CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gempar Wanita Lahirkan Anak Di Balai Menunggu KLIA

29-12-2023 01:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 39944| Komen: 13

Description: PETALING JAYA – Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada petang semalam digemparkan dengan kejadian seorang penumpang yang selamat bersalin sementara menunggu penerbangannya. ...
PETALING JAYA – Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada petang semalam digemparkan dengan kejadian seorang penumpang yang selamat bersalin sementara menunggu penerbangannya.


Momen berkenaan telah dikongsikan oleh Malaysia Airports di laman X menerusi ciapannya memaparkan situasi cemas beberapa petugas keselamatan penerbangan (AVSEC) ketika membantu wanita tersebut.

Foto: Kosmo

“Wow, ada orang bersalin lah! Baru-baru ini, KLIA Terminal 1 dikejutkan dengan berita seorang penumpang yang telah melahirkan anaknya di balai menunggu.

“Dengan kadar segera, pasukan AVSEC membantu wanita terbabit dan memanggil pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan (KKM) dan Medilife Paramedic untuk rawatan dan pemeriksaan selanjutnya,” katanya.


Difahamkan, ibu dan anak tersebut kemudian telah dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan dan pemantauan rapi.

“Syabas kepada AVSEC, Terminal Services Department, KKM, Medilife Paramedic dan lain-lain atas tindakan pantas dan efisien,” tambahnya.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati rata-rata berseloroh mengenai tempat kelahiran bayi ini untuk didaftarkan di dalam sijil kelahiran.


“Dalam surat beranak nanti tulis kelahiran di lapangan terbang,” tulis @nonerinorine.

“Dapat percuma tempat letak kereta di KLIA seumur hidup ke?” kata Syarol Kyle.

“Nanti dah besar datang semula KLIA ni, boleh belagak dengan pasangan cakap ‘inilah tempat lahir saya’,” ujar seorang @Hfzhr_. 

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tokchik 29-12-2023 02:12 PM
dah mengandung berapa bulan ya?
Quote Belibis 29-12-2023 02:14 PM
Sihat walafiat acik pulis epot..
Quote krustykrab 29-12-2023 03:05 PM
Belibis replied at 29-12-2023 02:14 PM
Sihat walafiat acik pulis epot..

Haha..aku pun lebih fokus kat acik2 tu je
Quote Skuau 29-12-2023 03:19 PM
so...nak namakan dia..KLIA ke/tak???
Quote jazaa100 29-12-2023 04:31 PM
Blh naik flight ke klu dah cukup bln mcm tu?....
Mgkin ada surat doktor, tapi berisiko sgt lahhh
Quote Decaffeinated 29-12-2023 05:22 PM
Situasi cemas? Kalau kucing nak beranak ko cemas tak dek.

It's a natural process kan.
Quote Suchi 29-12-2023 05:25 PM
Dia nak naik ketebang ke?
Sarat2 duk umah jelaa
Tp ramai juga org pregnant suka travel sana sini pi umroh bagai.

Quote edayildiz 29-12-2023 05:26 PM
diet sikit kak
tiber
Quote Ahriman 29-12-2023 07:59 PM
Belibis replied at 29-12-2023 02:14 PM
Sihat walafiat acik pulis epot..

Quote theotherfriend 29-12-2023 08:04 PM
Belibis replied at 29-12-2023 02:14 PM
Sihat walafiat acik pulis epot..

high preg kot...muka dia kecik je..
Quote twins 1-1-2024 03:50 PM
dia menunggu nak fly ?  bukan ke kalau dah 7 bln pregnant tak boleh fly dahn ?
Quote Rdizz 1-1-2024 04:31 PM
Edited by Rdizz at 1-1-2024 04:35 PM

Yg minggu lepas sorang pompuan ni dlm tahanan immi dlm proses nk hntar balik indon.

Eh yg ni baru lagi, kes lain kot. Kes sama ke lain entah.
Quote ultra78 1-1-2024 05:20 PM
Kenapa aku nampak akak tu lebar semacam. Atau ilusi optik sahaja?

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.044827 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top