CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Pemain Ragbi Kebangsaan New Zealand, Sonny Bill Williams Tiba Di Malaysia

16-2-2024 11:34 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 26508| Komen: 18

Description: PETALING JAYA – Bekas pemain ragbi kebangsaan New Zealand, Sonny Bill Williams tiba di Malaysia hari ini bagi mengikuti satu program kerohanian yang berlangsung esok dan Ahad di ibu negara.


PETALING JAYA – Bekas pemain ragbi kebangsaan New Zealand, Sonny Bill Williams tiba di Malaysia hari ini bagi mengikuti satu program kerohanian yang berlangsung esok dan Ahad di ibu negara.

Sonny yang juga peninju profesional memaklumkan ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi video dimuat naik pada akaun media sosialnya.

“Assalamualaikum kami berada di Malaysia. Kami di sini untuk bertemu semua orang,” katanya pada video ringkas tersebut hari ini.

Malah, Sonny turut menyapa beberapa individu yang menyambut kedatangannya di KLIA.


Difahamkan, Sonny akan menghadiri program berbentuk kerohanian iaitu ‘A Step Nearer To God’ (selangkah lebih dekat kepada Tuhan) berlangsung di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur bermula pukul 11 pagi hingga 4 petang.

Terdahulu, Sonny memeluk Islam pada tahun 2008 di Perancis sekali gus menjadi muslim pertama yang bermain untuk All Blacks. 

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asamfish 16-2-2024 11:36 PM
one of my favs!  
Quote Kak-Rohana 16-2-2024 11:50 PM
Daddi..herloks ke idokk??
Quote Gianna111 17-2-2024 08:08 AM
adeh...dia mai KL aku tak ada kat KL la pula
Quote otai_g 17-2-2024 08:10 AM
Mcm rupa Habib yg jual madu al-madinah kat Facebook tu la. Hampeh punya Habib bila pg website dia nak order website da mcm porn site. Walhal jual madu jer
Quote noor2 17-2-2024 08:12 AM
Welcome to Malaysia.

Minat baca kisah dia convert dulu   
Quote green~tea 17-2-2024 08:48 AM
Dulu i penah crush kat dia ni.. hahahahha.. hensem manly
Quote Gianna111 17-2-2024 08:50 AM
green~tea replied at 17-2-2024 08:48 AM
Dulu i penah crush kat dia ni.. hahahahha.. hensem manly

i sampai sekarang masih lagi..dan suka tengok family mereka ni.
Quote green~tea 17-2-2024 08:51 AM
Ok aku rasa nak beli la tshirt all blacks utk laki aku and anak aku.. eventhough i NEVER encourage them main rugby walau sekadar utk suka2... sukan ni aku rasa sangat bahaya..

Biar je la anak aku main badminton, skating, cycling,  soccer & taekwondo (dulu dia karate do shito ryo)...
Quote green~tea 17-2-2024 08:54 AM
Gianna111 replied at 17-2-2024 08:50 AM
i sampai sekarang masih lagi..dan suka tengok family mereka ni.


Minat i mudah berpindah randah.. hahaha

I suka tengok lelaki manly dan tinggi and tanned... sonny ni kalo certain2 masa dia activr jadi gelap2 kan tanned... masa tu nampak le hensem , tp bila nampak putih dan ciri2 kokesen, terus pudar minat tu..


Exception kulit putih i suka is Henry Cavill, chris evans & hemsworth je..
Quote green~tea 17-2-2024 09:02 AM
Gianna111 replied at 17-2-2024 08:50 AM
i sampai sekarang masih lagi..dan suka tengok family mereka ni.

Oh ya.. aiols suka part dia dulu kan liar2.. bila masuk islam dia betul2 berubah.... like totally changed... bagus sangat
Quote Gianna111 17-2-2024 09:06 AM
green~tea replied at 17-2-2024 09:02 AM
Oh ya.. aiols suka part dia dulu kan liar2.. bila masuk islam dia betul2 berubah.... like totally  ...

tengok cara dia dengan waife dan anak.wife dia tu dulu bukan orang yang ok ok.sekarang elok je.maybe d NZ sana kurang pressure sepeerti negara kita.convert je terus kau kena patuh dan bertukar 180 degree secara drastic.
Quote green~tea 17-2-2024 09:08 AM
Gianna111 replied at 17-2-2024 09:06 AM
tengok cara dia dengan waife dan anak.wife dia tu dulu bukan orang yang ok ok.sekarang elok je.may ...


Kat sini orang penuh judgemental..


Yang selamat dari kecaman adalah bini sabri yunus tu.. convert je terus auto hijab and expert ibadah siap pi umrah bagai
Quote Gianna111 17-2-2024 09:10 AM
green~tea replied at 17-2-2024 09:08 AM
Kat sini orang penuh judgemental..

kalau masih macam dulu "baik tak payah convert" ah gitu kata acik bawang dan pak cik bawang..sesambil mata melilau mencari kesalahan yang lampau.
Quote hashashes 17-2-2024 02:21 PM
Laki aku ex rugger  and minat btl dgn sbw ni, sampai nama anak pun dia letak sama nama ngan anak sonny
Quote rashiman 17-2-2024 02:53 PM
Islam agama sejagat tanpa mengira bangsa...
Tapi kat Malaysia nie ada yg berpendapat masuk islam bermakna masuk melayu...
Quote Kurex 17-2-2024 03:20 PM
dapppo
Quote Carcosa 17-2-2024 09:15 PM
So? So? So?
Quote kitaserupaaa 17-2-2024 09:34 PM
Oo baru tau ada organizer lain utk event mcm ni selain event2 bawah yayasan taalim & dakwah corner. Boleh la follow page organizer for similar event in the future

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.060144 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top