CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kedah bina empangan air bawah tanah di Langkawi

18-4-2024 08:11 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10292| Komen: 68

Description: Alor Setar: Kerajaan negeri bersetuju membina empangan air bawah tanah di Padang Matsirat, Langkawi, bagi mengatasi masalah bekalan air domestik yang dialami penduduk pulau itu.

Alor Setar: Kerajaan negeri bersetuju membina empangan air bawah tanah di Padang Matsirat, Langkawi, bagi mengatasi masalah bekalan air domestik yang dialami penduduk pulau itu.

Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata cadangan itu dikemukakan Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) yang mendapati ia mampu dilaksana kerana infrastruktur sama turut dibangunkan di luar negara.

Jelasnya, empangan air bawah tanah itu bakal menjadi kemudahan pertama dibina di negara ini, sekiranya pembangunannya berjaya dilaksanakan.

"Kita akan hantar EXCO Bekalan Air (Mohamad Yusoff@Munir Zakaria) dan pasukan teknikal ke Jepun untuk melihat secara terperinci empangan yang berjaya dibangunkan di kawasan pulau negara itu.

"Kita akan tengok dan kaji sehingga berpuas hati kerana kita takut apabila membelanjakan sehingga lebih RM300 juta ia tidak berkesan," katanya ketika hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah di sini, hari ini.


Muhammad Sanusi berkata, pihak konsultan dari Jepun yang meninjau keadaan kesesuaian projek itu juga mendapati empangan air bawah tanah boleh dilaksana di Langkawi.

"Kawasan di Padang Matsirat memiliki hamparan batu di bahagian tepi dan bawah serta sungai di atas yang hanya memerlukan sedikit sekatan untuk dijadikan empangan bawah tanah.

"Buat masa ini, kerja pembaikan paip dasar laut yang menyalurkan bekalan air dari tanah besar ke Langkawi sedang dilakukan dan ia dijangka mengambil masa sehingga hujung tahun," katanya.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tripleid 18-4-2024 11:55 AM
Edited by tripleid at 18-4-2024 12:24 PM

Sembang pkai ayaq liur boleh la nak suruh walaun2 kagum..projek kat kedah bawah kau semua melingkop lagi mau sembang projek baru



22.jpg
11.jpg

kkhk.jpg


Quote B40tastePosh 18-4-2024 12:17 PM
Edited by B40tastePosh at 18-4-2024 12:40 PM

Patutnya fikir la Renewable Energy sebagai sumber pendapatan negeri macam Selangor buat.

Guna tasik tasik yang ada untuk Floating Solar...buat kerjasama dengan TNB.

Contoh Projek Kerajaan Selangor: Solarvest Selangor Floating Solar PV Park
Solarvest_2020-10-06_Largest-floating-solar-plant_1_compressed-1280x960.jpg
Air dari empangan boleh digunakan sebagai air bersih.

Laut tu boleh je diempangkan untuk dapatkan air bersih, macam negara Belanda buat tu guna Dune Water Hondsbossche-aanleg-2014-Foto-Aannemerscombinatie-Van-Oord-Boskalis-FF70780-p1fk.jpg

Kata ada Ijazah dari Universiti Sains Malaysia, takkan la tak boleh nak fikir secara Sains dan Logik.

Selangor sekarang tanah gambut dah tanam jagung untuk sumber makanan ternakan. Selangor dah harvest solar energy dari tasik² lombong....tak payah nak export Jagung ternakan dan Briquettes Coal dari Indonesia....ringgit kita jatuh sebab banyak import benda yang kita boleh hasilkan sendiri dalam negeri...sepatutnya semua negeri dalam Malaysia kena bergerak dan berfikir macam Kerajaan Selangor..jangan jadi Sleeping Partners dalam Persekutuan Malaysia.

Nak mentadbir otak kena bergerak jangan sebok berpolitik, politik tu time PRU PRN jelah, setahun sekali.

Langkawi tu sebenarnya lebih potential dlm segala sektor dari sekadar pelancongan.
Quote otai_g 18-4-2024 12:18 PM
Berjaya atau x sesuatu projek tu bergantung pd media. Kalo projek tu bgs tp media sengaja bg bad review maka sampah la jawabnya. Begitu juga sebaliknya. Power of media, and media bkn semua blh percaya. Sp bayar media lebih dia la pemenang.
Quote Samerosie 18-4-2024 12:40 PM
Amboi sakan na holiday pree sana sini sampai ke jepun. Tu singapore dah lama ada underground reservoir pi sana je lah. Depa pun island reservoir tu pun bukan calang2 yg design construct. British tu.
Quote Samerosie 18-4-2024 12:43 PM
Edited by Samerosie at 18-4-2024 12:50 PM
otai_g replied at 18-4-2024 12:18 PM
Berjaya atau x sesuatu projek tu bergantung pd media. Kalo projek tu bgs tp media sengaja bg bad rev ...


Berjaya atau tidak project tu is based on whether dia achieved its objective bukan depending on wartawan.  Yg depend on wartawan tu retis. Dont confused the two.
Quote B40tastePosh 18-4-2024 12:43 PM
Edited by B40tastePosh at 18-4-2024 12:45 PM

Adik angkat aku yang Indonesia tu kata dalam banyak² negeri dalam Malaysia, Negeri Selangor ni terbaik...yg paling ada Humanity pun Selangor...sebab tu dipanggil Darul Ehsan.

Negeri lain adik angkat Indon tu tak nak tinggal. Aku rasa lama2 negeri korang tu pekerja asing pun tak nak kait buah sawit sebab tak comfortable dlm segala segi
Quote kemaruk 18-4-2024 12:49 PM
B40tastePosh replied at 18-4-2024 12:17 PM
Patutnya fikir la Renewable Energy sebagai sumber pendapatan negeri macam Selangor buat.

Guna tasik ...

backup bukit malut nampak
Quote airfilterkotor 18-4-2024 01:56 PM
Samerosie replied at 18-4-2024 12:40 PM
Amboi sakan na holiday pree sana sini sampai ke jepun. Tu singapore dah lama ada underground reservo ...

Apabila acik Rosie pakar sihir reservoarrrr berkata-kata... MB pun kena sekolah sekali.
Quote kemaruk 18-4-2024 02:01 PM
semoga takdelah desktop study digunakan untuk batalkan projek macam canal city
Quote atira 18-4-2024 02:08 PM
dengar cerita, kalau projek kawen banyak MB ni cemerlang. hahahah
lain2 projek semua tak siap
Quote apam 18-4-2024 02:18 PM
otai_g replied at 18-4-2024 12:18 PM
Berjaya atau x sesuatu projek tu bergantung pd media. Kalo projek tu bgs tp media sengaja bg bad rev ...

Maksud kau bergantung kpd air liur aje.
Quote apam 18-4-2024 02:19 PM
B40tastePosh replied at 18-4-2024 12:43 PM
Adik angkat aku yang Indonesia tu kata dalam banyak² negeri dalam Malaysia, Negeri Selangor ni terb ...

Sabak bernam best
Quote Samerosie 18-4-2024 02:29 PM
Edited by Samerosie at 18-4-2024 02:43 PM
B40tastePosh replied at 18-4-2024 12:17 PM
Patutnya fikir la Renewable Energy sebagai sumber pendapatan negeri macam Selangor buat.

Guna tasik ...

Tak, sekarang ni dia bukan cakap ada masalah power, dia sana ada masalah air.  Dia nak buat catchment storage underground, tak tau la source dari mana, hujan ke sungai ka apa ka. Sebab kalau baca artikel dia ada mentioned the subsea pipeline tengah baiki.  Ini masalah sama dgn Pulau Carey depending on fresh water supply from the mainland.  Honest speaking, lagi murah baiki je paip tu dari nak buat benda2 on the island itself.  Apa2 masalah nak kena tunggu supply gak dari mainland.

Floating solarpv yg kat selangor tu dia power apa?  Buat kat bekas lombong je.  Kat Singapore, floating solar depa buat kat reservoirs derang to power the pump house ka gate ka apa ka so not depending on fossil fuel. So makna self sustaining.  Buat atas air sebab more efficient having them on the ground, satu cooler.
Quote Cyempaka 18-4-2024 02:49 PM
Alor Setar: Kerajaan negeri bersetuju membina empangan air bawah tanah di Padang Matsirat, Langkawi, bagi mengatasi masalah bekalan air domestik yang dialami penduduk pulau itu.

yang ditanah besar ni macamana pulak? MB tau ka dak ada daerah di kedah xdak air sejak raya cina sampai raya melayu. guna air yg lori hantar je. ada org kampung gotong royong bina saluran paip ambik air sungai dr atas gunung. yang tak terjejas cuma kawasan org kaya2.
MB renyeh saja ka tengok? ya la.. rumah MB ada air, apa ada hal
Quote pembacagosip 18-4-2024 03:18 PM
kenapa kedah catu air
padahal a.star tu bandar kut
knpe jadi mcm ni skrg
tiap hari catu air
kesian penduduk kg situ
Quote Samerosie 18-4-2024 03:27 PM
pembacagosip replied at 18-4-2024 03:18 PM
kenapa kedah catu air
padahal a.star tu bandar kut
knpe jadi mcm ni skrg

Tak silap I catu sebab kan baru2 ni heatwave jadi air empangan surut.
Quote Samerosie 18-4-2024 03:28 PM
Cyempaka replied at 18-4-2024 02:49 PM
Alor Setar: Kerajaan negeri bersetuju membina empangan air bawah tanah di Padang Matsirat, Langkawi, ...

La ni la 2-3 tahun lepas I pernah mention kat dalam forum juga la officemate i rumah mak pak dia kat tg dawai dah bertahun2 tak dak air.  Dia tulis merata ke SADA ke Adun ke MB still nothing.  Tapi ada lak walanucy kata kawan I tu tipu tempat dia konon elok je ada.
Quote Cyempaka 18-4-2024 03:53 PM
Samerosie replied at 18-4-2024 03:28 PM
La ni la 2-3 tahun lepas I pernah mention kat dalam forum juga la officemate i rumah mak pak dia k ...

ya betul. tg dawai antara yg xdak air. kesian depa, depa sedut air dalam tanah (apa ntah nama proses tu ) tapi air x elok dan kelat macamana ntah sebab dekat dengan laut kot.
area Sungai Petani (kawasan marhaen), membawa ke Bedong, Merbok, Tg Dawai, kampung2 sekitar tu semua terjejas. report SADA pun xde kesan. lagi SADA tutup komen kat socmed. halus betul jiwa admin SADA
Quote pembacagosip 18-4-2024 05:02 PM
Samerosie replied at 18-4-2024 03:27 PM
Tak silap I catu sebab kan baru2 ni heatwave jadi air empangan surut.

i balik kg laki tiap kali raya cina n hari raya
sejak awal tahun dah catu ye
masa awal2 tu catu setiap tgh malam ok la subuh dah ada
ni setiap hari catu tapi x tentu waktu
masa raya aritu pernah pkl 3 petang tutup esok pagi 8.30 baru ada
adoi dah la posa raya

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.080617 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top