CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peningkatan aktiviti gunung berapi di Gunung Ruang di Kepulauan Sitaro, darurat 14 hari diisytihar di Sulawesi

18-4-2024 08:09 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8477| Komen: 4

Description: Jakarta: Peningkatan aktiviti gunung berapi di Gunung Ruang di Kepulauan Sitaro, wilayah Sulawesi Utara, sejak Selasa menyebabkan pemindahan 272 keluarga atau 828 individu dari kampung berhampiran.


Jakarta: Peningkatan aktiviti gunung berapi di Gunung Ruang di Kepulauan Sitaro, wilayah Sulawesi Utara, sejak Selasa menyebabkan pemindahan 272 keluarga atau 828 individu dari kampung berhampiran.

Tempat perlindungan sementara di sekitar kawasan Tagulandang kini menempatkan 45 orang, manakala 783 orang lagi berpindah ke rumah saudara-mara berhampiran atau pergi ke tanah besar menggunakan feri dan bot.

Pihak berkuasa tempatan mengisytiharkan darurat selama 14 hari, berkuat kuasa dari 16 hingga 29 April.

Badan Nasional Penanggulan Bencana (BNPB) menyediakan barangan keperluan termasuk 123 tikar, 120 selimut dan 400 pelitup muka.

"Kerajaan tempatan menggerakkan 50 anggota termasuk daripada agensi mitigasi daerah (BPBD), agensi mencari dan menyelamat (Basarnas), petugas kesihatan dan bomba," kata jurucakap BNPB, Abdul Muhari dalam kenyataan pada Rabu.



Beliau juga melaporkan bahawa letusan malam Selasa memuntahkan abu gunung berapi, yang mengganggu rangkaian komunikasi dan isyarat di kampung Laingpatehi.

Status gunung berapi itu dinaikkan daripada Tahap II (Awas) kepada Tahap III (Amaran) pada 4 petang waktu tempatan Selasa.

"Penduduk dan pelancong dinasihatkan supaya berhati-hati dan mengelak daripada memasuki radius empat kilometer di sekitar kawah aktif gunung berapi Gunung Ruang," kata Abdul Muhari.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manopBKK 18-4-2024 08:27 PM
@nusaraya udah evakuasi ke?
Quote nusaraya 18-4-2024 11:35 PM
Edited by nusaraya at 19-4-2024 01:09 PM
manopBKK replied at 18-4-2024 08:27 PM
@nusaraya udah evakuasi ke?

Berdasarkan ilmu dan kepercayaan bangsa melayu mahawangsa yang sudah ada dan terbukti  sahih sejak masa empayar melaka ... gunung meletus di sulawesi utara itu adalah pertanda angkara murka Tuhan kepada rakyat yang tinggal disana akibat  hidup yang melampaui  dan juga dosa besar akibat perbuatan maksiat yang  mereka lakukan  selama ini .... Hehehehe
Quote AnBulisia 19-4-2024 10:30 AM
pose awal
raya awal call Allah
Ponpes Az Zaytun khutbah pompuan baca
terawih secepat kilat
etc etc
memang mengundang lah....
Quote supernaturalee 19-4-2024 11:03 AM
cantiknya view
but deadly


Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 11:40 PM GMT+8 , Processed in 0.104573 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top