CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Tidak Dapat Tidur Yang Lena Selama 4 Hari", Shila Amzah Dedah Tak Boleh Tidur Lena Akibat Serangan ‘Anxiety’

26-1-2024 02:18 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2389| Komen: 13

Description: Penyanyi terkenal, Shila Amzah mendedahkan dia tidak dapat tidur yang lena selama beberapa hari disebabkan mengalami serangan ‘anxiety’.


Penyanyi terkenal, Shila Amzah mendedahkan dia tidak dapat tidur yang lena selama beberapa hari disebabkan mengalami serangan ‘anxiety’.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah memberitahu bahawa serangan ‘anxiety’ ketika mengandung bukanlah perkara yang main-main.

Menurut Shila, dia ingin meninggalkan segala toksik dan tidak mahu trauma lama menghantui dirinya lagi.

Tambah penyanyi berusia 33 tahun itu, dia hanya mahu menjadi seorang ibu dan isteri yang sihat buat keluarganya.


"Kerisauan ketika mengandung bukan satu benda main main . Saya tidak dapat tidur yang lena selama 4 hari .

"Tinggalkan semua toksik di belakang, tidak mahu lagi trauma yang lalu menghantui diri . Saya ingin menjadi ibu dan isteri yang sihat".



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar Shila sentiasa kuat dan dipermudahkan segala urusannya.

Terdahulu, penyanyi Shila Amzah dan suami Ubai MZ memaklumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Sekadar info, Shila dan Ubai selamat mendirikan rumah tangga mereka dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur pada 4 Ogos lalu.

Sumber: Instagram/OhBulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote likilu 26-1-2024 02:57 PM
Dah bertindik hidung haritu tak baik lagi anxiety nye?
Quote cantthinkofany 26-1-2024 04:20 PM
betul ke tindik hidung ni wudhu tak sah?....aku tanya je tau....sbb mmg tak tau
Quote doubleA 26-1-2024 04:31 PM
Ingatkan dah nikoh baru kurang/takde dah mental illness. So lepas ni harap xilalat consider la next baby kalau teruk sgt trauma nya. Baby skg jaga elok2 since anak first ubi
Quote VespaSilbe 26-1-2024 07:07 PM
Mmg laki dia tak boleh p mana.. species kena laki depan mata.. kuikuikui
Quote MisXoXo 26-1-2024 07:20 PM
Ptt diam2 udah..nak jd positive xyah canang2..aku takut dia anxiety sbb bayang2 sendiri.org dh x tnya2..dh buat haluan sendiri..sudah patutnyaaa
Quote Kipaskiok 26-1-2024 08:14 PM
dh knp
Quote Kipaskiok 26-1-2024 08:15 PM
relax2 la sis
Quote DeLuna85 27-1-2024 09:40 AM
Ubai makin gemuk ke sebab pakai baju besar jadi nampak gemuk?
Quote yondu 27-1-2024 04:07 PM
patut la i nmpk komen si ubai ni dkt tt usetad tapak kuda tu, dia mention bini dia ngandung..punya la lama iolss x berkuntum dkt forum ni..preg da shilalat ni..tahniah shilalat dan ubai
Quote Burong_Hantuk 29-1-2024 10:26 AM
Quote gerbera.memopad 29-1-2024 10:33 AM
Fashion sense dia memang selalu ke luat dalam kan?
Quote Perawankota 29-1-2024 10:37 AM
gerbera.memopad replied at 29-1-2024 10:33 AM
Fashion sense dia memang selalu ke luat dalam kan?

Baru nak cakap.. Huhuhuh

Quote Fly_over 29-1-2024 10:46 AM
tah2 rindu kat mak toksid sana toksid sini. dia yg ckp nak tinggalkan toksid dia jugak la meratib toksik. taktau sapa yg dimaksudkan nanti mak dgn adik dia tgh niaga cari duit kena attack dgn karatz toksid dia smpi dorg kena stop.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.055423 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top