CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Bayar Bulan-Bulan… Sekitar RM50,000 Untuk Cukai Saya", Rozita Che Wan Jawab Dakwaan Bankrap

26-1-2024 10:47 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 19757| Komen: 161

Description: Usahawan dan pelakon Rozita Che Wan menegaskan tidak menerima notis kebankrapan yang didakwa dikeluarkan oleh mahkamah.

Usahawan dan pelakon Rozita Che Wan menegaskan tidak menerima notis kebankrapan yang didakwa dikeluarkan oleh mahkamah.

Menurut Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, dia tidak tahu menahu mengetahui notis yang tertera nama ‘Rozita Binti Abu Bakar Bakar @ Che Wan.’

Kata Che Ta, 51, dia menyerahkan sepenuhnya urusan pembayaran LHDN kepada ejen cukai yang dilantik.


"Siapa kata bankrap? Saya tak tahu pun. Saya memang bayar LHDN setiap bulan melalui ejen cukai yang dilantik".

"(Jumlah cukai) Memang banyak. Tapi bayarlah. Setiap bulan kami bayar".

Isteri kepada aktor, Zain Saidin berkata demikian ketika majlis pelancaran produk By RCW Glow Edition di Damansara, pada Rabu.


Dalam pada itu, pemilik nama Rozita Abu Bakar menegaskan dia membayar sekitar RM50,000 untuk cukai diri sendiri.

"Benda tu (notis) kalau apa-apa kita dapat dulu, bukan orang lain. Saya bukan lari, saya bayar bulan-bulan… sekitar RM50,000 untuk cukai saya. Syarikat punya lain.

"Saya bukan nak kata saya tak pernah ada masalah dengan LHDN. Kan saya pernah kena tahan di airport… Maybe surat lama… tak tahulah".

Banyaknya Che Ta bayar cukai, sebulan dah RM50,000 tak termasuk cukai syarikat lagi. Wow!

Sumber : Ohbulan/Gempak

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missHIJAU 26-1-2024 11:23 AM
nampak dh kekertua  nek ta
Quote aemon 26-1-2024 11:30 AM
mari sesiapa share ic che ta utk semakan...

Quote tuntasha 26-1-2024 11:43 AM
amender nya dia nak jual product glow- muka dia pun berdebu debu tak glowing.
Quote zuriey 26-1-2024 11:47 AM
Sebulan 50k..makna kata banyak la hutang tertunggak dia dgn lhdn mau juta2 kan.
Agaknya mmg tak pernah bayo tax dari start belakon
Quote Carcosa 26-1-2024 11:49 AM
Baca boleh, percaya jangan
Quote Dysania@72 26-1-2024 11:50 AM
wonder dr mana income dia nak bayar 50k tetiap bulan, musykil hakak
Quote nena9042 26-1-2024 11:52 AM
Sebulan 50k? Lol!
Quote cantthinkofany 26-1-2024 11:54 AM
Dysania@72 replied at 26-1-2024 11:50 AM
wonder dr mana income dia nak bayar 50k tetiap bulan, musykil hakak

tu la tu....wondering jugak....
Quote manehnya 26-1-2024 11:56 AM
sembang mao kencang, mcm dia kata dia ngan laki dia lovey dovey sangat2, tp zen ada sakit belakang
Quote seri_mawr 26-1-2024 11:57 AM
gmabr tgh n kanan sekali nmpk dah tua che ta... mcm nenek2 da...
kategori nenek yang cantikk..huhuhu
Quote prettyuglybabe 26-1-2024 12:03 PM
dia ni cakap memang bergegar tapi kosong
Quote anggeriklatifah 26-1-2024 12:07 PM
Yelaaa tuuuuu

ARTIS ARTIS NI BILA BERCAKAP...KORANG JANGAN PERCAYA SANGAT...80 JUTA PERKATAAN YG DIORANG CAKAP 0. 5 PATAH JE YG BETUL..  79,999.999.05 PATAH PERKATAAN YANG LAIN SEMUA PENIPU..CONTOH RETIS CHE TA DAN SOIBB KWSP
Quote rosevelvet 26-1-2024 12:09 PM
Byr bulan2 kt ikamtek tu byr hutang lama ke? Tanya je. Kiranya xperlu byr lumpsum
Quote IzzahF 26-1-2024 12:11 PM
bisnes apa sheols? jual bulu mata ke
Quote Belibis 26-1-2024 12:26 PM
zuriey: Sebulan 50k..makna kata banyak ...

Apa yang aku paham lain..dia utang incometax 50k..dia cuma mintak bayar bulan2 dengan jumlah tertentu..bukan bayar cash.
Quote sarah_ary2 26-1-2024 12:27 PM
Dah mcm style Rekha dah bila Che Ta pakai camnie
Quote emera 26-1-2024 12:28 PM
Meragukan je citer pompuan ni.
Quote mamajawie 26-1-2024 12:36 PM
ni bukan flawless ni floury..bertepung
Quote Kampungpeoplesz 26-1-2024 01:09 PM
Terserlah ketuaan nekta

Lihat semua komen(161)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.196339 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top