin jazlin ke?
Quote azurro 25-4-2024 08:03 AM
Tak berbaloi apa yg kau akan terima tu
Lain kali beringatlah mai cri rzeki kat negara org ni, mak bapak kau hrap kau cri rzeki kat sini. Pandai buat pandailah tanggung.
Quote shamsadis 25-4-2024 08:15 AM
warga asing yang masuk Malaysia mana ada tapisan awal? kalau kita nak kerja di Singapura, Australia ke US ke kena provide no criminal record, warga asing masuk Malaysia takder langsung, lagi ramai masuk, lagi masyuk...
Quote KamikuP 25-4-2024 12:00 PM
lasagnaklcc: Ada lagi penjaga yg benarkan anak perempuan pegi kedai sorg²... Malam pulak tu. Tak belajar dari kes nurin jazlin ke?


Khuenzzz.. makbapak ni ngesek je pandai jaganya idok

Quote Kurex 25-4-2024 03:27 PM
kelmarin iols naik lif. lepas tu ada bangla ni masuk. nak berdiri rapat denagn iols padahal lif tu besar & iols berdua je.. dan apa yg bangla ni buat, dia keluarkan kote dia ye. hitam lebam tak bercukur! nasib baik iols sempat keluar. ni sebab pondan2 flat iols melayan bangla sampai bangla ingat semua laki sama mcm pondan tu. kalau bukan sebab tangan iols penuh pegang barang, dah tentu iols sepak kote lebam bangla tu
Quote Skuau 25-4-2024 03:31 PM
sian warga asing...pi sholat meninggal la pulak kena langgar ngn mat lalok...jilaker mat lalok-Acik Kepam Porom
Quote clueless_gamer 26-4-2024 03:23 AM
kat negara diorang ni, pelacor kanak2 ni mmg biasa ada, sbb kesempitan hidup kan.. kat sini bersepah je berjalan takde teman, tu yg bad habit die hard tu.. kes dekat flora damansara dulu pun tak selesai lagi kan..
Quote stingergrumpy 26-4-2024 04:38 AM
whimsicalmusic replied at 24-4-2024 11:43 PM
kt mana ni? kondo iolls pn kt pandan perdana. anak iolls pn 11 thn, seram la

Motip nak flex tinggal condo jugak keww?

Kahkahkahkahkahkahkah
Quote asfaz 26-4-2024 09:02 AM
Masa ai baru pindah apartment sekarang,ai beranak kecik,anak sulung darjh 1, balik sekolah dia cerita,guard usik pipi dia. Baran ai dgr. Esok tu ai teman anak ai turun,ai suruh anak ai Jalan ai perati aje nk tgk guard tu. Memang dia sentuh  pipi anak ai,ai terus pergi kat dia,ai tengking dia . Dia ckp dia anggap anak ai adik dia. Ai terus buat report kat management. Terus kena buang guard tu.  And lepas tu tak amik dah warga asing. Masa anak ai cerita tu ,guard tu dah hbs shift,so mmg kena tggu esok la jumpa dia
Quote ifanonline 26-4-2024 09:12 AM
punca lambakan warga asing di malaysia adalah salah rakyat sendiri, sebab rakyat sendiri pemalas...hadap la amang seksual ni
Quote epullipan 26-4-2024 09:42 AM
geng2 adik manis ke ni yg buat kerja

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.077384 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top