CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pelakon "Apa Celop Toqq" Buat Sujud Syukur, Bakal Jadi Ayah Selepas 9 Tahun Berumah Tangga

11-1-2024 08:22 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13776| Komen: 21

Description: Pelakon Taiyuddin Bakar dilihat melakukan sujud syukur selepas mendapat khabar gembira daripada isterinya yang sedang hamil anak pertama mereka.



Pelakon Taiyuddin Bakar dilihat melakukan sujud syukur selepas mendapat khabar gembira daripada isterinya yang sedang hamil anak pertama mereka.

Menerusi TikTok, isteri kepada Taiyuddin yang dikenali sebagai Zila Zulkifli dilihat menunjukkan ujian air kencing yang mengatakan dirinya sedang hamil kepada pelakon filem ‘Hantu Bonceng’ tersebut.

Dapat dilihat kegembiraan jelas terpancar di wajah Taiyuddin sehinggakan dirinya melakukan sujud syukur.


Ya Allah, Subhanallah, Alhamdulillah. Serius ke ini?

Dalam pada itu, Zila memaklumkan penantian mereka selama sembilan tahun untuk memiliki zuriat sendiri akhirnya dimakbulkan oleh Allah.

Bismillahirrahmanirrahim, kami serah sepenuhnya pada perjalanan dan takdir dari Allah buat kami.


Kami tak ada usahakan apa-apa pun dan saya tak pernah ada apa-apa keguguran, ini yang pertama Alhamdulillah. Allah pilih sembilan tahun untuk berikan kami rezeki ini.

Terima kasih menjadi kekuatan di sisi saya, love you kasih (Taiyuddin).

Pasangan ini turut melakukan ujian pengesahan kehamilan di sebuah klinik berhampiran kawasan perumahan mereka.

Video tersebut turut mendapat perhatian wargamaya yang rata-ratanya menitipkan ucapan tahniah di atas berita gembira tersebut.



Mereka juga mendoakan agar segala urusan Zila sepanjang hamil dipermudahkan Allah SWT.

Sekadar info, Taiyuddin mengumumkan dirinya sudah bernikah dengan Zila pada Disember 2014 yang lalu dalam satu majlis yang diadakan di Madinah.





Sumber: TikTok/Ohbulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chandrahusin 11-1-2024 08:55 AM
Edited by chandrahusin at 11-1-2024 02:09 PM

Alhamdulillah.. Tahniah
wife dia anak pelakon lama
Normala Omar & Zulkifli Zain
adik Zizie Zulkifli
Alhamdulillah.. Tahniah
Quote Nenolen 11-1-2024 08:58 AM
Alhamdulillah tahniah buat Toq dan isteri…
Quote KamikuP 11-1-2024 09:16 AM
Alhamdulillah dan tahniah buat Toq dan isteri.
Quote Manusiabesa 11-1-2024 09:41 AM
Sedihnya..sebak. uhuksssssxxxx. Tonggang tonggeng terbalik katil pun klu tuhan xmo bg lg..xkn dpt lg.... tp bila its the time... xtonggangtrbalik pun sperma sampai ke ovum trus popppp jdi embrio.. its miracle. Rhsia tuhan..yg sembang kencang konon childless couple xreti kongkek tu mmg hati hitam warna hitam blkg kuali.
Quote pocongkiutss 11-1-2024 09:46 AM
Memang seronok..tp kalau geng ttc lama ni..hrp kandungan dia dh betul2 kuat baru dia announcelah ni..iols seram dh..kali pertama iols dulu tak menyempat excited bgtau org..tup2 tak lama lepas tu takde heart beat..tobat dh iols
Quote katak hijau 11-1-2024 11:22 AM
pocongkiutss replied at 11-1-2024 09:46 AM
Memang seronok..tp kalau geng ttc lama ni..hrp kandungan dia dh betul2 kuat baru dia announcelah ni. ...

Tp baca komen kat tt kata mmg dh bersalin. Tgh berpantang. Dpt baby boy. Tengok dlm video tu pun tarikh pertengahan thn lps
Quote edoraixora 11-1-2024 11:26 AM
alhamdulillah....tahniah

terbaek lah toq, tak gatei nk menikoh lain sebab nak anak
Quote lilacomot 11-1-2024 11:47 AM
alhamdulillah...tahniah toq dan isteri..
Quote BellaThePrinces 11-1-2024 01:53 PM
chandrahusin replied at 11-1-2024 08:55 AM
Alhamdulillah.. Tahniah
wife dia anak pelakon lama
Normala Shamsudin & Zulkifli Zain

Pembetulan:
emaknya Normala Omar

Normala Shamsudin lain liga nya...  

Apa2 pun tahniah pada pasangan....kalau ikut date positif tu aroud May...maybe tgh tunggu hari atau dah bersalin kot...
Quote beatgirlX 11-1-2024 02:03 PM
Alhamdulillah..tahniah Salleh & wife
Quote chandrahusin 11-1-2024 02:10 PM
BellaThePrinces replied at 11-1-2024 01:53 PM
Pembetulan:
emaknya Normala Omar

Dah edit.. terima kasih betulkan
aku siap google tadi nak pasti kan nama yg betul
tetaip salah jgk
Quote sayawifenikmie 11-1-2024 02:30 PM
Sedih pula baca komen2 luahan2 mereka yg masih menanti nanti kehadiran anak dalam hidup mereka .. sedih laaa
Quote hanihan16 11-1-2024 02:44 PM
alhamdulillah.. i suka berita2 positif ni sebab i dulu pun 8 tahun ttc, pjj pulak tu sepanjang tu. macam2 org cakap tp alhamdulillah kami laki bini ok2 je, sebab tahu masing2 takde masalah kesihatan & fit. cuma Allah belum bagi rezeki. tahun ke 8 baru ada rezeki anak alhamdulillah.

i doakan forumers yg ttc Allah kurniakan rezeki anak. kalau tak ada, insyaAllah itu pun rezeki juga alhamdulillah
Quote pocongkiutss 11-1-2024 02:54 PM
katak hijau replied at 11-1-2024 11:22 AM
Tp baca komen kat tt kata mmg dh bersalin. Tgh berpantang. Dpt baby boy. Tengok dlm video tu pun t ...

Alhamdulillah..maksudnya dh selamat bersalin br dia bgtaulah ye..tulah yg sebaiknya kan
Quote Moyangkucing 11-1-2024 08:23 PM
Tahniah Toq...
Quote heythere123 12-1-2024 12:38 AM
alhamdulillah, lama betul heols menunggu ya.

kesian pulak bila fikir pasangan ttc penat lelah nak tunggu Tuhan bagi anak, tapi pasangan yg tak kawen senang je dapat anak. Pakej siap lesapkan lagi (eg: kes pelakon lelaki anak orka tu)
Quote DeLuna85 12-1-2024 07:02 AM
Alhamdulillah. Tahniah!
Quote shernazz 12-1-2024 07:07 AM
Tahniah
Walaupung iols.geli bila orang suka tunjuk test airnkencing
Quote asfaz 12-1-2024 07:35 AM
pocongkiutss replied at 11-1-2024 02:54 PM
Alhamdulillah..maksudnya dh selamat bersalin br dia bgtaulah ye..tulah yg sebaiknya kan

https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... pas-9-tahun-menanti

Aah dah beranak.baby boy.
Alhamdulillah tahniah buat keduanya.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.052447 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top