CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Sekarang, Hubungan Saya Dan Sha'Arin Masih Baik Dan Rapat", Yasmin Hani Rapat Dengan Bekas Suami Kerana Anak

11-1-2024 08:28 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15073| Komen: 36

Description: Pengacara dan pelakon, Yasmin Hani, 45, selesa mengekalkan hubungan baik dengan bekas suaminya, Sha'arin Razali demi memastikan dua anak mereka membesar dengan baik meskipun sudah bercerai.



Pengacara dan pelakon, Yasmin Hani, 45, selesa mengekalkan hubungan baik dengan bekas suaminya, Sha'arin Razali demi memastikan dua anak mereka membesar dengan baik meskipun sudah bercerai.

Yasmin atau nama sebenarnya, Yasmin Hani Ismail Richardson ditemui berkata, hubungannya dengan bekas suami lebih rapat dan kerap berkomunikasi selepas berpisah kerana mahu memastikan anak-anak terus merasai kasih sayang ibu bapa.

"Sekarang, hubungan saya dan  Sha'arin masih baik dan rapat. Malah, boleh dikatakan kami lebih banyak berborak bersama berbanding saya dengan Alif Hadi (kekasih) sendiri, terutama untuk mengatur pengurusan anak-anak ke sekolah.

"Kami memilih untuk lebih bertamadun dengan mengelak mencaci maki sesama sendiri walaupun tidak lagi bergelar suami isteri. Ini kerana, kami tidak mahu anak terkena tempias daripada perceraian yang berlaku," katanya kepada Harian Metro.


Menurut Yasmin, dia bagaimanapun tidak menyangka hubungan dijalin dengan bekas suaminya agak baik selepas bercerai dan sentiasa mendoakan agar lelaki itu dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

"Saya pun tak sangka yang kami boleh jadi baik dan rapat selepas bercerai demi anak-anak. Dia (Sha'arin) banyak bantu dalam pengurusan anak-anak dan saya sentiasa mendoakannya agar dipanjangkan umur dan terus dimurahkan rezeki.

"Kami juga merancang membawa anak-anak bercuti di Bali, Indonesia pada Mac depan dan turut meraikan hari lahir Sha'arin di sana. Tidak hanya itu, kami turut mempunyai perancangan untuk mengerjakan umrah pada hujung tahun ini.

"Sha'arin memang ada sebut nak membawa anak-anak untuk mengerjakan umrah bersama. Jadi, saya ada mengatakan padanya mahu ke Tanah Suci juga untuk tunai umrah buat pertama kali dengan menyertai mereka," katanya.

Terdahulu, Yasmin hadir pada majlis pelancaran drama Gemersik Berbisik lakonannya arahan Amor Rizan yang akan menemui penonton di saluran Unifi TV Original.

Bekas pengacara program Muzik@Ria ini juga berkata, hubungan baik dengan bekas suami turut meraih perhatian ramai wanita yang berhadapan masalah dengan pasangan meminta nasihat daripadanya.

"Saya ada menerima mesej langsung (DM) daripada individu yang mahu meminta cerai dan sudah berpisah bagi mendapatkan nasihat menjaga hubungan baik demi anak mereka dengan bekas pasangan. Tapi, apa yang boleh saya kata, fikir panjang dulu sebelum buat keputusan bercerai dan jangan berebut anak," katanya.

Yasmin dan Sha'arin yang juga bekas pemain dram kumpulan Blackrose mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 10, dan Eissa Elzander Wong, 7. 

Namun, jodoh tak panjang dan mereka sah bercerai pada Disember 2021.



Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 11-1-2024 08:30 AM
bagus laa cenggitu.. no hate dgn ex sendiri.
Quote honey_yayan 11-1-2024 11:14 AM
Elok la tu anak jangan abaikan nak cerai berai ke apa
Quote emera 11-1-2024 01:10 PM
Dok lentok2 tu, dia ada aim sesapa ke?
Quote riyadhK 11-1-2024 01:14 PM
Menonggeng kehausan di tepi Pagar
Quote Burong_Hantuk 11-1-2024 02:24 PM
sorry kau makin nampak cheap
Quote rayna_raynes 11-1-2024 02:42 PM
Burong_Hantuk replied at 11-1-2024 02:24 PM
sorry kau makin nampak cheap

Well I'd like to look as hot as her di usia mid 40s haha


Quote pocongkiutss 11-1-2024 02:56 PM
rayna_raynes replied at 11-1-2024 02:42 PM
Well I'd like to look as hot as her di usia mid 40s haha

Hot tp nmpk macam terdesak nk push boipren ajak kawin
Quote penjarasgbuloh 11-1-2024 02:57 PM
Semoga YH dan bekas suami serta anak2 bahagia sehingga akhir hayat
Quote Manusiabesa 11-1-2024 02:58 PM
Janda hot lawa mix sukses mcm ni pun x hari2 zikir nak berlaki baru mcm shuringai gatai puki tu.
Quote jalfa 11-1-2024 03:16 PM
Hint bgtau kat bf kalo x propose aku aku get back dgn duda semula
Quote miracle_forever 11-1-2024 04:06 PM
reputs ni tulis article pun salah fakta. tak logic l nikah 2015, anak dah 10 tahun. i googled dorang nikah 2011. tak pasal je kang ada yg cara calculator

btw, mcm bagi hints nak get back dgn ex husband je… ke tak?
Quote dewi_rina 11-1-2024 05:01 PM
bf pun jenis mmg taknak kawin, kalau nak kawin lama dah dia kawin dgn zizi k dulu
Quote pocongkiutss 11-1-2024 06:17 PM
jalfa replied at 11-1-2024 03:16 PM
Hint bgtau kat bf kalo x propose aku aku get back dgn duda semula

Duda dia dah ada gelpren baru kan
Quote Sazreena 11-1-2024 07:08 PM
Fumakila dan ex-laki patut belajar drpd Hani.
Quote Sazreena 11-1-2024 07:08 PM
Fumakila dan ex-laki patut belajar drpd Hani.
Quote muntahijo 12-1-2024 09:30 AM
bf dia skang sape ek?
Quote ezacbee 12-1-2024 03:39 PM
Nampak sangat si alif ni malas amik port hal anak2 ko. Dia nak ko n enjoy je. Takan ko xnampak hani oiii
Quote Minami2013 13-1-2024 08:25 AM
Gf-bf masing2 tak jeles ke... Atau join sekali?
Quote imanjannah 13-1-2024 09:49 AM
knapa la tak kahwin2 ngan BF nya? nmpk mcm kecewa je ngn BF..

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.074381 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top