CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perselisihan Faham : Suami Kelar Isteri, Sebelum Kelar Diri Sendiri

20-1-2024 10:38 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11268| Komen: 26

Description: KLANG – Perselisihan faham menyebabkan seorang lelaki sanggup mengelar isterinya dengan pisau di dalam sebuah kereta di bahu jalan Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) berdekatan Gravit 8, Kota Bayu Emas di ...



KLANG – Perselisihan faham menyebabkan seorang lelaki sanggup mengelar isterinya dengan pisau di dalam sebuah kereta di bahu jalan Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) berdekatan Gravit 8, Kota Bayu Emas di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, wanita berusia 49 tahun berkenaan bagaimanapun terselamat selepas berjaya melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Foong berkata, siasatan awal mendapati mangsa dan suspek berusia 50 tahun sedang menuju ke kedai makan dengan menaiki kereta Mazda CX5.

Jelas beliau, lelaki itu kemudian memberhentikan kereta akibat perselisihan faham lalu mengelar isterinya beberapa kali dengan pisau pemotong.

“Mangsa yang ketakutan kemudian keluar untuk meminta bantuan orang awam manakala suspek melarikan diri dengan kereta tersebut.

“Bertindak atas maklumat, kereta itu ditemukan di Jalan Batu Nilam dan suspek dalam keadaan tidak sedarkan diri sehingga cermin terpaksa dipecahkan anggota polis bagi menyelamatkannya,” katanya hari ini.


Menurut Hoong Foong, lelaki berkenaan turut didapati dalam keadaan berlumuran darah dipercayai akibat mengelar tangannya sendiri.

“Pemeriksaan mendapati mangsa cedera di leher, bahu kiri, tangan, kaki dan belakang badan manakala suspek luka di kedua-dua tangannnya.

“Pasangan berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan dilaporkan stabil,” ujarnya.



Sumber -KOSMO!ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote limesherbet 20-1-2024 10:46 AM
Ayo why laik that..

gaduh psl ape tu? money? hutang? curang?
Quote Buritan 20-1-2024 12:05 PM
Gaduh psl tak puas seks.. hahaha
Quote lilacomot 20-1-2024 01:13 PM
Gaduh nk mkn kat mana kot... Msing2 selera berlainan
Quote ezacbee 20-1-2024 01:40 PM
Asal gado main kelar ke? Ganas korang ni.

Quote shernazz 20-1-2024 01:44 PM
Yenna ka tu?
Adoi..main kelar2 plak..
Dah MCM kelar ikan plK
Quote mrseller 20-1-2024 02:37 PM
Klang darul colombia
Quote shida81 20-1-2024 03:01 PM
Klang ni dah ramai Sgt org luar.. Padat.. Mampat... Sampai ak pun keluar dr klang dah...stress...
Quote LoveSungmin 20-1-2024 03:04 PM
shernazz replied at 20-1-2024 01:44 PM
Yenna ka tu?
Adoi..main kelar2 plak..
Dah MCM kelar ikan plK

chinese sis..
Quote syamzana 20-1-2024 03:12 PM
keluar makan mmg bawak pisau skali ke mmg letak dlm kereta??
apooo makcik pakcik nak melantak pun main kelar2
Quote imanjannah 20-1-2024 03:43 PM
mmg pisau tu ada dlm kereta diaorg ye
Quote shernazz 20-1-2024 04:17 PM
LoveSungmin replied at 20-1-2024 03:04 PM
chinese sis..

Ayoyo..ngeri plak
Jenis kelar kelar Ni .
Mesti darah merata...eeee
Quote MissVixen 20-1-2024 04:21 PM
Banyak hutang sampai tak nampak jalan keluar ke ni? Tertekan sampai nak kelar2.
Quote downiey 20-1-2024 05:02 PM
Ya Allah seramnye hidup plak lg tu
Quote j3m4h 21-1-2024 05:08 AM
shida81: Klang ni dah ramai Sgt org lua ...
jgn di lupe sisss…sek2 kito jange pecoh pon berhibernasi kt klangtan ni sisss…kelik kg pangkah bulan…gittewwww
Quote Supersirap 21-1-2024 09:37 AM
Apa nak jadi dengan masyarakat sekarang ni
Quote gigahertz 21-1-2024 10:36 AM
Buritan replied at 20-1-2024 04:05 AM
Gaduh psl tak puas seks.. hahaha

klang ni kalau area bandar. kalau tak Cina , India.
hari tu kes kelar amoi kat klang jugak.
Quote tikusmontok 21-1-2024 02:17 PM
Buritan replied at 20-1-2024 12:05 PM
Gaduh psl tak puas seks.. hahaha

Tak reti2 nak tanya jahpamtek? Segala obat mati putik mati pucuk ada, sekali ngan doa konex pun ada
Quote Buritan 21-1-2024 02:21 PM
tikusmontok replied at 21-1-2024 02:17 PM
Tak reti2 nak tanya jahpamtek? Segala obat mati putik mati pucuk ada, sekali ngan doa konex pun ad ...

Tu laa sampe berbonoh bonoh.. tanya jah semua settle
Quote Buritan 21-1-2024 02:22 PM
gigahertz replied at 21-1-2024 10:36 AM
klang ni kalau area bandar. kalau tak Cina , India.
hari tu kes kelar amoi kat klang jugak.

Dunia ni dah nak berakhir kot.. org makin giloss

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.051961 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top