CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aman Graseka Mungkin Malu Mengaku Susah, Sharifah Shahirah Tiada Niat Buka Aib

9-1-2024 08:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10807| Komen: 43

Description: Sharifah Shahirah tidak berniat mengaibkan Aman Graseka susulan berkongsi mesej pelakon era 90-an itu meminta bantuan kepadanya di Instagram.
Sharifah Shahirah tidak berniat mengaibkan Aman Graseka susulan berkongsi mesej pelakon era 90-an itu meminta bantuan kepadanya di Instagram.

Shahirah atau Kak Rara, 50, menjelaskan dia bertindak sedemikian memandangkan sudah tidak mampu memberikan bantuan berterusan kepada Aman.


Malah Shahirah, perkongsiannya sebelum ini dibuat selepas mendapat izin daripada Aman sendiri.

Foto: IG

“Saya ada rasa was-was juga tapi saya tidak kisah, tak rugi pun sebab saya transfer duit tak banyak.

“Sebenarnya niat saya bukan mahu mengaibkan sebab ramai tuduh saya begitu. Sebaliknya saya kongsi sebab sudah tak larat nak tolong... dia mendesak.

“Sewaktu bercuti di Dubai baru-baru ini pun dia mesej saya berulang kali. Saya faham kalau orang susah dalam keadaan terdesak,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Shahirah berkata dia juga ada menghantar mesej kepada Aman untuk mendapatkan kepastian sama ada dia adalah individu sebenar di sebalik WhatsApp yang dihantar.


Jelas Shahirah, Aman tidak menafikan perkara itu dan meminta penyampai radio berkenaan untuk tidak mengambil pusing dengan kata-kata yang dilemparkan orang ramai.

"Saya ada mesej bertanyakan kepadanya sama ada dia adalah Aman yang sebenar atau tidak dan dia mengakui dirinya Aman Graseka.

"Malah dia meminta saya abaikan laporan berita di mStar yang mengatakan dia dan keluarga berada dalam keadaan baik.

"Saya rasa mungkin dia malu kerana siapa yang suka apabila orang kata kita meminta-minta. Kalau saya susah pun, saya malu kerana orang akan hina kita sekiranya kita meminta-minta," ujarnya.

Mengulas lanjut tentang perkara itu, Shahirah mendedahkan ramai dalam kalangan rakan artis menghadapi situasi sama apabila menerima pesanan mesej daripada Aman yang ingin meminta bantuan kewangan.

"Selepas saya kongsi di media sosial, ramai rakan artis mesej saya memberitahu mereka juga menerima mesej sama. Rupanya perkara ini berlaku sudah dua tahun.

"Sebenarnya bukan teman rapat saja, tetapi ramai yang dapat mesej itu tidak mengenali Aman Graseka... Tetapi mereka tetap bagi, cuma apabila terlalu kerap mendapat mesej tersebut mereka rasa seperti ada yang tidak kena," jelasnya.

Sementara itu, Shahirah meluahkan keinginan untuk bertemu sendiri dengan Aman bagi melihat keadaan terkininya dan keluarga.

Kata Shahirah, dia ingin tahu kenapa Aman bertindak demikian namun mendoakan agar aktor berkenaan diberikan rezeki bergiat aktif semula dalam bidang lakonan.

"Kalau boleh saya mahu berjumpa juga dengan Aman walaupun dia tinggal jauh. Nak juga lihat bagaimana keadaan dia dan keluarga.

"Saya pun jenis artis yang ambil tahu tentang orang sekeliling. Kalau boleh saya memang ingin melihat keadaan sebenar, kenapa dia sampai terdesak minta bantuan.

"Saya doakan yang terbaik juga untuk Aman dan semoga dia dapat kembali aktif dalam industri lakonan," katanya.

Sebelum ini, Shahirah ada memuat naik hantaran di Instagram berhubung Aman meminta bantuan bagi memberi anak-anaknya makan.

Bagaimanapun, ketika dihubungi mStar, Aman memaklumkan dia dan keluarga berada dalam keadaan baik.

Kata Aman, dia masih mempunyai pekerjaan iaitu berniaga ketupat dan lontong selain berita ditularkan mengenainya tidak benar.

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote izat123 9-1-2024 10:07 AM
Elok lah dia war war kan macam ni. Ada juga member jenis diam diam rupanya dah minta ramai orang ni. Minta pinjam sikit sikit kita bagi tapi tak pernah bayar. Aku halal jelah ingatkan memang dia susah ke apa anak semua tak sekolah lagi. Sekali borak dengan member member nohhh.... Semua orang dia dah minta. Ada sorang tu siap dah bagi almost 8k dah haha
Quote prince_marhaen 9-1-2024 10:18 AM
baguslah rara hebohkan.... dalam pada kesian tu, mana tau mintak situ sikit, sana sikit, sinun sikit... hujung2 duit dia lagi banyak daripada orang yang sedekah... boleh beranak hosp swasta lagi... ehehehehe..
bini tu nasihatkan sikit...jangan nak sombong sangat...
Quote dewi_rina 9-1-2024 10:22 AM
Takpe bukak je, kurang2 orang tahu perangai bini kampung kuala ketil pakcik aman tu
Quote zafira 9-1-2024 11:01 AM
apa dah jadi dengan dia ni sebenarnya...
Quote Perawankota 9-1-2024 11:02 AM
Teruk sgt ke family dorg kt kampung sana tu
Quote vee_zara 9-1-2024 11:07 AM
prince_marhaen replied at 9-1-2024 10:18 AM
baguslah rara hebohkan.... dalam pada kesian tu, mana tau mintak situ sikit, sana sikit, sinun sikit ...

Baca pasal bini dia tu buat sakit hati. Kes yang mas idayu bengang ada org tak bg ex laki jumpa anak dia tu.
Quote vee_zara 9-1-2024 11:07 AM
dewi_rina replied at 9-1-2024 10:22 AM
Takpe bukak je, kurang2 orang tahu perangai bini kampung kuala ketil pakcik aman tu

Ohhh patut laaa org kgggg kuala ketil rupanya. Patut berangai bifoti
Quote blekkep 9-1-2024 11:09 AM
izat123 replied at 9-1-2024 10:07 AM
Elok lah dia war war kan macam ni. Ada juga member jenis diam diam rupanya dah minta ramai orang ni. ...

ni psl dak ex estrok tu ker??sbb aiols pun kene yach...belas2 k yach...ni pun x tau malu mintak nk pinjam lg kat aiols yg dh kena vss ni..pdhal keja now gaji heols besar yach...nk kata sap dadah,rokok pun x isap..ntah lar nok
Quote akies 9-1-2024 11:09 AM
Elok la makcik rara ni hebohkan.
Ntah2 asal hujung bulan , dia dpt wasap minta sumbangan duit.
sekali dua mungkin la dia tolong.
Lama2 rimas juga kan wlpn dia mmg baik suka tolong org.

Pakcik aman..sila la sedar diri sikit.
Cari la keje walaupun dh terdesak, kena usaha juga
bg anak bini makan
Quote dewi_rina 9-1-2024 11:15 AM
vee_zara replied at 9-1-2024 03:07 AM
Ohhh patut laaa org kgggg kuala ketil rupanya. Patut berangai bifoti

Tu yg geletis biji nak beranak swasta walau duit takde.. sanggup mintak sponsor
Quote prince_marhaen 9-1-2024 11:51 AM
akies replied at 9-1-2024 11:09 AM
Elok la makcik rara ni hebohkan.
Ntah2 asal hujung bulan , dia dpt wasap minta sumbangan duit.
sekal ...

dengar citer dengan pelakon artis2, crew2, director2 drama heols berlakon pun tetiap bulan memintak ye... mengemis era baharu... senang2 hidup beranak pinak, orang lain tanggung..


Quote shastore 9-1-2024 12:00 PM
Bape org dah ek anak dia dgn Bini skrg ni sampai kne meminta2
Quote Suchi 9-1-2024 12:02 PM
prince_marhaen replied at 9-1-2024 11:51 AM
dengar citer dengan pelakon artis2, crew2, director2 drama heols berlakon pun tetiap bulan meminta ...

Mcm mana dia dapat semua no tel artis2 termasuk yg tak rapat?
Cth dgn sarimah ibrahim tu mcm bukan cycle dia kan.
Quote prince_marhaen 9-1-2024 12:15 PM
Suchi replied at 9-1-2024 12:02 PM
Mcm mana dia dapat semua no tel artis2 termasuk yg tak rapat?
Cth dgn sarimah ibrahim tu mcm bukan ...

Maybe DM kat social media kot... tapi meols curious...ntah2 binik bifoti kekwat dia tu yang DM... sheols kan suka menghimpit artis drpd menjanda belum kawin lagi... ehehehehe
Quote Tunakimchi 9-1-2024 12:21 PM
Pelik kalau betul wife yg mintak. Takkanlah aman x tau. Ke dua2 sama je suke dapat sumbangan.
Quote isbritneybich 9-1-2024 12:28 PM
lagipun no. akaun tu betul keluar nama dia kan kalau fake ke scam ke takkan ke akaun dia dak. Dah terexpose mula la kat paper cakap lain, kat DM cakap lain
Quote Lolalala 9-1-2024 12:40 PM
Tunakimchi replied at 9-1-2024 12:21 PM
Pelik kalau betul wife yg mintak. Takkanlah aman x tau. Ke dua2 sama je suke dapat sumbangan.

Mesti laaaa dia tahu account dia. 2tahun dah buat kerja. Berapa sgt laa untung jual ketupat rendang kat kg sana tu. Silap dia pi spam kak Rara tu banyak kali sampai member tu rimas dan viralkan.haaaa pecah tembelang terus
Quote Suchi 9-1-2024 01:06 PM
prince_marhaen replied at 9-1-2024 12:15 PM
Maybe DM kat social media kot... tapi meols curious...ntah2 binik bifoti kekwat dia tu yang DM...  ...

Kat thread dia satu lagi ada yg tepek komen2 dr acik elly suriati pasal bini dia tak bg dia berlakon bagai.
Mmg sesuatuh sgt laa biniknya tu, taktau la aman ni tersalah langkah ke apa

Tempat isteri di sisi suami tp pokcik ni terbalik dia plak kena duk kat kg bini kat ulu nun pastu susah nk cari rezeki.

Dah tua2 gitu patutnya dh tak perlu ada ank kecik lg, patutnya kalau nk berbini lagi carila pompuan normal yg dh tak beranak lg.
Hat yg dah Tak nyusahkan hidup diusia tua dia.
Quote Purplehaz 9-1-2024 01:10 PM
Kalau betul la...ni kira mengemis cara online...bagi ayat kesian pastu ltk no akaun...send kat 5-6 org pastu org lain tolong tag yg lain.
Mesti dh ratus org dpt mesej tu agaknya..kalau sorang bg rm50 dh bape dia dpt ?
So dia laki bini agaknya hari hari tgok akaun jer ada masuk duit x. Sngnya kerjaa lahai

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.057702 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top