CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gempa Bumi Taiwan: 9 Terkorban, 900 Cedera

3-4-2024 10:32 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11962| Komen: 4

Description: TAIPEI – Gempa bumi terkuat di Taiwan dalam tempoh 25 tahun telah meragut nyawa sembilan orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 900 yang lain, serta menyebabkan bangunan runtuh, bekalan elektrik t ...

TAIPEI – Gempa bumi terkuat di Taiwan dalam tempoh 25 tahun telah meragut nyawa sembilan orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 900 yang lain, serta menyebabkan bangunan runtuh, bekalan elektrik terputus dan tanah runtuh.

Akhbar The Guardian melaporkan, berpuluh-puluh orang dipercayai masih terperangkap di dalam bangunan dan menunggu untuk diselamatkan termasuk beberapa di dalam lombong arang batu.

Gempa berkekuatan 7.4 magnitud itu melanda kawasan berhampiran Hualien di pantai timur Taiwan, yang merupakan sebuah bandar popular dalam kalangan pelancong.

Beberapaa video yang dikongsikan di laman-laman media sosial menunjukkan kanak-kanak diselamatkan dari bangunan-bangunan yang runtuh.

Sebuah bangunan lima tingkat di Hualien turut kelihatan rosak teruk, dengan tingkat pertama runtuh dan sebahagian besar bangunan itu condong pada sudut 45 darjah.


Pengurusan Taman Negara Taroko di Hualien berkata, hampir 1,000 pelancong dan kakitangan terkandas di kawasan pergunungannya.

Media tempatan melaporkan bahawa tiga pendaki dan seorang jurupandu maut selepas dihempap batu yang runtuh di taman itu.

Sementara itu, Pusat Sains dan Teknologi (CST) Taiwan memberitahu, orang ramai dan kenderaan terperangkap di dalam terowong Dachingshui.

Laluan kereta api turut rosak, manakala sekolah serta tempat kerja ditutup di seluruh kawasan besar bandar. Puluhan ribu rumah pula tiada bekalan elektrik.

Dalam pada itu, di bahagian jauh ke utara, sebahagian daripada tanjung Pulau Guishan yang menjadi tarikan pelancong serta dikenali sebagai Pulau Penyu, tergelincir ke dalam laut.

Di bandar ibu kota Taipei, beberapa orang diselamatkan dari gudang yang sebahagiannya runtuh, selain Jubin turut jatuh dari bangunan. – AGENSI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 3-4-2024 10:37 PM
harap2 tak serius la

chip chatgpt pulak dibuat dekat taiwan

risau pulak terganggu cita2 bangkem nak tengok chatgpt mengusai dunia bila mereka mempunyai badan fizikal kelak
Quote sharlenetexas 4-4-2024 12:05 AM
Semoga dipermudahkan urusan.


Quote kakikuDibibirmu 4-4-2024 05:29 AM
ataupun sebab senjata HAARP ummah suci yehudi yang cemburu dengan pencapaian ummah isle

hanya Isle menjana minda

Senjata haarp us? Imam mahdi turun dari panji panji hitam dari timur?
Quote syamzana 4-4-2024 05:57 AM
harapnya yg terperangkap semua tu tiada tercedera dan diselamatkan secepat mungkin.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.039982 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top