CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Pergi Jahanam Dengan Originaliti," - Individu Pertahankan Produk Sambal Nyet Ciplak, Anggap Meniru Tak Salah Pun

29-12-2023 11:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 32425| Komen: 123

Description: Kecoh di media sosial baru-baru ini mengenai seorang usahawan yang didakwa meniru jenama Sambal Nyet milik pempengaruh Khairul Aming.
Kecoh di media sosial baru-baru ini mengenai seorang usahawan yang didakwa meniru jenama Sambal Nyet milik pempengaruh Khairul Aming.

Disebabkan itu, Khairul Aming bertindak mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang tidak bertanggungjawab itu.


Bagaimanapun, ada juga individu yang menyebelahi perbuatan tersebut dengan menyatakan bahawa tindakan itu boleh diterima kerana dianggap hanya ‘meniru’ dan bukannya ‘menipu’.

Foto: X

“Pergi jahanam dengan originaliti. Kita semua belajar dengan meniru. Kononlah idea kita “asli” sangat. Padahal bisnes kita pun banyak cedok sana sini.

“Kalau dia cakap itu sambal Khairul Aming, itu salah. Tapi dia cakap itu bukan sambal Khairul Aming. Siap bagi nota terima kasih lagi.

“Tak salahlah meniru, yang salah menipu,” tulis individu itu.



Kenyataan itu tidak disambut baik oleh netizen di mana rata-ratanya menganggap perkara yang diperkatakan sebagai sesuatu yang ‘bodoh’.

Antara komen yang diterima:

“Patut bodoh. Asyik meniru rupanya,”

“Tak penat ke jadi bodoh acah-acah pandai ni,”

“Suka buat kenyataan tak pakai otak dan tiada akal fikiran semata-mata nak tarik perhatian je.”

Sekadar info, produk tiruan yang diberi nama Sambal Nyet Khairi sebelum ini mengelirukan orang ramai dengan rekaan bungkusan yang hampir 100% sama dengan yang asal.

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 29-12-2023 11:35 AM
Semoga ko melingkup lah ek.
Ko nk buag smbl mcm ka tuh buatlah...tp yg ko bantai tiru bulat2 dr segi packaging n nama tuh dh kenapa? Shiallll
Quote asamfish 29-12-2023 11:42 AM
hmmmmm...ni lebih kurang mcm kelek lv gucci segala yang 'original imitation' grade abcd
Quote rospinki 29-12-2023 11:43 AM
meniru mcmana label ke branding? kalau produk seakan sama rasa tapi pengeluar lain tu dikira meniru jugak ke?
Quote tahanie 29-12-2023 11:53 AM
jangan bagi dia reaction. sampah semua ni
Quote Decaffeinated 29-12-2023 11:57 AM
ada patent tak?
Quote alieyrina 29-12-2023 12:01 PM
Jumpa sambal onyet kat sopi. Ofer murah so beli yg tu la. K.aming nya sambal belum tegerak hati nak beli
Quote mojarean_X 29-12-2023 12:03 PM
Sambal x sedap pun gigih orang tiru
Quote jari10 29-12-2023 12:03 PM
Bodonya la mamat tu..itulah bodoh tak boleh diajar. Sengaja nak tarik perhatian ke apa tu
Menipu dengan secara meniru
Meniru tak salah katanya
Bagi analogi dgn part ibadah pulak. Dia belajar solat, etc secara meniru katanya
Eh, dlm Islam part ibadah tak dibenarkan taqlid bodo2 ya!
Quote gangerina 29-12-2023 12:05 PM
rospinki replied at 29-12-2023 11:43 AM
meniru mcmana label ke branding? kalau produk seakan sama rasa tapi pengeluar lain tu dikira meniru  ...

tgk apa yg di IP kan...maybe ada ground utk bantah dari segi likeness...tak tau pulak kalau term sambal berapi tu di IP kan, sbb kalau tak tak silap wording general mcm tu selalunya IPO malaysia tak bagi register, kalau tak silap la.
Quote jari10 29-12-2023 12:05 PM
mojarean_X replied at 29-12-2023 12:03 PM
Sambal x sedap pun gigih orang tiru

Sedap tak sedap is subjektif.. Lagi pun dia jual branding ya
Cipta nama dan jenama dulu then jual produk
Quote shamsadis 29-12-2023 12:08 PM
nasib baik Khairul Aiming ada buat patern, lawan di mahkamah je lah
Quote iolss 29-12-2023 12:10 PM
ni msti antara org2 yg sllu beli brg fufu acah ori kt tiktok ni.. duhhhh
Quote Cyempaka 29-12-2023 12:11 PM
nampak bodo benar orang ni. boleh je kau nak jual sambal tapi letak la nama lain, packaging lain. ini sebijik sejebon dah kenapa.. sampai label packaging yg begitu buruk pun kau tiru jugak, teruk sgt ke kepala otak kau xbleh pikir design lain
nampak sgt kau nak kelirukan orang kan
Quote Suchi 29-12-2023 12:11 PM
Sajaa la bg pendapat lawan arus barulah viral dan ramai komen

Padahal ntah sapa2 ntah.
Quote fofuler 29-12-2023 12:13 PM
Ni macam beras faiza vs beras faiz dulu...
Quote airmineral 29-12-2023 12:14 PM
mesti dia jenis yg meniaga tiru org
moga dia juga ditiru baru dia tau
Quote edayildiz 29-12-2023 12:14 PM
saman sekaii yg backup tu
buat la nk buat sambal nyet ke apa..tp botol, pakckaging tu pun ko nk tiru ..bebal
xde idea sendiri???
Quote Belibis 29-12-2023 12:19 PM
fofuler replied at 29-12-2023 12:13 PM
Ni macam beras faiza vs beras faiz dulu...

Tu anak lawan mak..takde la kecoh.cuma pengguna yang mungkin tersalah beli.
Quote AznieBunnie 29-12-2023 12:21 PM
fofuler replied at 29-12-2023 12:13 PM
Ni macam beras faiza vs beras faiz dulu...

ya betul.
Faiza menang kan?
Faiz tu anak Faiza tu.... gila ah~

Lihat semua komen(123)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.081543 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top