CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Ya, Saya Seorang Yang Tanggung Mereka, Pedih, Suka, Duka Saya Rempuh Saja’ – Rita Rudaini

26-1-2024 02:10 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13437| Komen: 169

Description: Pelakon, Rita Rudaini menyifatkan kedua-dua anak lelakinya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna sebagai harta yang paling berharga dan dia sanggup berkorban apa sahaja demi mereka meskipun ...

Pelakon, Rita Rudaini menyifatkan kedua-dua anak lelakinya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna sebagai harta yang paling berharga dan dia sanggup berkorban apa sahaja demi mereka meskipun berdepan dengan pelbagai ujian.

Menerusi luahannya di Instagram (IG), Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar berkata kehadiran cahaya mata telah mengubah kehidupannya daripada seorang yang sibuk dengan kerjaya kepada ibu yang sentiasa mengutamakan anak-anak.

"Dulu masa sebelum ada dua lelaki ini..saya kerja ‘back to back’ sebab bosan di rumah seorang. Sejak ada mereka, hidup saya berubah. Saya kerja sebulan dan dua ke tiga bulan saya akan rehat untuk luangkan masa dengan mereka dan selepas itu kalau mereka ada sekolah, saya takkan ambil job yang outstation. Saya kena tolak, tak apa bagi saya rezeki tetap ada. Saya kena pandai bahagikan masa untuk mereka kerana masa kecil mereka tidak akan datang kembali, saya kena berkorban."


Sebagai seorang ibu tunggal, aktres ini mengakui dia pernah berada pada fasa sukar dalam hidupnya apabila perlu menanggung segala masalah dan emosi sendirian.


"Ya, saya seorang yang tanggung mereka, segala-galanya. Pedih, suka, duka saya rempuh saja. Saya pernah tiga tahun hilang pekerjaan sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sama macam orang lain juga tapi yang makan gaji, gaji tetap jalan..yang tak makan gaji macam saya? Masak..dan tak dibenarkan kerja sebab tak vaksin. Macam mana saya dan anak-anak survive? Segala simpanan saya gunakan dan berharap hanya pada Allah permudahkan segala-galanya buat kami."

Bagaimanapun, jerih perih yang ditanggung pelakon berusia 47 tahun itu berbaloi apabila dia dapat memberikan pendidikan yang terbaik buat anak-anaknya.

"Segala yang terbaik saya nak untuk anak-anak saya, saya korbankan kehidupan saya, keinginan saya hanya untuk kehidupan anak-anak. Susah payah saya berbaloi bila saya dapat bagi pendidikan yang terbaik dan selesa untuk anak-anak."

"Bukan nak berlagak bagi sekolah ‘private school’ tapi saya tak pernah rasa masa kecil. Apa salahnya saya tengok anak-anak saya merasa. Memang belanja agak besar untuk saya tanggung seorang, tapi bagi saya..nak seribu daya tak nak seribu dalih. Saya rempuh juga dalam keadaan ‘struggle’ dan nyawa-nyawa ikan juga lah."

"Tapi saya percaya Allah bersama saya, apa yang ada dalam hati saya hanya Allah yang tahu. Saya selalu pegang kata-kata ini dalam hati saya insyaAllah, Allah akan permudahkan. Ada orang yang lagi susah dari kita, kata-kata ini juga selalu saya bagi pada anak-anak. Saya kata ‘walaupun keluarga kita tak sempurna macam orang lain, tapi kita boleh bahagia cara kita’."

Menurut Rita, keutamaannya kini adalah masa depan dan kebahagiaan anak-anak walaupun tidak mudah untuk membesarkan mereka.

Dalam pada itu, Rita juga memahami perasaan setiap ibu tunggal yang mengalami situasi yang sama dengannya.

"Ibu tunggal macam saya ini tak tahulah bila kali terakhir perkataan penat dan letih keluar dari mulut dan bila kali terakhir menangis kepenatan. Sebab saya tak sempat untuk melayan perasaan-perasaan itu kerana terleka dengan figura anak-anak kecil yang makin ‘membujang’ depan mata saya. Saya percaya juga, ibu-ibu tunggal dan ‘single parent’ di luar sana sama macam saya dan punya kisah-kisah sendiri".

"Saya dah lama tak kisah hal diri saya kerana sekarang ini adalah kisah mereka. Hanya yang terbaik selagi saya mampu. Doakan mummy sentiasa kuat, mummy ok seorang selagi kamu ada. Melihat kamu membesar depan mata dah cukup bahagiakan seluruh hidup mummy".

Untuk rekod, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas pengulas sukan TV3, Akbar Shaari pada 1999. Namun mereka bercerai pada 2001 dan disahkan mahkamah pada 2004.



Rita kemudian berkahwin sekali lagi dengan pemain bolasepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan pada 2008. Namun mereka disahkan bercerai pada 2013. Hasil daripada perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

Sumber: IG Rita Rudaini?OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Gianna111 26-1-2024 02:19 PM
dah 2024  terpaling ibu tungal, terpaling ibu tinggal, terpaling bini teraniaya.terpaling menantu tersingkir.segala yag jahat dan negetive kau punya yang terpaling.
Quote asfaz 26-1-2024 02:32 PM
Dia mula dah
Quote emera 26-1-2024 02:41 PM
Tak abis2 lg…
Quote acepark 26-1-2024 02:46 PM
dah la...
Quote ayukpingu 26-1-2024 02:48 PM
Quote kalchi 26-1-2024 02:48 PM
Nk sgt kawen dgn Rita dlu,betabahla Edel smpai mati pon kene ungkit. Ni balasan kat hang jgk
Quote beni_nikaido 26-1-2024 03:05 PM
weh.... memang edel tak bagi nafkah ke?
bukan dolu2 turun naik mahkamah, edel tunjuk bukti masuk nafkah kat akaun, dan dia jawab yang dia tak perasan duit tu masuk sebab bercampur dengan duit paymnet lakonan dia ke?
sape2 yang masih ingat, tolong betulkan kalo Beni salah
Quote matjerk 26-1-2024 03:06 PM
"Saya seorang yg tanggung mereka"
Quote prizadane 26-1-2024 03:21 PM
Tanggung tu maksudnya dia yang menanggung susah senang anak sakit demam. Sebab kedegilan dia. Orang tu nak visit anak, kau tak bagi.

Kalau edel tak bagi duit, confirm dia dah tulis kat sini dua berhabis wang ringgit besarkan anak dah. Ye Rita, kau je la ibu yg terpaling menanggung anak-anak, terpaling baik, mithali, teraniaya.

Engkau je la yang berharap pada Allah. Tapi sayang kan aurat tu tak ditutup. Eh takpe, sebab kau terpaling teraniaya
Quote oggy 26-1-2024 03:29 PM
Cara dia cerita tu macam Edel tak bagi nafkah kan. Menimbulkan spekulasi acik2 netizen.
Kalau tak betul, harap Edel buat la statement jelaskan.
Quote aina_shaira 26-1-2024 03:34 PM
10 tahun lepas aku minat jugak lah dekat dia, suka tengok dia berlakon
masa awal kemunculan dia ada berlakon, aku terpegun, sbb cantik sangat dia ni

pada tahun 2014, dia ada cakap macam menghina macam tu la pasal kerani.

ada thread pasal ni dalam forum, terus aku meluat apa apa yang keluar dari mulut dia
Quote reen8601 26-1-2024 03:38 PM
tak abis lagi royan mak cik ni
Quote TerataiMelur02 26-1-2024 03:55 PM
Semoga rita bertemu jodoh secepatnya
Quote Mimo.mimo 26-1-2024 04:34 PM
Tiap tahun recycle topic sama je acik rita ni
Quote kakasotong2 26-1-2024 04:43 PM
Retis sendu dah membeku dalam peti ais itu jelah modal dia nak kekal relevan supaya nama disebut2 supaya orang xlupa. Nak harapkan bakat lakonan orang dah xnak ambik berlakon kecuali hjzil sorang je. So jaja sajalah kehulur kehilir kisah peribadi sendiri, kisah anak dengan kisah bekas laki. Sedehhh hidup kau rota
Quote LembingDayanti 26-1-2024 04:47 PM
hahahahhahaha sapa suruh kau macam-macam. kalau kau tak macam macam, anak kau sedang sedap berholiday kat europe ngan apak eh. rugi rugiiiihhh
Quote manehnya 26-1-2024 04:52 PM
lepas belah sana buat live tgh holiday pusing europe, terus ig dia diam sekejap, pastu ni tiba2 bangkit dari kuburan..
recyle benda yg sama, motip?
Quote TomyamPuteh 26-1-2024 05:03 PM
Terpaling tanggung pulak dah.
Quote syamzana 26-1-2024 05:13 PM
sebenarnya coretan ni sempena apa?
hari ibu lambat lg
hari wanita pun lama lagi
nak kata sempena kejayaan anak...sek dah nak habis, anak2 pun takde exam besar lagi.

Lihat semua komen(169)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.152847 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top