CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berebut Beli Ikan Siakap 90 Sen Sekor

3-1-2024 02:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11557| Komen: 8

Description: KUALA TERENGGANU – Lebih 400 pelanggan sanggup beratur panjang seawal pukul 6 pagi semata-mata untuk mendapat ikan siakap yang dijual pada harga murah 90 sen seekor di Kampung Kuala Ibai di sini hari ...
KUALA TERENGGANU – Lebih 400 pelanggan sanggup beratur panjang seawal pukul 6 pagi semata-mata untuk mendapat ikan siakap yang dijual pada harga murah 90 sen seekor di Kampung Kuala Ibai di sini hari ini.


Tawaran 1,000 ikan siakap pada harga murah tersebut habis licin dibeli dalam tempoh kurang 40 minit sebaik premis menjual hasil laut yang baru beroperasi berkenaan dibuka pada pukul 8 pagi.

Foto: Kosmo

Sauffian Sauji, 36, berkata, harga istimewa itu sempena pembukaan cawangan terbaharu dan keempat kedai, Ikang Flyover diusahakannya.

“Saya sediakan 6,000 kilogram (kg) ikan siakap hari ini dengan 1,000 ekor pertama dijual pada harga istimewa, 90 sen.

“Setiap pelanggan hanya dihadkan untuk membeli maksimum enam ekor bagi ikan siakap harga istimewa itu,” katanya ketika ditemui Kosmo! di kedai Ikang Flyover, Kuala Ibai di sini hari ini.

Sauffian berkata, baki ikan siakap yang tinggal pula dijual pada harga RM10 untuk tiga ekor atau RM4 atau RM6 seekor mengikut saiz. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imanamsyar 3-1-2024 03:41 PM
rm 1o utk 3 ekor tu masih murahhhh..tapi nape jauhhhhhh....
Quote Skuau 3-1-2024 03:44 PM
Patut u worang meniaga tada kaya-WaLu
Quote venom1 3-1-2024 03:48 PM
ikan favourite tu. sedap makan.
Quote supernaturalee 3-1-2024 04:15 PM
mcm kecek je siakap dlm gambo tu



2 mgu lps beli siakap dkt 12 ringgit saiz sederhana
mahal tp dap2
Quote BoongaKertas 3-1-2024 04:48 PM
mur2 nya uols. ala why so jauhhhhh
Quote lilacomot 3-1-2024 05:01 PM
untung org ganu dpt beli ikang murah
Quote cap_ayam 3-1-2024 05:04 PM
Murah tu.. sini siakap sekilo rm26 tapi sedap la rasanya. Sebelum ni beli kat pasaraya kuat betul rasa lumpur
Quote munahminah 3-1-2024 05:17 PM
Mmg la 90 sen, size pn besar tapak tgn jurrr.. baca la post² kt grp fb k.trg/marang, berbelas post pasal kedai ni, mengganggu lalu lintas sampai stuck sejam kt jalan ni. Mmg marketing dia mcm ni. N ni bukan kali pertama pn dia bt mcm ni..

https://www.facebook.com/share/Z5DTEzaFQPyhmmTy/?mibextid=xfxF2i

https://www.facebook.com/share/CSgVKQiXQT79aZFv/?mibextid=xfxF2i

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.049775 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top