CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pintu Kereta Calar Sebab Enggan Bayar RM15! Kak Long Bukit Bintang Makin Berani Peras Ugut Duit Parkir

29-12-2023 11:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 26701| Komen: 4

Description: Kegiatan 'ulat parkir' terutamanya di ibu kota semakin berleluasa bak cendawan tumbuh selepas hujan.
Kegiatan 'ulat parkir' terutamanya di ibu kota semakin berleluasa bak cendawan tumbuh selepas hujan.

'Ulat parkir' merujuk kepada mereka yang mengawal dan mengatur kenderaan di kawasan tertentu di samping mengenakan caj tidak masuk akal.


Lebih merisaukan apabila dikatakan sindiket 'ulat parkir' berkenaan boleh bertindak agresif sekiranya permintaan mereka itu tidak dipenuhi.


Foto: mStar

Begitulah kisah hitam yang dikongsikan seorang wanita ketika memarkir kenderaannya di sebuah lot parkir berhampiran Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Bercerita lanjut di platform TikTok, individu itu berkata dia terkejut apabila melihat terdapat kesan calar pada badan keretanya yang didakwa sebagai perbuatan khianat.

Tambah individu tersebut, dia mengesyaki pelaku vandalisme itu adalah ahli sindiket 'ulat parkir' terbabit.

"Ada orang ni ugut minta aku bayar RM15 untuk parking. Aku tak nak bayar sebab fikir sesuka hati dia je nak claim itu tempat letak kereta dia.


"Lepas tu tengok apa jadi dekat kereta aku," kata individu tersebut sambil menunjukkan beberapa kesan calar pada keretanya dipercayai kesan torehan objek tajam.

Menurut wanita itu dia sudah membuat aduan kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung insiden berkenaan.

Berdasarkan salinan laporan itu, wanita berkenaan mendakwa dua wanita warga tempatan dan tiga lelaki rakyat Bangladesh memungut duit parking tanpa lesen daripada DBKL.

"Jika enggan bayar, wanita yang bernama ‘kak Ara’ ugut untuk melakukan sesuatu kepada kereta kami," tulisnya dalam aduan berkenaan.

Perkongsian wanita berkenaan turut tular di beberapa platform media sosial lain termasuk laman X.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya berasa gerun melihat ada pihak yang sanggup bertindak sedemikian rupa hanya kerana mahu memeras ugut caj parkir.

"Aku pun tak setuju nak bayar dekat 'ulat parkir', tapi mengenangkan kereta boleh kena calar, aku rasa kita dah tak ada pilihan. Harap pihak berkuasa cepat bertindak.

"Kawasan Bukit Bintang memang penuh 'ulat parkir', kalau nak elak, park jauh sikit dekat Sungai Weng, cuma berjalan jauh juga la, penat menapak.

"Kalau aku datang Bukit Bintang bawa kereta lama yang dah buruk, aku hadap je 'ulat parkir' ni, tak kisah la kereta kena calar pun.

"Tapi kalau bawa kereta baru beli, mungkin fikir dua tiga kali juga. Bayar 'ulat parkir' RM15, kalau kena calar mahu beribu kos nak cat balik," kata warga maya.

Tidak kurang juga warga maya yang berkongsikan tip untuk mengelakkan diri daripada perlu membayar 'ular parkir'.

"Kalau mereka datang minta duit, berlakon je cakap yang kau ni anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), mesti mereka terus takut.

"Cakap je kau dah bayar dekat orang lain, mereka bukan ada sistem lengkap pun nak pantau kita dah bayar ke belum. Tak pun cakap je kau tak ada cash (wang tunai), pandai-pandai menipu.

"Geram dengan 'ulat parkir' ni, minta duit laju betul, macam la tanah tu hak milik mereka," ujar warga maya berkongsi buah fikiran.

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 29-12-2023 11:06 AM
Da Lama da isu joki haram ni sejak zaman 90an lg. Sbb tu kdg2 org mls nak bising bayar je sbb takut kereta kena calar.

Bezanya dulu2 bayar 2,3 ringgit jer.
Quote tahanie 29-12-2023 12:05 PM
situ banyak basement parking kan. masuk lah.
Quote Orix 30-12-2023 06:03 PM
Pihak berkuasa x buat kerja ke ? Kalau kt petaling street tu pn ramai ulat parkir. Kt melaka area kg hulu pun sama. Kt Ipoh pun hader. Lemah betul Malaysia ni punya kuatkuasa.
Quote stingergrumpy 30-12-2023 06:06 PM
tahanie replied at 29-12-2023 12:05 PM
situ banyak basement parking kan. masuk lah.

Dlm  keadaan cuaca hujan lebat  yg acapkali menyebabkheun flashflood....ko berani park at basement?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.111293 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top