CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kegiatan Tukar Pasangan Suami Isteri ‘Swinger’ Di Kedah, Johor Tumpas

3-4-2024 10:34 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 20321| Komen: 94

Description: PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan kegiatan ‘swinger’ yang beroperasi secara dalam talian di Kedah dan J ...


PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan kegiatan ‘swinger’ yang beroperasi secara dalam talian di Kedah dan Johor baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, MCMC berkata, kegiatan kumpulan ‘swinger’ melibatkan aktiviti suami isteri bertukar-tukar pasangan dikesan susulan aduan daripada orang ramai dan pemantauan pihaknya.

Ujarnya, operasi yang dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan MCMC dan PDRM di dua lokasi tersebut telah menemukan kumpulan ‘swinger’ yang memiliki sejumlah besar video lucah.

“Hasil serbuan, telefon bimbit, komputer, dan ‘thumbdrive’ milik suspek dirampas untuk siasatan lanjut.

“Tiga suspek berusia lingkungan 39 hingga 50 tahun didapati bertindak sebagai pentadbir (admin) bagi platform X kumpulan ‘swinger’ berkenaan, dan mereka turut didapati menjual bahan lucah bagi meraih keuntungan.


“Modus operandi suspek adalah memuat naik klip video pendek melalui platform X, dan individu yang berhasrat mendapatkan video berdurasi penuh, dikenakan bayaran sebanyak RM100 ke RM400 bagi mendapatkan pautan ke aplikasi Telegram,” katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta
588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

MCMC dalam pasa itu mengingatkan agar orang ramai tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi dalam talian yang bertentangan dengan undang-undang di negara ini. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chacon 3-4-2024 10:39 PM
bodoh tak berakhlak lgsg mesti gundu2 muka hodoh semua yg swinger ni
Quote lanacondor 3-4-2024 10:46 PM
Mcm bodoh je. Serious xboleh hadam. Elok cerai jela kawen lain dari buat bnd Haram cmni.
Quote hokeypokey 4-4-2024 01:53 AM
nk ikut cam omputeh ke open relationship
Quote prince_marhaen 4-4-2024 09:16 AM
chacon replied at 3-4-2024 10:39 PM
bodoh tak berakhlak lgsg mesti gundu2 muka hodoh semua yg swinger ni

ye, semua muka-muka bapak-bapak boroi, makcik-makcik perut berlipat semua, dengan yang berjanggut macam ustaz, jenis jenis body poli pencen (diorg tulis ada polis, cikgu, pesara) lepas main ramai-ramai siap lepak mamak macam orang2 biasa kita nampak, pakai tudung, kopiah, kain pelikat bagai.. meols tgok kat twitter haritu terkejut ye, gambar, video semua tutup sensor mata je... kira kalau anak-anak diorg tengok mesti kenal ye. Itu hari meols cerita kat thread orang kata Emakembong swinger (bukan meols tuduh Ema, and meols x caya pun Ema terlibat), ramai kecam meols ye kata fitnah pakcik makcik utara... hahahahaha..


Quote midori888 4-4-2024 09:19 AM
prince_marhaen replied at 4-4-2024 09:16 AM
ye, semua muka-muka bapak-bapak boroi, makcik-makcik perut berlipat semua, dengan yang berjanggut  ...

giler lah org skrg....semoga dijauhkan dari org2 giler mcm nie....
Quote ifanonline 4-4-2024 09:22 AM
loqlak org kedah dok pi swinger...hang pa org kulim ka?
Quote kakikuDibibirmu 4-4-2024 09:34 AM
Pasaipa angpa jadi lagu tu? Peliaq betoi lah hai, the wedar is kliar katanya, dajjei sungguhlah, kamjad betoi, Ffira Mikah tersenyum sinis
Quote kakikuDibibirmu 4-4-2024 09:36 AM
I'm gonna swing from the chandelieeeeeer
From the chandelieeeeeer



[youtube]2vjPBrBU-TM[/youtube]
Quote asudau 4-4-2024 09:40 AM
x malu ke berbogel ramai-ramai ke masa buat tu telan dadah
Quote kakikuDibibirmu 4-4-2024 09:41 AM
asudau replied at 4-4-2024 09:40 AM
x malu ke berbogel ramai-ramai ke masa buat tu telan dadah

Perasaan tak perlu malu sayang, you have to face it
Quote copy_paste 4-4-2024 09:48 AM
prince_marhaen replied at 4-4-2024 09:16 AM
ye, semua muka-muka bapak-bapak boroi, makcik-makcik perut berlipat semua, dengan yang berjanggut  ...

tepek la video kat sini nak nengok
Quote green~tea 4-4-2024 09:51 AM
Dua thread tajok sama... takleh merge kaa mcm dulu2?

Kat thread sebelah kata flag swinger ni gambo nenas terbalik.... lgqbt gambo pelangi...
Quote Decaffeinated 4-4-2024 09:52 AM
Tak perlu gelabah dorang bukan sebar ajaran converting people pun. Orang normal ni majoriti dan main stream kenapa senang rasa insecure dan hambat orang2 begini? You think you can change them?
Quote ifanonline 4-4-2024 09:53 AM
prince_marhaen replied at 4-4-2024 09:16 AM
ye, semua muka-muka bapak-bapak boroi, makcik-makcik perut berlipat semua, dengan yang berjanggut  ...

grup swinger ni memang selalunya mereka2 yg berusia...lubang depan dan belakang seluas highway PLUS...

kote laki tak besar mana pun, tapi swinger ni suka kpd budaya swinger...israel suka la golongan ni
Quote hyie 4-4-2024 09:55 AM
nak malu apa dah itu diorang punya fetish. Apepun cash la
Quote green~tea 4-4-2024 09:56 AM
asudau replied at 4-4-2024 09:40 AM
x malu ke berbogel ramai-ramai ke masa buat tu telan dadah


Telan dadah kot.....

Dah mcm2 bisnes bapak ayam ni kan.... sbb tu daddy ash ada pensokong....


Mintak jauh le family & keturunan aku dari mende2 gini
Quote sagiman91 4-4-2024 09:57 AM
Edited by sagiman91 at 4-4-2024 09:58 AM

ayie dgn noreen ke?
Quote ifanonline 4-4-2024 10:01 AM
Quote ifanonline 4-4-2024 10:02 AM

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.097428 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top