CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Noh Salleh Hormat Keputusan Mahkamah, Musa Kembali Ke Pangkuan Mizz Nina

15-1-2024 09:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 22433| Komen: 175

Description: Noh Salleh memaklumkan anak angkatnya iaitu Musa sudah kembali ke pangkuan bekas isterinya iaitu Mizz Nina pada malam Sabtu.
Noh Salleh memaklumkan anak angkatnya iaitu Musa sudah kembali ke pangkuan bekas isterinya iaitu Mizz Nina pada malam Sabtu.

Noh atau Mohamad Noh Salleh, 39, berkata, dia akur menyerahkan Musa selepas Mizz Nina hadir ke rumahnya bersama perintah interim daripada mahkamah selain pihak berkuasa.



Foto: IG

"Malam semalam dalam pukul lebih kurang 8.30 malam pihak Mizz Nina hadir ke rumah saya bersama dengan suaminya serta pihak polis dan beberapa orang lain yang tidak dikenali dengan tujuan mengambil Musa daripada jagaan saya.

"Dengan perintah interim (sementara) sebelum sesi mediasi di Mahkamah Syariah," katanya.

Noh berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada malam Ahad.

Sebelum ini, Noh tampil membersihkan namanya susulan timbul dakwaan dia melarikan anak angkatnya hasil bantuan pembantu rumah daripada jagaan bekas isterinya.


Dalam temu bual bersama Melodi itu, Noh menjelaskan tidak wujud sebarang isu menculik sebaliknya dia mengambil Musa melalui saluran undang-undang yang sah.

Kata Noh, temu bual bersama Melodi yang memaklumkan Musa kini dibawah jagaannya dilakukan pada sebelah tengah hari Sabtu sebelum anak angkatnya itu diambil Mizz Nina.

Meskipun kesal dengan apa yang berlaku, Noh bagaimanapun menghormati keputusan mahkamah malah menjelaskan tiada perebutan berlaku di antara mereka.

"Saya dengan terpaksa dan berat hati menyerahkan Musa kembali dan akan meminta nasihat peguam saya. Hanya Tuhan sahaja yang mengetahui betapa hancurnya hati saya semalam.

"Tiada sebarang insiden perebutan berlaku malam tadi kerana saya percaya dengan jalan pendamaian... Apa yang penting adalah kesihatan mental dan fizikal Musa.

"Saya berharap kenyataan ini jelas dan tiada sebarang spekulasi daripada mana-mana pihak dan saya juga berterima kasih atas segala doa daripada kalian," ujarnya.

Pada 2 Januari lalu, media melaporkan seorang pembantu rumah warga asing didakwa melarikan anak selebriti wanita dan kejadian itu didalangi bekas suaminya yang juga vokalis kumpulan terkenal.

Susulan kejadian itu, selebriti wanita itu bertindak pantas dengan membuat laporan di Balai Polis Ampang, Selangor.

Untuk rekod, Noh dan Mizz Nina atau Shazrina Azman mendirikan rumah tangga pada Julai 2011 dan bercerai pada Ogos 2022.

Pada September lalu Noh selamat bergelar suami kepada pasangan pilihannya iaitu Fatin Athira Mustapa.

Manakala Mizz Nina pula kembali mendirikan rumah tangga bersama bersama penyanyi rap dan penulis lirik dari Seattle, Amerika Syarikat (AS) berketurunan Maghribi, Essam Muhammad pada suku kedua tahun lalu.

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote honam 15-1-2024 09:18 AM
masih tak terlambat lagi untuk masing2 cuba dapatkan anak masing2

kita doakan sahaja mereka yg baik2
Quote adra5028 15-1-2024 09:19 AM
awal naw masuk thread ni..semoga dipermudah urusan 2-2 nye..kesian la kat anak tu..
Quote Zeatyisaac 15-1-2024 09:21 AM
Bahagia Musa, kedua ibu bapanya menyayanginya walaupun dia anak angkat. Semoga yang baik2 sahaja buat Noh dan Mizz Nina. Capailah keputusan yang bijak dan baik
Quote Minami2013 15-1-2024 09:25 AM
Harap Noh mmg betul2 ikhlas sayang Musa bukan sbb nk sakitkan hati Mizz Nina.
Quote JunkMail 15-1-2024 09:26 AM
Pada September lalu Noh selamat bergelar suami kepada pasangan pilihannya iaitu Fatin Athira Mustapa.


Manakala Mizz Nina pula kembali mendirikan rumah tangga bersama bersama penyanyi rap dan penulis lirik dari Seattle, Amerika Syarikat (AS) berketurunan Maghribi, Essam Muhammad pada suku kedua tahun lalu.



Kenapa berbeza stail tulis? Sorang September tahun lalu, sorang suku kedua... Eh kau tulis je lah nina kawin bulan sekian sekian Noh kawen bulan September tahun yang sama.

Oh well... Aku tunggu komen acik porem toksik suruh buat anak lain, anak angkat je pun etc etc
Quote syamzana 15-1-2024 09:39 AM
masa nak ambil tu patutnya kalau bekas bini byk alasan guna la loyer ni buat rambo main bawak lari je. berbelas thn nikoh dgn bekas bini tu takkan tak faham peel dia?? tgk nina, pergi ambil bawak loyer segerombolan mudah cite. apa2 hal tggu court decide ni suke nau berdrama tau la retis.
btw, bagus la musa disayangi both makayah dia takde la lepas cerai msg2 lepas tgn.
Quote sukacactus 15-1-2024 09:54 AM
Kalau korang betul sayangkan ank tu, bincang la elok2, jgn la gaduh2
Quote opie5662 15-1-2024 10:02 AM
Buat la anak sendiri... Sibuk plak nk jaga anak angkat... Nafkah bini masa kawen dlu pon ntah2 tak mampu.. Sibuk nk jaga anak angkat plak
Quote prettyuglybabe 15-1-2024 10:07 AM
muka leluhur sangat anak mereka..
beria mn cover dapat kat noh terpampang terus
Quote penmerah 15-1-2024 10:18 AM
Terima kasih kepada noh dan bapa2 yg menyayangi anak2 sanggup masuk court fight anak2
Walaupun Bitter masuk court masuk sokkabar bagai kesian kat anak2 tapi at least nampak effort bapak

Moga spesis bapak spt ac, laki mira apantah dan ex ritud tak diwarisi sifat hapraknya
Quote penmerah 15-1-2024 10:21 AM
Didoakan moga noh dan nina dikurniakan anak sendiri dgn pasangan memasing
Quote sukanyanyi 15-1-2024 10:33 AM
Sian plak ngan noh sbb tak sangka dia mmg syg anak angkatnya. Moga2 noh dapat anak sendiri nanti, aamiin. Nina jgk...aamiin.
Quote edoraixora 15-1-2024 10:56 AM
musa nampak happy je dgn noh
mmg noh sayang bebetul lah tu
Quote rayna_raynes 15-1-2024 11:20 AM
JunkMail replied at 15-1-2024 09:26 AM
Kenapa berbeza stail tulis? Sorang September tahun lalu, sorang suku kedua... Eh kau tulis je lah ...

Sebab Nina dah kawin beberapa bulan sebelum dia reveal kat IG

Quote haruslah 15-1-2024 11:21 AM
Kalau baca situ, mcm noh yg amik budak tu dr mak kandung...maksud i, mak budak tu serah kat noh.

Btw, cerai dah elok2. Hal anak lun biar la elok2
Masing2 da ade psgn

Ps: sakan netz backup retis ikut semangat kenegerian
#terpalingharmoni
Quote scrocth 15-1-2024 11:26 AM
Nina myb nk musa dibesarkan dlm keadaan fully islamic manakala noh tu faham2 laa lifestyle heshe mcm mana.
Quote Carcosa 15-1-2024 11:37 AM
Baru je meols kepoh tgk Melodi si cina mualaf tu interview si Noh.
Katanya, MN taktau kemana. Contact2 tak angkat, tak dpt. Tu yg si Noh main rembat je kot si Musa. Yelah, rindu kan. Part ni, meols mcm kesian la jgk kan. Dah kalau pihak sana taknk angkat Phone bagai, cemana nak communicate? Rindu anak ni, bkn boleh ditahan2.
On MN punya side plk, kalau si Noh ni masa jadi husband, kalau dia ala2 je dgn si Musa, time dah cerai baru nak rindu bagai, harus di hempok je si Noh tu.
Ha gichewww, meols atas pagar
Quote heythere123 15-1-2024 11:38 AM
moha yang baik2 saje buat parents musa.

kesian la pulak bila bapak sayang sangat dekat anak jadi cenggini pulak. Nak salahkan maknye pon takleh jugak sebab cara bapaknye ambik pon macam rambo gitu.
Quote Dalcott 15-1-2024 11:48 AM
pakat elok2. semua akan ok

Lihat semua komen(175)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.053165 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top