CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sharnaaz Ahmad Gelabah Cari Beg Sekolah, Netizen Terhibur Tengok Jebat Jayden Berlakon

4-1-2024 03:06 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11382| Komen: 49

Description: Pelakon dan usahawan Sharnaaz Ahmad menjadi sorotan warganet gara-gara ‘panik’ apabila beg anak kesayangannya hilang.



Pelakon dan usahawan Sharnaaz Ahmad menjadi sorotan warganet gara-gara ‘panik’ apabila beg anak kesayangannya hilang.

Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram (IG), Sharnaaz dilihat gelabah apabila beg sekolah kepunyaan Jebat Jayden tidak dapat dijumpai meskipun sudah selongkar satu rumah.

Mana tak hangin, masa ni pula beg Mommyhana Jebat hilang. Korang tolong mamu (saya) boleh? Misi mencari beg Jebat bermula.

Pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad terpaksa menggantikan beg berwarna merah namun Jebat meminta 10 batang aiskrim sebagai cara memujuk untuk ke sekolah.

Okay sekarang kat mana aku letak beg tu? Dah cari tak jumpa pula. Semalam aku lepak dekat kafe tertinggal ke?

Tidak cukup dengan itu, kekecohan mencari beg Jebat turut terkena tempias beberapa rakan selebriti seperti Shuib, Shukri Yahaya dan Datuk Seri Aliff Syukri.


Kesemua mereka bersama anak masing-masing juga turut membantu Sharnaaz dalam mencari beg kesayangan anaknya.


Namun, apa yang menarik perhatian dan mencuit hati warganet adalah aksi comel Jebat yang makin petah bercakap. Rata-ratanya teruja melihat lakonan bersahaja Jebat yang saling tak tumpah seperti Sharnaaz.

Aksi merajuknya gara-gara beg kesayangan hilang disifatkan sangat comel. Bukan itu saja, Jebat juga dilihat menampal satu pelekat (sticker) lukisan tatu palsu di bahagian lengan.

Bagi merealisasikan misi itu, Mommyhana menawarkan RM5,000 kepada mereka yang berjaya menjumpai beg Jebat.

Sehingga artikel ini ditulis, video terbabit sudah mencecah 1.4 juta tontonan.



Sumber: Instagram/Ohbulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NazRysha 4-1-2024 04:07 PM
budak ni macam lembam
Quote Sazreena 4-1-2024 04:54 PM
MH pun nak ikut stail PMW...buat la janji ons..
Quote hareeeesah 4-1-2024 05:01 PM
Eh igt smig.. mommyhana pun boleh
Quote LadyCarefree 4-1-2024 05:03 PM
Berapa umur Jebat ni? Masih pelat juga ya.

iols terganggu pula baju si Jebat tu tak tuck in elok2.
Quote Carcosa 4-1-2024 10:56 PM
Ya ya je si Nenas suruh pijak balik kalau org bully.
Eh helo. Kau kena bully dgn ex kau, tak berkutik eh kau? Kena bully dgn satu kampung SSKJP, terdiam kau. Siap ambik teloq kau yg 2 bijik tu, rendam dlm air. Yelah, kecut punya pasal. Rendam dlm air nak kasi kembang balik
Quote oklatu85 4-1-2024 10:58 PM
Carcosa replied at 4-1-2024 10:56 PM
Ya ya je si Nenas suruh pijak balik kalau org bully.
Eh helo. Kau kena bully dgn ex kau, tak berkuti ...

Dia dengan sskjp je kecut.. dengan org lain.. X kalah..mcm cth dgn fattah amin.. lepas Tu kena ignore  dengan fattah waktu satu stage ahahah
Quote dua_chzy 4-1-2024 11:03 PM
Jebat ni boleh train huntok berlakon. Aiol suka juga tengok dia ni walaupun porumer dok mengata. Comel pun comel.
Quote SalenaGomez 4-1-2024 11:04 PM
Jebat muka nabila sungguh
Quote dua_chzy 4-1-2024 11:04 PM
Pehtu Jebat hada sense of humor yang bagus juga. Harap dia membesar humble ja tak jilaka macam auntie lembaga dia.
Quote AmandaRollins 5-1-2024 12:05 AM
Tua nya muka mamu ni..dgn beard camtu..geli nya…
Quote Naftalena 5-1-2024 01:03 AM
AmandaRollins replied at 5-1-2024 12:05 AM
Tua nya muka mamu ni..dgn beard camtu..geli nya…

dah macam UAI kan. Kalau cakap adik beradik sure orang percaya.
Quote SpyLeman 5-1-2024 01:15 AM
Demi konten kt socmed
Sib baik jayden tu comel. Dulu aunty Jah selalu post psl jayden. Skrg aunty Jah dah tak peduli kt Jayden. Aunty Lemak pulak sibuk berposing jd duta LV dan DIOR lantikan sendiri
Quote Masukkeluar 5-1-2024 01:19 AM
xde job sgt ke smpai ank kena push belakon? kata maknya kaknab tu fmly terpaling kaya. tp ank jd mangsa buat content?
Quote katakauu 5-1-2024 03:18 AM
demi sesuap nasi huhuhuhu
kesian anakkk
Quote rbmy 5-1-2024 06:56 AM
AmandaRollins replied at 5-1-2024 12:05 AM
Tua nya muka mamu ni..dgn beard camtu..geli nya…

tebal sgt kot.. eii
Quote belacan_gurl 5-1-2024 07:49 AM
Knp aku mcm x fhm sgt jebat ckp... lidah pendek ke apa
Quote meah_kelabu 5-1-2024 08:46 AM
brand mamihana ni awal2 keluar ok lg
skrg makin firaun ye harga
Quote ekselen 5-1-2024 09:29 AM
Edited by ekselen at 5-1-2024 09:31 AM

mcm scripted sgt..jebat tu xdela nk kata naturally pandai berlakon, mcm diajar je, ckp pun tak jelas serupa mumbling cuma nampak dia berani je.. baidewei muka sebijik mak dia hehe
Quote nanasno 5-1-2024 10:05 AM
jebat ni umur dah berapa. cakap pelat2 lagi.

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.066667 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top