CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Amah Tergamak Tanam Bayi Belakang Rumah

3-1-2024 03:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10914| Komen: 9

Description: KANGAR – Mayat seorang bayi lelaki cukup sifat ditemui ditanam di belakang sebuah rumah di Taman Mutiara, di sini dalam kejadian pada Sabtu lalu. Bayi malang itu ditemui kira-kira pukul 10.30 pagi o ...
KANGAR – Mayat seorang bayi lelaki cukup sifat ditemui ditanam di belakang sebuah rumah di Taman Mutiara, di sini dalam kejadian pada Sabtu lalu.

Bayi malang itu ditemui kira-kira pukul 10.30 pagi oleh pengadu yang merupakan seorang guru lelaki selepas terhidu bau busuk dari belakang rumahnya.


Foto: Kosmo

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, pengadu kemudian bertindak mencangkul lokasi bau itu lalu menemui satu mayat disyaki bayi berbungkus kain putih dalam keadaan berulat.

“Pengadu itu juga telah hadir ke balai polis bagi membuat laporan berhubung penemuan itu untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.

Berikutan itu, Yusharifuddin berkata, hasil siasatan dijalankan mendapati bayi itu tertanam di dalam tanah yang berkedalaman 12.7 sentimeter (cm) di kawasan terbuka dan tidak berpagar.

Katanya, pemeriksaan lanjut turut mendapati jantina bayi tersebut adalah lelaki dan cukup sifat selain panjang ukurannya adalah 46 sentimeter yang masih bertali pusat.

Dalam pada itu, Yusharifuddin berkata, polis juga berjaya mengesan suspek dipercayai terlibat dalam kes itu yang merupakan seorang pembantu rumah dan bekerja di salah sebuah rumah sekitar taman berkenan selain mengaku menanam bayi tersebut selepas mendapati dia tidak lagi bernyawa. 

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 3-1-2024 04:22 PM
Kau ingt kau tanam pokok serai 12.5cm?.....
Padan muka dah kantoi
Quote JunkMail 3-1-2024 04:30 PM
Anak sapa yang kau tanam ni?
Quote Antifake 3-1-2024 05:49 PM
Dah seronok buat.. senang aje tanam. Mmg masuk lokap la nanti
Quote edayildiz 3-1-2024 08:32 PM
dia tanam mayat ke atau dia tnm sampai mati..hmm jhtnya...ko dh buat dosa...beka la ank xbslh tu
Quote Carcosa 3-1-2024 09:16 PM
Hebat ek police boleh jumpa maid yg mana satu.
Haiyooooo, kau dah bersedap sedapan menuai padi, dah keluo hasil, kau tanam balik ya?? Hanjing punya mak
Quote Solokkk 3-1-2024 09:18 PM
Edited by Solokkk at 3-1-2024 09:21 PM

99.9999 % pembantu rumah tuh adalah indon babu jongos caprut
Quote Buritan 3-1-2024 09:19 PM
Bibik indon buang anakkkkk...... Lempar bibik ke lautt
Quote sukacactus 3-1-2024 11:04 PM
Tmn mutiara ni rumah besar2, mostly chinese
Sempat lg bibik diorang keluar cari jantan ek (knowing chinese kalau berbibik, kerah tenaga betul2)
Quote gigahertz 7-1-2024 04:19 PM
sukacactus: Tmn mutiara ni rumah besar2, mostly chineseSempat lg bibik diorang keluar cari jantan ek (knowing chinese kalau berbibik, kerah tenaga betul2)

tengok gambar rumah dah tau tu M40 /T20 .

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:18 AM GMT+8 , Processed in 1.333438 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top