CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Editor Sarawak Report, Rewcastle-Brown Dipenjara 2 Tahun Fitnah Sultanah Terengganu

7-2-2024 11:14 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 24321| Komen: 33

Description: KUALA TERENGGANU – Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

KUALA TERENGGANU – Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Majistret Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukri memerintahkan demikian selepas tertuduh didapati bersalah memfitnah Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Beliau mengarahkan Rewcastle-Brown, 65, menjalani hukuman penjara dua tahun tersebut bermula tarikh sabit kesalahan iaitu hari ini.

Mahkamah sebelum ini mengeluarkan waran tangkap terhadap wanita Britain tersebut kerana gagal menghadirkan diri untuk dituduh dalam kes berkenaan.

Prosiding perbicaraan kes semalam dijalankan secara ‘in absentia’ atau tanpa kehadiran di bawah Seksyen 425A Kanun Tatacara Jenayah.

Rewcastle-Brown berdepan pertuduhan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah melalui buku ‘The Sarawak Report-The Inside Story of the 1MDB Expose’ mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.


Sultanah Nur Zahirah sebelum ini memfailkan saman fitnah terhadap wanita berkenaan berhubung fitnah dalam buku tersebut selain menuntut ganti rugi am RM100 juta.

Pada 23 September 2021, Rewcastle-Brown didakwa di Mahkamah Majistret di sini tanpa kehadirannya sebelum dia memohon untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, K. Muniandy bagaimanapun menolak permohonan berkenaan pada 21 Jun tahun lalu. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 7-2-2024 11:27 PM
X paham aku status mat salleh ni? Rakyat msia ke apa? Rakyat msia ada org putih ker?
Quote B40tastePosh 8-2-2024 12:29 AM
Malas nak komen kalau ada Sulatanah dan Sultaneh ni
Quote cmf_jeangrey 8-2-2024 01:06 AM
But bukan haritu mahkamah tinggi tolak saman sulatanah ke?

Ke U turn lepas tukar hakim?

Di Msia ini, anything can fly...semua boleh jadi

Quote nw111 8-2-2024 01:25 AM
Mat salleh ni dok uk kan...bertuah le dia nak datang msia semata2 nak serve her jail sentence....
Quote Zazama 8-2-2024 03:04 AM
Bersalah so mmg editor ni mempitenah la ke?
Quote Binodino 8-2-2024 06:18 AM
Dah 1 hal pulak rakyat nak menanggung makan minum kincin vera free dia ni

Suruh bayar denda, banned dia dari masuk malaysia dah la. Ini nak penjarakan dia. Banyak cantik
Quote akusukaq 8-2-2024 06:54 AM
Binodino replied at 8-2-2024 06:18 AM
Dah 1 hal pulak rakyat nak menanggung makan minum kincin vera free dia ni

Suruh bayar d ...

Tak perlu risau minah salleh ni tak lah  bodoh  nak serah diri. Setakat jatuhkan hukum je mahkamah kita mampu. Sajat yg dhaif pun tak mampu nak dicari , usah mimpi lah nak cekop  Jho lo semua tu....shok sendiri boleh le
Quote Mary_jane 8-2-2024 07:15 AM
Mesti dia ketawa baca berita ni di kejauhan.
Quote Cpkay 8-2-2024 09:32 AM
apakah yang dipitnahkan tu ?
Quote ezacbee 8-2-2024 09:40 AM
Omputih pun membawang. Hal sultanah pun dia amiktau.. klo aku xkose.

Quote sayurmayur88 8-2-2024 01:45 PM
dia nak ke beli tiket flite ke msia semata2 utk dipenjara 2 tahun ? ermmmmm
Quote Tunakimchi 8-2-2024 01:57 PM
Dia fitnah apa?
Quote supernaturalee 8-2-2024 02:03 PM
dia antara yg bnyk share psl dalaman 1mdb
dlm netflix man on the run tu pun bnyk interview part die

btw umur 65 gmbr ats tu nmpk muda dia
Quote azimodin 8-2-2024 03:18 PM
Dia ni jenis hati kering. Petang semalam rilek2 je dia komen panjang lebar pasal harta family taib & si ragdoll
Quote toynme 8-2-2024 03:26 PM

pasal related dgn IMDB juga...tak silap la kalau kes ni sama
Quote Decaffeinated 8-2-2024 04:01 PM
Dari zaman penjajah sampai lah dah merdeka nak harap omputih juga tolong jaga malaysia ni. Orang sendiri sibuk apa?
Quote Ahriman 8-2-2024 04:04 PM
Makcik ni sewel.ko gaduh dngn PAS tetiba petik nama queen penyu.mendapat la kau.
Quote sharlenetexas 8-2-2024 04:04 PM
Yestana hantu. Membazir berbilion.




Quote sharlenetexas 8-2-2024 04:06 PM
Takde ke gosip kuda putih dari alam sebelah tu puan brown?


Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.323359 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top