CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Iya Ke? Saya Pun Tak Perasan Tentang Itu (Unfollow)" - ‘Unfollow’ Ig Amelia Christie, Sharnaaz Ahmad Enggan Komen

27-2-2024 08:53 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 20031| Komen: 143

Description: “IYA ke? Saya pun tak perasan tentang itu (unfollow). Saya tak mahu komen apa-apa.”


“IYA ke? Saya pun tak perasan tentang itu (unfollow). Saya tak mahu komen apa-apa.”

Demikian respons pelakon, Sharnaaz Ahmad yang lebih selesa tidak mengulas dakwaan putus cinta dengan bakat baharu, Amelia Christie selepas dikatakan saling tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Bapa tunggal itu  menegaskan mahu fokus terhadap diri sendiri dan anak lelakinya, Jebat Jayden.


Fokus saya sekarang ini adalah untuk diri sendiri dan anak saya. Amelia pun masih rapat dengan Jebat.

“Sebab itu saya tak mahu bercerita sangat tentang hubungan cinta sebab risau ada apa-apa berlaku di tengah jalan dan enggan serabut begini,” katanya.

Tegas Sharnaaz, dia juga tidak pernah mengiyakan atau menafikan mengenai hubungannya dengan Amelia sebelum ini.

Bagi saya, Amelia perempuan yang baik.  Hendak kata ada hubungan ke apa, saya tak pernah mengiyakan sejak awal. Tidak bolehlah nak kata sudah putus, pening juga,” katanya lagi.

Pada masa sama, bintang filem Polis Evo 3 itu tidak menolak sekiranya dipertemukan dengan mana-mana wanita dan kembali mendirikan rumah tangga.

“Biarlah dulu (jodoh). Sebelum ini saya sudah berkahwin sekali dan ada ke jodoh kedua selepas ini?

Kalau ada rezeki saya terima, jika tiada pun, okey sahaja. Saya pun sudah ada anak dan fokus sekarang hanya mencari duit dan keluarga.

“Ditambah pula, Jebat pun akan mulakan sesi persekolahan,” ujarnya.

Terdahulu, Sharnaaz dikatakan menjalin hubungan cinta dengan Amelia selepas dilihat kerap muncul berdua di beberapa acara hiburan

Spekulasi tersebut semakin kuat apabila pelakon berusia 38 tahun itu bercuti ke Jepun bersama Amelia, Jebat dan bekas isterinya, Noor Nabila pada tahun lalu.

Selain bercuti, Amelia juga dilihat beberapa kali berkunjung ke rumah Nabila sebelum ini,  sekaligus menguatkan lagi gosip cinta antara mereka.

Namun, hasil tinjauan HibGlam, kedua-duanya sudah saling tidak mengikuti akaun media sosial masing-masing hari ini.

Sebelum ini, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila pada Mac 2017, namun disahkan bercerai sekitar Julai 2020.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan Jebat Jayden yang kini berusia tujuh tahun. 

Sumber – HIBGLAM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mangkok 27-2-2024 09:08 AM
‘Pasangan’ yg macam tak berapa sesuai/balanced sebegini sebaik² nya menyedari sendiri ketidak sesuaian itu sebelum they commit themselves.

Quote Cleocatra 27-2-2024 09:12 AM
Memang dah putus ditengah jalan dah pun. Mamu pun cakap berlapik. Problem masa kat jepun baru ni. Lepas ni tak payah la nak kenalkan gf baru (kalau ada) dengan bekas bini kau yang racun berbisa tu. Tak pasal2 ame dok bercampo dengan sskjp yang semua orang tahu mulut jahat
Quote fido_dido 27-2-2024 09:29 AM
Cleocatra replied at 27-2-2024 09:12 AM
Memang dah putus ditengah jalan dah pun. Mamu pun cakap berlapik. Problem masa kat jepun baru ni. Le ...

kaka spill more...ada kaitan dgn sskjp ke dorang break ni? tgok haritu sape bgtau ame ikut keluarga jenab balik kelate...betul ke?
Quote Bedakpowder 27-2-2024 09:31 AM
dr semalam tggu cite ni..geli nak cite pasal cinta sbb umo 40..hmmm..nyampah
Quote cm_vungtau 27-2-2024 09:34 AM
Kak nab dah mencucuk jarum halus kot
Quote rosevelvet 27-2-2024 09:36 AM
Cleocatra replied at 27-2-2024 09:12 AM
Memang dah putus ditengah jalan dah pun. Mamu pun cakap berlapik. Problem masa kat jepun baru ni. Le ...

Spillover pliz
Quote rosevelvet 27-2-2024 09:38 AM

“Sebab itu saya tak mahu bercerita sangat tentang hubungan cinta sebab risau ada apa-apa berlaku di tengah jalan dan enggan serabut begini,” katanya.
Ok.. seperti mengesahkan
Quote Manusiabesa 27-2-2024 09:40 AM
Cleocatra replied at 27-2-2024 09:12 AM
Memang dah putus ditengah jalan dah pun. Mamu pun cakap berlapik. Problem masa kat jepun baru ni. Le ...

Kt jepun tuhari jdi apa? Mesti mulut hansuang jenab kan?

Aku dh nmpk dh dari awal. Masa dpn mamu akn gelap smpai bila2 selagi dia x rhsiakan benda dri jenab. Gtau je kt femili set#n tu mmg ko rugi besar. Dia kawen 2,3x. Hg menduda smpai kiamat. Pdhal ame tu dh baik giler.

Jarum jenab sgt halus ye gais. Acah2 bebaik dgn bakal mak baru jebat...alih2 ada mission jht.
Quote epal_putih 27-2-2024 09:46 AM
Jenab ke puncaaaa
Tanya ni?
Quote apedehal 27-2-2024 09:49 AM
Xsuka mamu..tp kecian nanas merasa 1 lubang je baru..kasi can la k.nab pun dah 3x merasa btg apa lg yg didengkinya
Quote BoongaKertas 27-2-2024 09:51 AM
tp kira oklah gak kan putus awl dari bercerai berai di kemudian hari. tp sentap woo ayat mamat ni mcm x mengiktiraf kewujudan sheols jer kekdahnya. nyampahnya. kekasih tak dianggap ke camner?
Quote MissYouSayang 27-2-2024 10:06 AM
Acik forum dah lama expect mesti putus gak bila tgk ame pi bergaul dgn family jenab ni
Quote apedehal 27-2-2024 10:07 AM
BoongaKertas replied at 27-2-2024 09:51 AM
tp kira oklah gak kan putus awl dari bercerai berai di kemudian hari. tp sentap woo ayat mamat ni mc ...

Tp pelikkn diorg ni..kalau da kulir kilir togeder, buat video togeder, bawak nun jauh ke jepun join janda dia anak dia, plus 1 utk movie premier...sah2 la pernah bertahta d hati.. budak tadika pun tau tu awek..bodo nanas ni..marah sgt ke tu. Apa la yv k.nab cucuk eh..hihi
Quote ayukpingu 27-2-2024 10:17 AM
entah2 plot twist..ame menjadi org tengah antara kak nab dan syanaz kembali. huahuahua
Quote cm_vungtau 27-2-2024 10:27 AM
Nab purak2 tunjuk ibu mithali depan mamu. Dah sah2 la budak jebat tu akan lebih suka mak dia. So mamu pun ada mixed feelings, maybe dia rasa Jebat nak dia bersatu kembali kepada kak nab.

Kalau betul, padankan muka aje lah mamu kalau kena tendang dengan sskjp lagi sekali.
Quote mamajawie 27-2-2024 10:27 AM
yang bawak jenab 1 fam ke jepun da kenapa??baik la nenas ni bawak dia punya family dengan ame n jebat..x kan la jenab nk marah kan sebab nenas bawak skali fmily dia
Quote epal_putih 27-2-2024 10:28 AM
X serik ke mamuuu
Quote ezacbee 27-2-2024 10:31 AM
Elok laa.. budak tu muda lagi. Takut kena buli je.. Nanas sesuai dgn jenab je. Pompuan lain sila jauhkan diri.

Quote nad014 27-2-2024 10:32 AM
ayukpingu replied at 27-2-2024 10:17 AM
entah2 plot twist..ame menjadi org tengah antara kak nab dan syanaz kembali. huahuahua

khenz....kak nab cucuk jarum lepas tu ame pun surrender

Lihat semua komen(143)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 10:06 AM GMT+8 , Processed in 0.058023 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top