CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Puteri Aishah Hamil

15-1-2024 09:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6871| Komen: 22

Description: Puteri Aishah berkongsi khabar gembira apabila dirinya kini sedang berbadan dua.Aishah atau Puteri Aishah Sulaiman, 30, yang sedang bercuti di Seoul, Korea Selatan membuat pengumuman tersebut secara r ...
Puteri Aishah berkongsi khabar gembira apabila dirinya kini sedang berbadan dua.

Aishah atau Puteri Aishah Sulaiman, 30, yang sedang bercuti di Seoul, Korea Selatan membuat pengumuman tersebut secara ringkas di Instagram miliknya.


Foto: IG

"Rama-rama yang dia beri pada saya bertukar menjadi kaki kecil," katanya.

Menerusi video yang dimuat naik itu memaparkan Aishah yang mengenakan persalinan berwarna merah jambu memeluk suaminya, Muhammad Firdaus sebelum memperlihatkan perutnya sudah membesar.

Malah dia sempat mengusap perutnya sambil menunjukkan senyuman gembira ke arah kamera.

Bagaimanapun aktres itu tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kandungannya termasuk usia kandungannya ketika ini.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis mengucapkan tahniah sekaligus tumpang gembira dengan khabar tersebut.

"Tahniah Puteri, jaga diri elok-elok. Cutenya, ramai yang kongsi berita gembira hari ini," antara komen netizen.

Untuk rekod, Aishah dan Firdaus yang juga seorang ahli perniagaan berkahwin pada November 2021.

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukanyanyi 15-1-2024 09:08 AM
Tahniah ecah.. member baik dia yg nak sambut cny tu jgk yg dok canang2 nak ngandung tp tunda2.. tula, benda cani toksah ckp sblm jadi kot
Quote Manusiabesa 15-1-2024 09:08 AM
Momod x up pun ek cite qasha kamal pun hamil.
Comel la puteri ni.
Suka time dia blakon jd penyondol sharul ridwan laki tilla melvin drama tjuk pa xingt dh. Siap dpt kondo kesan menyondol.
Quote I.K.A888990 15-1-2024 02:35 PM
comel je dia bgtau
tahniah tahniah
Quote beatgirlX 15-1-2024 02:40 PM
Cara bgtau tu lain dari biasaaa....tahniah cahh..moga selamat semuanyaa
laki dia mmg segak aihbb
Quote TerataiMelur02 15-1-2024 02:49 PM
Wahh..tahniah.
Meriah tahun ni..aishah, qasha, zahirah.
Quote chinta89 15-1-2024 03:19 PM
sukanyanyi replied at 15-1-2024 09:08 AM
Tahniah ecah.. member baik dia yg nak sambut cny tu jgk yg dok canang2 nak ngandung tp tunda2.. tula ...

siapa tu chuols?
Quote Duriand24 15-1-2024 03:48 PM
sukanyanyi replied at 15-1-2024 09:08 AM
Tahniah ecah.. member baik dia yg nak sambut cny tu jgk yg dok canang2 nak ngandung tp tunda2.. tula ...

Lizzy tan ke? Hahha
Quote sukanyanyi 15-1-2024 08:53 PM
chinta89 replied at 15-1-2024 03:19 PM
siapa tu chuols?

Ohh..lizi tantintun. Dorang rapat sejak blakon jd polisi bersama2, salu bertiktuk bersama
Quote sukanyanyi 15-1-2024 08:55 PM
Edited by sukanyanyi at 15-1-2024 08:57 PM
Duriand24 replied at 15-1-2024 03:48 PM
Lizzy tan ke? Hahha


A'ah.. aku rasa dah 2 thn duk baca dia nak hamil taun berikutnya.. last2 tangguh sbb kewangan. Len kali kalo baru plan toksah canang la kot kn. Org len yg tak ckp pape tup2 besau dh pewot
Quote imanjannah 15-1-2024 10:05 PM
alhamdulillah.. take care
Quote irvene 15-1-2024 10:09 PM
aku berminat dgn laki dia sahaja
Quote wikedsaikel 15-1-2024 10:30 PM
beatgirlX replied at 15-1-2024 02:40 PM
Cara bgtau tu lain dari biasaaa....tahniah cahh..moga selamat semuanyaa
laki dia mmg segak aihbb

Mimpi ke? Kalau tengok drama korea, ibu mengandung akan dapat mimpi buah pelam la roti la sebagai alamat ibu tu hamil. Maybe tu yg dia cuba buat kot.
Quote innocentsangat 16-1-2024 12:42 AM
Comel gila. Aku suka. Haha. Laki dia elok.
Quote September14 16-1-2024 08:18 AM
X tau lak laki dia helok! Bgus ppuan mcmni cari laki yg helok bkn caras laki org tua lak tu
Quote BoongaKertas 16-1-2024 11:01 AM
lalu explore iols. iols mcm, hey comelnya pompuan ni. laki also helok. rupanya pelakon msia. hahaha!
Quote makadek 16-1-2024 12:16 PM
Maksudnya laki dia salu ajak main laaa sentiasa ada rasa butterfly sensation
Quote chinta89 16-1-2024 12:21 PM
sukanyanyi replied at 15-1-2024 08:55 PM
A'ah.. aku rasa dah 2 thn duk baca dia nak hamil taun berikutnya.. last2 tangguh sbb kewangan. Len ...

tangguh sb kewangan atau sb mmg belum berjaya hamil..
Quote sukanyanyi 16-1-2024 01:17 PM
chinta89 replied at 16-1-2024 12:21 PM
tangguh sb kewangan atau sb mmg belum berjaya hamil..

Tula kan, kot2 ayat cover. Sbb dia bukan moslem kan, dia taktau kot konsep qada dan qadar, rezeki.. dia ingat asal ckp taun dpn nak preg je boleh jadi terus ke... mcm lirik lagu dia, yakinnya kamu...
Quote selipar_hijau 16-1-2024 01:26 PM
makadek replied at 16-1-2024 12:16 PM
Maksudnya laki dia salu ajak main laaa sentiasa ada rasa butterfly sensation

yeeeaahhhh

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.048875 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top