CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selepas Sabak Bernam, Jerantut Dan Kuala Pilah, Gangguan Ketukan Misteri Sudah Merebak Hingga Ke Perlis

17-1-2024 08:49 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5697| Komen: 13

Description: Padang Besar: Tidak hanya di Sabak Bernam, Jerantut atau Kuala Pilah, gangguan ketukan misteri sudah merebak hingga ke Perlis.


Padang Besar: Tidak hanya di Sabak Bernam, Jerantut atau Kuala Pilah, gangguan ketukan misteri sudah merebak hingga ke Perlis.

Ia berikutan penduduk di hampir 30 rumah di sekitar Kampung Baru Lubuk Machang, Batu Bertangkup, Chuping, di sini mendakwa mengalami gangguan berkenaan sekitar jam 2.20 pagi hingga 4.30 pagi, Jumaat lalu.

Gangguan ketukan misteri berlaku beberapa minit dan menimbulkan keresahan penduduk kerana ia baru pertama kali dilaporkan berlaku di kampung itu.

Seorang penduduk, Fatin Adilla Rosli, 31, berkata, kejadian ketukan misteri itu berlaku sekitar jam 2.30 pagi di kediamannya.

"Bapa pula sudah pun masuk tidur manakala ibu menemani saya berehat di ruang tamu. Ketika saya menguruskan keperluan ibu, tiba-tiba terdengar ketukan kuat di tingkap bilik saya sebanyak dua kali. Ia sekejap sahaja tidak sampai dua minit.

"Tidak mahu mengambil risiko dan takut untuk membuka tingkap, saya membiarkan sahaja kerana gangguan itu," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Seorang lagi penduduk, Mohammad Zalghafari Mohd Zainuddin, 25, mendakwa gangguan ketukan misteri itu berlaku di kediaman keluarganya sekitar jam 2.45 pagi.

"Saya sampai di rumah sekitar jam 2 pagi kerana sebelum itu keluar atas urusan peribadi dan tatkala saya baharu sahaja hendak tidur, terdengar ketukan pada tingkap bilik saya.

"Ketukan kuat itu berlaku sebanyak tiga kali dan menyangka ada pencuri yang cuba untuk memasuki rumah, saya segera menyelak langsir yang menutupi jendela itu namun tiada sebarang kelibat pun ditemui di luar rumah," katanya.

Mohammad Zalghafari turut keluar dari rumahnya untuk meninjau sekiranya ada kelibat pencuri yang cuba memasuki kediamannya namun tiada sesiapa pun ditemui sekitar rumahnya itu.

Kedua-dua penduduk itu kemudian dimaklumkan menerusi aplikasi whatsapp kampung berkenaan mengenai banyak lagi rumah di kampung itu yang turut mengalami gangguan ketukan misteri itu.

Sebagai langkah keselamatan, pnduduk meminta bantuan polis untuk meronda sekitar kawasan kampung dalam memastikan tiada berlaku sebarang kejadian seperti kecurian dan sebagainya.

Difahamkan gangguan berkenaan turut merebak hingga ke Arau.


Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote selipar_hijau 17-1-2024 08:51 AM
Ketika saya menguruskan keperluan ibu, tiba-tiba terdengar ketukan kuat di tingkap bilik saya sebanyak dua kali. Ia sekejap sahaja tidak sampai dua minit


tak paham aku ayat ni
Quote kitty_lynne 17-1-2024 09:11 AM
Iols rasa ni keje manusia nak test ilmu..mungkin spesis penyamun perompak..sebelum officially buat keje menyamun, dia test dulu if org boleh nmpk dia ke tak.. mgkin ilmu pukau or ilmu halimunan..
Quote Purplehaz 17-1-2024 12:12 PM
Pernah tak Ketuk rumah Apt kondo ppr, gated terrace ker?     Ker mmg pilih rumah kat kaw.kg and rumah yg xde cctv
Quote kotakbaju 17-1-2024 12:17 PM
Aduhh dah sampai ke sini pulak

Dah la aku selalu tinggal dengan anak je malam2 kat rumah.

Rumah gate kena ketuk tak takut pulak aku.
Quote kotakbaju 17-1-2024 12:19 PM
Aduhh dah sampai area sini pulak

Dah la aku selalu tinggal berdua dengan anak je malam2.

Rumah gated kena ketuk sekali ke tak ni risau pulak aku
Quote apalancut 17-1-2024 01:24 PM
dekat KL Selangor ni pon banyak juga kes ketukan misteri.. lebih2 lagi dekat apartment condo, tapi bila buka pintu ada makanan tergantung dkt pintu grill.. misteri kan?!
Quote OshinDaSolja 17-1-2024 04:00 PM
pulak dh...alang2 kt Perlis tu bole cross border ketuk rumah orang Thailand
Quote habisnamadahni 18-1-2024 02:07 PM
test ilmu la tu..
Quote sukacactus 18-1-2024 02:30 PM
Rumah kwn ank aku br kena mlm tadi
Rumah kampung gak kat kawasan Santan
Quote emera 18-1-2024 02:46 PM
Yg kat kuala pilah tu, aku baca mana tah, diorg buat rondaan memalam, sekali dgn polis. Nmpk kelibat org warna hitam. Org minyak. Nk test ilmu jugak kot?
Quote mojarean_X 18-1-2024 02:54 PM
Smlm iols tertgk citer mantra kt astro. Seram chuols
Quote iraizz 18-1-2024 04:32 PM
Purplehaz replied at 17-1-2024 12:12 PM
Pernah tak Ketuk rumah Apt kondo ppr, gated terrace ker?     Ker mmg pilih rumah kat kaw.kg and ruma ...

Ada sebuah rumah yg ada cctv kat perlis ni kena ketuk jgak, tengok cctv takde sapa pun
Quote iraizz 18-1-2024 04:34 PM
OshinDaSolja replied at 17-1-2024 04:00 PM
pulak dh...alang2 kt Perlis tu bole cross border ketuk rumah orang Thailand

Haha maybe nak ke thailand la tu.. kot2 ilmu tu mai dari sana kan...

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.145161 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top