CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Insya-Allah Tahun Ini Last Raya Single’, Sufian Suhaimi Nafi Dah Bertunang, Hanya Merisik

26-1-2024 10:40 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9270| Komen: 37

Description: Penyanyi Sufian Suhaimi, 32, menjelaskan sepotong video yang tular sekitar Oktober lalu bukanlah majlis pertunangannya dengan kekasih hati seperti yang didakwa segelintir pihak.

Penyanyi Sufian Suhaimi, 32, menjelaskan sepotong video yang tular sekitar Oktober lalu bukanlah majlis pertunangannya dengan kekasih hati seperti yang didakwa segelintir pihak.

Ketika ditemui OhBulan!, Sufian berkata majlis tersebut hanyalah majlis merisik sahaja. Bagaimanapun dia tidak menolak untuk mengadakan majlis pertunangan sebelum mengadakan majlis akad nikah.

"Status kami masih belum bertunang. Majlis pertunangan tak pasti sama ada buat atau tak. Tapi kalau hendak menyempurnakan adat, mungkin akan buat juga nanti.

"Sebenarnya majlis merisik kami rancang untuk buat secara kecil-kecilan dengan dihadiri keluarga dan teman rapat sahaja.

"Tapi video itu terkeluar juga kepada umum. Namun, itu bukanlah perkara tidak baik. Ramai yang salah faham, itu bukan bertunang, tapi sebenarnya merisik.

"Kami juga mahu hubungan ini mengikut adat. Keluarga kedua belah pihak juga sokong apa yang kami rancang. Bertunang itu tak ada keperluan, tapi kalau hendak menyempurnakan adat, kami akan buat juga"


Sufian berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya 2024 yang diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), pada Rabu.

Sementara itu, Sufian berkata dia merancang untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini.

"Mengikut perancangan kasarnya saya ingin mendirikan rumah tangga pada tahun ini. Insya-Allah tahun ini raya kali terakhir sebagai single (bujang)".

Dalam pada itu, ketika disoal mengapa jarang berkongsi foto kekasih di media sosial, pelantun lagu Di Matamu itu akui lebih selesa untuk menyimpan secara peribadi.

"Saya rasa zaman teknologi ini kalau buat carian di Google atau media soaial orang akan jumpa. Kalau tak berkongsi pun orang akan tahu."

"Kalau hendak kata sorok, tak juga. Mungkin saya jenis orang seperti itu, jarang berkongsi mengenai hal peribadi."

"Merisik juga ada dugaan juga. Bagi saya ujiannya adalah untuk mengenali masing-masing, macam mana mahu menerima antara satu sama lain termasuk untul mengenalo dan sesuaikan diri".

Sekitar Oktober tahun lalu, tular sepotong video memaparkan seorang wanita dipercayai ibu Sufian sedang menyarung cincin di jari manis seorang gadis sehingga mencetuskan spekulasi mengakatan penyanyi itu sudah bertunang.

Antara lain, video itu memaparkan Sufian yang segak menyarung kemeja putih, bergambar bersama wanita dipercayai tunangannya.

Sebelum ini, Sufian pernah berkongsi mengenai teman wanitanya itu yang berusia 23 tahun dan masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT).

Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 26-1-2024 02:14 PM
merana sgt kot dia single...
tersakiti
Quote sayurmayur88 26-1-2024 02:48 PM
k, tahniha
Quote Rogue98 26-1-2024 04:41 PM
Bukan dia ni dah kahwin ke.....
Quote green~tea 26-1-2024 04:48 PM
Bakal bini dia cantik sedap mata memandang
Quote LembingDayanti 26-1-2024 04:49 PM
apo yg pompuan tu stim ngan laki suara kepit ni???
Quote emera 26-1-2024 04:54 PM
Dulu aku skodeng ig budak pompuan ni, bunyi2 mcm dah xde pa pe dah dgn si lelaki ni. Bunyi2 kuciwa. Gambar pun xde dah.
Quote Pumpkinhead 26-1-2024 04:59 PM
tahniah semoga berbahagia
Quote cantthinkofany 26-1-2024 05:26 PM
Edited by cantthinkofany at 26-1-2024 05:36 PM

beriyer betul la dia ni nak kawin sangat....
Quote exclusive_vvip 26-1-2024 05:57 PM
cantthinkofany replied at 26-1-2024 05:26 PM
beriyer betul la dia ni nak kawin sangat....

dari dulu I nampak dia ni mcm Zulin Aziz versi lelaki .. semedang dia yg beria nak bg hints ada gf bagai..dengan jasmine suraya dulu pun, i penah tgk interview kat mana tah..ayat dia mcm dia nak bgtau dia bercinta dgn jasmine tu..ntah ye ntah tak diorg bercinta time tu..
Quote gekkou 26-1-2024 06:29 PM
ya allah
saban tahun cerita nk kahwin
semoga tahun depan akhirnya tercapai hajat
lepas tu boleh merempan pasal anak pula
tidaklah saban tahun cerita sama
terasa dejavu
Quote Kipaskiok 26-1-2024 08:19 PM
jodoh dh smpi
Quote Kipaskiok 26-1-2024 08:19 PM
good for u
Quote Kipaskiok 26-1-2024 08:19 PM
tunang pun cantik
Quote Kipaskiok 26-1-2024 08:19 PM
sesuai sgt
Quote Kipaskiok 26-1-2024 08:19 PM
next stage, semoga berjalan dgn lancar
Quote bankerpencen 26-1-2024 10:45 PM
emera replied at 26-1-2024 04:54 PM
Dulu aku skodeng ig budak pompuan ni, bunyi2 mcm dah xde pa pe dah dgn si lelaki ni. Bunyi2 kuciwa.  ...

Haah follow si pian ni pun dah tidak. Hari tu la. Skrg nampaknya dah follow balik.
Quote Kurex 26-1-2024 11:24 PM
Pencapaian pun takde. Cuma cerita nak kawen je la si kepit ni
Quote rayna_raynes 27-1-2024 02:13 AM
Takde cerita lain jantan ni. Balik2 cerita cinta.
Lagu & kualiti vokal makin hauk
Quote rayna_raynes 27-1-2024 02:14 AM
cikatilia replied at 26-1-2024 02:14 PM
merana sgt kot dia single...
tersakiti

Macam dia sorang je pernah kena dump dgn tunang.


Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.048408 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top