CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dia Kata Eee Anak Kampung Pergi Konsert UK’S Dan Slam. Ia Memang Saya Anak Kampung" – Uyaina Arshad

13-2-2024 10:45 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11566| Komen: 99

Description: Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad tidak kisah dengan komen segelintir netizen yang menyifatkan dirinya sebagai ‘perempuan kampung’ kerana menghadiri konsert UK’S dan Slam, baru-baru ini.


Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad tidak kisah dengan komen segelintir netizen yang menyifatkan dirinya sebagai ‘perempuan kampung’ kerana menghadiri konsert UK’S dan Slam, baru-baru ini.

Menerusi temu bual bersama Melodi, Uyaina mengaku dia berasal dari kampung dan tidak terkesan langsung dengan komen netizen yang berkata sedemikian.



"Dia kata eee anak kampung pergi konsert UK’S dan Slam. Ia memang saya anak kampung dan saya berasal pun dari Kuala Kangsar, Perak. Memang anak jati orang kampung. Saya tak rasa benda itu satu masalah dan memalukan pun. Semua orang berasal dari sesuatu tempat dan saya memang berasal dari kampung.


"Kalau pergi konsert artis tempatan ini tak ada kurlas ke? Bagi saya kalau kita tak sokong penggiat seni tempatan, siapa lagi nak sokong? Kalau konsert dari Korea dan US semua boleh pergi, takkan dari Malaysia tak boleh pergi?".

Bercerita lebih lanjut, Uyaina berkata dia tidak suka apabila segelintir pihak melakukan kecaman terhadap orang kampung dan bandar. Bagi dirinya, semua orang adalah sama.

"Saya mengaku saya anak kampung dan saya bangga".

Di akhir temu bual, Uyaina memberi nasihat kepada semua agar sentiasa berhati-hati apabila berkata-kata.

"Kadang-kadang apa yang kita cakap boleh beri kesan dekat orang lain. Kalau selalu cakap benda jahat, pasti orang itu akan rasa kurang bersemangat dan sebagainya. Berdiam lebih baik kalau tak ada benda nak cakap".

Sumber: Melodi/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sleepandream 13-2-2024 11:29 AM
org kampung lagi kaya... org bandar gaji 5-6k tapi status miskin bandar duduk rumah burung jah... lepastu healing kawasan hutan pantai sikit dah jakun
Quote bottompro 13-2-2024 11:30 AM
Terpaling kena kecam
Quote Rogue98 13-2-2024 11:32 AM
So apa isu dia?
Quote She-Ra 13-2-2024 11:39 AM
ehhhh hellloooooooooooooooooooooooooooo
iols pn asal dari kampung
dan iols pun ada pegi konsert ukay slam ni
bkn mintak duit dak dak bando pun.. haa gituu ahhahaaaa
Quote sukebintang 13-2-2024 11:45 AM
i lahir dekat bandar ditengah KL dan berpuluh tahun duduk bandar.. pergi je konsert UK'SLAM ..
Quote lilacomot 13-2-2024 11:48 AM
iols pun pegi konsert ni jugak...mmg iols asal kg pun
Quote damian_lee 13-2-2024 11:50 AM
sleepandream replied at 13-2-2024 03:29 AM
org kampung lagi kaya... org bandar gaji 5-6k tapi status miskin bandar duduk rumah burung jah... le ...

Ini sangat betulllll
orang kampung kalau cili mahal tinggal nak petik kat tepi rumah

rumah dah tak loan 30 tahun

and part healing tu aku ingat lagi time ada pelonggaran PKP
my parents house berdekatan dengan sungai and air terjun

pastu ada satu sungai kecil tu mcm ada gak orang kampung yang alirkam air najis kat situ
memang sungai kecil la …

after ada kelonggaran tu ramai gila healin kat air terjun tun sampai jam sesak mcm lebuh raya
and sungai berdekatan pun sama

sampai sungai kecil tmpt orang salur air najis pun diorang tetap on jadikan tmpt berkelah

sebenarnya sadis je hidup sebagai orang bandar
Quote She-Ra 13-2-2024 11:53 AM
sukebintang replied at 13-2-2024 11:45 AM
i lahir dekat bandar ditengah KL dan berpuluh tahun duduk bandar.. pergi je konsert UK'SLAM ..  ...

lapchu lah!
seat mana tuu? huru hara kan? mendapat sedas bdk yg tlg tunjuk seat & bgtau kenapa seating tak seperti dlm website jual tiket
dia bg alasan yg sgt tak kena, mmg iols bg la.. mujo seat kami duduk tu mmg kosong, puas hati la jgk
jualan tiket mcm slow kan, byk seat kosong
Quote sukebintang 13-2-2024 12:00 PM
She-Ra replied at 13-2-2024 11:53 AM
lapchu lah!
seat mana tuu? huru hara kan? mendapat sedas bdk yg tlg tunjuk seat & bgtau kenapa s ...

iols duduk kat atas.. zone orange. situ free seating je. so duduk mana mana pun boleh.
nampak macam slow juga la jualan tiket.. zon iols duduk macam penuh juga.. yang kiri kanan stadium la nampak kosong.
kalau tengok  dari atas, yg bahagian bawah tu ingatkan banyak kosong, rupanya ramai tak masuk lagi masa dah start, lepas beberapa lagu tengok, ada la 3 per 4 penuh.

tapi rasa ramai je pergi, cuma tempat terlalu besar, kalau buat dekat megastar arena ke boleh la nampak penuh dengan jumlah penonton yang datang tu
Quote Tiggybiru 13-2-2024 12:05 PM
Terpaling
Quote prince_marhaen 13-2-2024 12:13 PM
siapa yang ada masa nak kecam kau ye pompuan? kau memang terpaling issue kan... sampai konsert pun nak create content...terpaling teraniaya... dia ni bingit jugak ye.. semua benda terpaling mangsa..
Quote Kurex 13-2-2024 12:17 PM
iols yg orang kolumpo ni pergi konsert rtm jah
Quote heythere123 13-2-2024 12:45 PM
minah ni memang, terpaling speak up
Quote sleepandream 13-2-2024 12:48 PM
damian_lee replied at 13-2-2024 11:50 AM
Ini sangat betulllll
orang kampung kalau cili mahal tinggal nak petik kat tepi rumah

khen sis...
kalau generasi pertama kedua lepas merdeka dolu yela org jakun nak duduk bandar... best duk key el katanyeh..
masuk generasi ketiga tak envy pun dgn org2 bandar... sehari bazir berjam2 atas jalanraya nak ulang alik keje semata..
nak hiburan kat kampung pun tenet berdesup... wayang? netflix ada... nak shopping order je dekat shopee... lagi murah gitew

Quote LembingDayanti 13-2-2024 12:57 PM
eee semak la uyanahhhh ni
Quote damian_lee 13-2-2024 12:59 PM
Kurex replied at 13-2-2024 04:17 AM
iols yg orang kolumpo ni pergi konsert rtm jah

tak pegi bintang rtm ke kurex oiii ….
rindu zaman2 HMI

gituu
Quote Nozot 13-2-2024 01:02 PM
Aii kampung tapi tak minat ukays n slam. Tapi lagu - lagu slam best lagi - lagi lagu rindiani..hehehe
Quote Nozot 13-2-2024 01:03 PM
bottompro replied at 13-2-2024 11:30 AM
Terpaling kena kecam

Ini macam betul ja..padahal yang cakap macam tu. Orang ja..haiyoo
Quote akuHavocczz 13-2-2024 01:32 PM
Ye ye je dia ni. Main character behaviour. Semua segala benda nak kait dengan dia

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.170081 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top