CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tidak Setuju, Tetapi Saya Harus Akur - Loque

8-12-2015 11:27 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 10085| Komen: 55

Description: Saya sedih, lagu-lagu kita ke arah Indonesia melodinya. Lirik lagu pun begitu, sebagai contoh, 'bisa', 'coba',
Oleh Izzah Abbasy

Menghakimi lagu yang dipertandingkan bukanlah semudah yang disangka. Begitulah keadaan Loque dan juri-juri lain dalam pemilihan 12 lagu ke Anugerah Juara Lagu ke 30 (AJL 30).

Komposer Loque akur walaupun berselisih pendapat dengan beberapa juri ketika menghakimi lagu yang dipertandingkan.



Selain Loque, barisan juri professional yang menilai karya dalam program tersebut ialah Datuk Mokhzani Ismail selaku Ketua Juri, Helen Yap, Edry Hashim, Jennifer Thompson, Azmeer dan Taja (Meet Uncle Hussein).

Sementara itu, Loque menjelaskan, status tersebut lebih kepada rasa terkilannya terhadap cita rasa umum yang gemarkan lagu-lagu berunsur muzik seberang dan pada masa sama penggiat muzik pula menghasilkan lagu 'ala Indonesia’.

"Saya sedih, lagu-lagu kita ke arah Indonesia melodinya. Lirik lagu pun begitu, sebagai contoh, 'bisa', 'coba', 'karena'. Bukankah lirik itu boleh ditulis kepada Bahasa Melayu?

"Melodi pula bersifat ala-ala penyanyi Melly Goeslow, Kris Dayanti dan sebagainya. Saya lihat fesyen kita sudah berubah tetapi cita rasa kita tentang muzik tempatan masih di takuk lama.

"Sedangkan lagu-lagu rock kapak dan elemen Melayu lain boleh dinaik taraf menjadi sebuah lagu yang segar," tegasnya.


AJL30 yang bakal berlangsung pada 24 Januari 2016 akan menampilkan 12 lagu terbaik iaitu Sampai Mati (Hazama), Potret (Akim & The Majistret), Assalamualaikum (Faizal Tahir), Biarkanlah (Drama Band), Hanya Namamu (Caliph Buskers) dan Knock Knock (Elizabeth Tan).

Turut terpilih ialah Manakala Malam Ini Kita Punya (Bunkface), Angin Kencang (Noh Salleh), Bukan Hal Aku (Kaka Azraff dan Aliff), Mana Mungkin (Black), Not For Sale (Stacy) dan Tak Pernah Menyerah (Dayang Nurfaizah). - CARI Infonet

Info : mStar

18

Bagus
31

Marah
37

Terkejut
21

Sedih
22

Lawak
30

Bosan

Friends Rank (159 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote espri6006 8-12-2015 06:34 AM
Loque

Ko tak sedar ke lagu hip hop rap yang saban tahun ke AJL tu ikut acuan mana? Lagu apa khabar tahun lalu siap berjuara bagai...tu ikut acuan mana tu? venezula? Zimbabwe atau Maldive?
Ko sendiri yang tak sedar bahawa memang lagu lagu kita dari dulu lagi tidak lari melodi dan lirik Indonesia sebab ramai je warga Malaysia sejak azali lagi asalnya Indonesia lagi pula bahasa Indonesia ( bahasa buku atau suratkhabar)  tidak jauh bezanya dengan Malaysia sebab kita dibawah rumpun Melayu nusantara sama spt Singapura/Brunei. sekian saya melaporkan dari Lapangan terbang..
Quote kukukatablog 8-12-2015 07:22 AM
bukan hal aku, biar ku jalan dulu....
Quote noraidil_06 8-12-2015 07:34 AM
Edited by noraidil_06 at 8-12-2015 11:22 AM

Eleh saje nk bg spark kt ajl kan? Sbb org x kisah pun kat semi final kan? Basik tauk? Basik.

Bak kata divadivanaazwanalia org lg rela tgk set2 kertu nyanyi di gegarvaganza.
Quote mai-shi 8-12-2015 07:57 AM
Bukan Hal Aku dengan Not For Sale tu macam sekadar nak cukupkan korum je 12 lagu..
Quote AshkieLa 8-12-2015 08:02 AM
AJL is so yesterday... GV yg tengah IN.
Tunggu abis GV Ahad ni yer kalau nak create publisiti utk AJL ...
Quote AppropriateNick 8-12-2015 08:11 AM
apa2 la labu
Quote Body_language 8-12-2015 08:24 AM
Ada yg sentap dgn loque? Tongkang amri detected gurau je.

Secara jujur aku sgt setuju dgn loque. Lagu2 skrg memang xde identiti melayu. Byk lagu identiti indon. Memula dulu sekadar melodi bunyik lagu indon. Skrg ni dgn bhasa2 skali.

Aku sgt berharap lagu kump forteen dgn sakura x masuk final sbb gun bahasa indon yg ketara dan akhirnya mmg terkandas. Lagu kump forteen tu memang obvious skali keindonana bahasa dia wlpn melodinya urban. Perkataan mcm karena, coba n ketemu tu kan leh je guna kerana, cuba n bertemu. Langsung xde cacat. Mmg sengaja indon ataupun edry beli lagu indon kot :lol. Yg Sakura band tu lagila identiti krisis.lirik karenamu kerna cintamu. Dah kenape kejap indon kejap melayu
Quote enchikfitz 8-12-2015 08:26 AM
Kadang2 setuju jugak dgn pendapat Loque ni walaupun aku x minat imej dia yang tak semenggah tu. Tapi ni kes biasalah, tetiap tahun mesti ada je lagu2 yang dianggap bagus x layak ke final. Tahun ni pun sama, kira ni perkara biasa je.


Tahun ni klubkidd x meroyan teruk sangat walaupun artis fav heshe, Amir Jahari fail lagi ke final
Quote espri6006 8-12-2015 08:38 AM
ini terjadi karena ...ruang muzik kita terbuka seluas luas alam untuk terima kehadiran lagu2 dan artis dari seberang. Kalau kat sesetengah stesen radio siap ada lagi carta muzik lagu indon..so apa nak dikata orang industry sendiri menerima dengan hati terbuka...jadi memang jadi lah.
Quote enchikfitz 8-12-2015 08:48 AM
espri6006 replied at 8-12-2015 08:38 AM
ini terjadi karena ...ruang muzik kita terbuka seluas luas alam untuk terima kehadiran lagu2 dan art ...

Malaysia ni kira macam hub utk industri muzik pelbagai negara. Even kita sendiri pun tau lagu2 Siam & Filipina yang mmg rare utk didengar.

Berbeza dgn Indonesia kerana mrk mengamalkan sifat tertutup yg menyukarkan artis2 negara lain sukar mencipta nama di sana.

Pada meols, artis2 Malaysia kena lebih kreatif mungkin dari segi imej atau genre muzik utk lebih diingati. Idea2 sampah should be bannned from industry.
Quote cikgojesss 8-12-2015 08:48 AM
Loque ni yang muka macam abang ladang tu ke??
Quote Body_language 8-12-2015 08:49 AM
Terima lagu dari seberang tak bermaksud kita kene tiru bahasa diorg. Even lagu yg adi sixth sense cipta utk artis kita pon liriknya dlm bahasa melayu.

Kalau perkataan bisa tu mungkin x dpt nk dielak sbb memang dah guna sejak dr mula industri hiburan melayu. Tp perkataan lain memang boleh dielak utk digunakan. Xde masalah. Kalau gune gak perkataan2 indon yg bahasa melayu dia lain ejaan nmpk sgt identiti malaysianya takde
Quote budakmanentah 8-12-2015 09:14 AM
not for sale tu dari bahasa ape plk?setau aku dulu2 ajl mmg xkan bg lepas kalau lirik tu bahasa mcm rojak
Quote akik 8-12-2015 09:18 AM
apa contoh2 lagu yang bernuansa indon tu?
anyway aku harap angin kencang menang!
Quote baha_delarocha 8-12-2015 09:33 AM
Setuju dengan Loque. Memang dari zaman butter lagi dia ni dah nampak menjurus pada sedikit anti dengan muzik keindonan. (Cari lagu Merpati Sejoli). Lepas tu dalam muzik video 1000 tahun mahu hidup pun ada menganjing sikit2 unsur pop indo dalam masyarakat kita.

So nak ambik idea dari luar takde masalah. Cuma jangan lirik pun nak diindonkan. Tengok macam Butter ambik influence grunge tapi takde pun nyanyi macam Chris Cornell. Bunyi macam Cobain ada la. Eh.


Quote rya02 8-12-2015 09:47 AM
Lagu Assalamualaikum boleh lepas ke? Bukan ketara sgt ke persamaan dgn lagu Best Day of My Life? Aku suka jugak kat lagu Assalamualaikum tu tapi kalau nak bertanding AJL mcm tak sesuai plak.
Quote alesandra 8-12-2015 09:51 AM
ini aku tersgt setuju...........

"Saya sedih, lagu-lagu kita ke arah Indonesia melodinya. Lirik lagu pun begitu, sebagai contoh, 'bisa', 'coba', 'karena'. Bukankah lirik itu boleh ditulis kepada Bahasa Melayu?
"Melodi pula bersifat ala-ala penyanyi Melly Goeslow, Kris Dayanti dan sebagainya. Saya lihat fesyen kita sudah berubah tetapi cita rasa kita tentang muzik tempatan masih di takuk lama.
yg ini SGT TAK SETUJU...mohtep stetmen contradict??

"Sedangkan lagu-lagu rock kapak dan elemen Melayu lain boleh dinaik taraf menjadi sebuah lagu yang segar," tegasnya.




Quote alesandra 8-12-2015 09:53 AM
baha_delarocha replied at 8-12-2015 09:33 AM
Setuju dengan Loque. Memang dari zaman butter lagi dia ni dah nampak menjurus pada sedikit anti deng ...

emmet tu  sah2 suara cam  eddie vedder
Quote alesandra 8-12-2015 09:54 AM
akik replied at 8-12-2015 09:18 AM
apa contoh2 lagu yang bernuansa indon tu?
anyway aku harap angin kencang menang!

lagu2 faizal tahir....

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.054134 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top