CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hangpa Pandai Pergi Tadbir Pasukan Bola Dan Bayar Gaji, Bolehkah? - Sanusi Cadang SPRM Ambil Alih KDA FC

7-2-2024 11:01 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 24023| Komen: 28

Description: ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor hari ini secara sinis meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil alih pengurusan Kedah Darul Aman (KDA) FC.


ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor hari ini secara sinis meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil alih pengurusan Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Kata beliau, ‘gangguan’ dilakukan SPRM dengan melakukan siasatan dan tangkapan ke atas beberapa individu termasuk CEO Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) kononnya terlibat rasuah turut menjejaskan KDA FC.

“Saya cadang SPRM ambil pasukan bola sebab pandai sangat pi siasat, tuduh dan tangkap sana sini. Hangpa pandai pergi tadbir pasukan bola dan bayar gaji, bolehkah?

“Bila kita dah buat elok, saya ambil empat tahun dahulu boleh bayar hutang tapi dok kacau macam itu, rosak habis semua. Jadi akibatkan tak boleh bayar gaji,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Mingguan Exco di sini hari ini.

Beliau yang juga Presiden KFA berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tunggakan gaji dihadapi pemain dan pengurusan KDA FC.


Muhammad Sanusi pada pada masa sama yakin jika KDA FC terus dilanda masalah, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) akan kehilangan pasukan tersebut untuk musim depan bermula Mei ini.

“Ia sebab hangpa kacau, sukan tak boleh kacau macam itu. Apabila kacau seolah-olah keadaan buruk, maka pasukan bola pun terima nasib dan padahnya,” ujarnya.

Ujarnya, tuduhan yang dilakukan ke atas KFA sebelum ini akan turut terpalit kepada KDA FC.

“Orang bukan faham KDA FC dan KFA, mereka tahu pasukan bola sahaja. Bila dibuat tangkapan, dituduh ada rasuah padahal tidak ada maka penaja-penaja KDA FC pun lari,” jelasnya.

Mengulas mengenai tunggakan gaji dihadapi pemain dan pengurusan KDA FC, Muhammad Sanusi berkata, beliau tidak boleh mencampuri urusan kelab itu kerana ia telah diswastakan dan menjadi sebuah syarikat.

Namun, beliau dimaklumkan pengurusan KDA FC sedang berusaha menyelesaikan masalah tunggakan gaji tersebut serta berharap ia dapat diselesaikan segera. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Apoo 8-2-2024 02:01 AM
Kah kah kah.. sop sanusi. Bila dia terang2 tak competence, dia kalih suruh lawan dia tolong selesaikan. Greater kedah konon.  
Quote chandrahusin 8-2-2024 08:09 AM
bitter much
Quote n3ar 8-2-2024 08:14 AM
cadangan bodoh....


dia ni memang keluar kenyataan tak fikir dulu ke
Quote pasa 8-2-2024 09:49 AM
Org kedah bangga dengan nusi.

KDA FC nak jadi tukang lobi projek Hang reject tu pasai la SPRM kacau KDA FC.
Quote Nurdianah 8-2-2024 10:29 AM
CNY karaoke lagu apa....
Quote renko 8-2-2024 10:53 AM
elok dah???
Quote sayurmayur88 8-2-2024 01:47 PM
hahahaha no komen?
Quote Tunakimchi 8-2-2024 02:00 PM
Bila la dia ni nak cerdik
Quote nikaido 8-2-2024 02:00 PM
Betulla sanusi ckp bukan rasuah. Rasuah ada balasan kepada pemberi. Diorang scammer, amik duit je tapi projek tender xkasi
Quote tungkai 8-2-2024 02:27 PM
Betul lah dia cakap. Dah elok2 susun strategi, financial, sponsorship semua pastu ada org buat pertuduhan mcm2. Terpikir jugak yg buat pertuduhan tu ada provide bukti sahih ke tak atau sekadar hearsay?
Quote grouper 8-2-2024 02:35 PM
Ada pun cite pasal nusi selain karaoeke...baru le ceria sikit walanon
Quote Decaffeinated 8-2-2024 03:51 PM
Dah kenapa pulak SPRM kena manage kelab bola. Dorang bukan gila kuasa macam politicians semua dia nak.
Quote Samerosie 8-2-2024 03:54 PM
tungkai replied at 8-2-2024 02:27 PM
Betul lah dia cakap. Dah elok2 susun strategi, financial, sponsorship semua pastu ada org buat pertu ...

Yang buat laporan tu company yg kena scammed dgn derang.  Ingat dapat project sekali tak dapat dia mintak balik la duit tapi tak dapat kan so ini lah cara nya nak dapatkan balik.  Depa suruh company ni masukkan ke dalam akaun KFA.  

Kan ada thread dah sebelum ni .. MB akan bongkarkan scandal RM6 juta..ujung2 scandal presiden KFA rupanya ...
Quote tripleid 8-2-2024 04:40 PM
Smlm berita psl loji air kedah x siap,harini berita psl rasuah pulak..hoii org kedah,hangpa x malu ka ada mb cokia camni?

Quote Samerosie 8-2-2024 05:51 PM
tripleid replied at 8-2-2024 04:40 PM
Smlm berita psl loji air kedah x siap,harini berita psl rasuah pulak..hoii org kedah,hangpa x malu k ...

Supporter dia semua otak ikan emas.  Haritu dia kata dia dah bayar SEMUA hutang SADA yg buat masa PH tadbir.  Haritu tarif air naik, dia cakap lega, boleh la bayar hutang Federal.  
Quote MissYouSayang 8-2-2024 05:59 PM
Walanon bukan paham pun apa sanusi tu ckp. Dia kan bebal. Dia tahu bila sanusi karoke je...
Quote akmal 8-2-2024 08:28 PM
Ni kelab daud bakar kan..dia pun dh senyap skang kt ig
Quote airfilterkotor 8-2-2024 08:30 PM
Samerosie replied at 8-2-2024 03:54 PM
Yang buat laporan tu company yg kena scammed dgn derang.  Ingat dapat project sekali tak dapat   ...

“Bila kita dah buat elok, saya ambil empat tahun dahulu boleh bayar hutang tapi dok kacau macam itu, rosak habis semua. Jadi akibatkan tak boleh bayar gaji,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Mingguan Exco di sini hari ini.

Kata² Nusi atas ni, macam ada kesinambungan pulak dgn kes duit 'ehem ehem' masuk akaun.
Quote airfilterkotor 8-2-2024 08:49 PM
Jika SPRM jadik duduk bawah Agong (dibaca Johor), mau si Nusi ni telan balik apa yg dia cakap.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.059075 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top