CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Gadis Hilang 4 Hari Sebab Merajuk, Bapa Masih Belum Tahu Ke Mana Dia Pergi Atau Siapa Yang Hantar Balik Kampus

29-12-2023 10:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12687| Komen: 17

Description: JOHOR BAHRU – Seorang bapa melahirkan kelegaan setelah anak gadis yang dilaporkan hilang sejak empat hari lalu ditemui di kampus Politeknik Merlimau, Melaka kelmarin.
JOHOR BAHRU – Seorang bapa melahirkan kelegaan setelah anak gadis yang dilaporkan hilang sejak empat hari lalu ditemui di kampus Politeknik Merlimau, Melaka kelmarin.

Junandi Tanjung Mansurdin, 58, berkata, kehadiran Balqish Mayshara, 18, disedari rakan sebiliknya sebelum menghubungi ahli keluarga kira-kira pukul 11 malam.


Katanya, dia bersama seorang lagi anak bertolak dari Masai, di sini pada pukul 8.30 pagi menuju ke Balai Polis Merlimau ketika pihak polis mengambil ketera­ngan Balqish Mayshara.


Foto: Kosmo

“Saya merasa sangat bersyukur anak perempuan saya dalam keadaan selamat, runsing saya memikirkan keadaannya sejak beberapa hari lalu apabila hilang tanpa khabar berita.

“Namun, saya masih belum tahu ke mana dia menghilang sebelum ini atau siapa yang menghantarnya pulang ke kampus. Apa yang saya tahu Balqish sudah ditemui dalam keadaan.


“Saya tunggu dia selesai beri keterangan sebelum membatalkan laporan kehilangan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Difahamkan, remaja itu menghilangkan diri disebabkan merajuk.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kehilangan pelajar tahun pertama Politeknik Merlimau yang tidak pulang ke pangkuan keluarga selepas keluar dari kampus, pada Ahad lalu.

Anak keenam daripada tujuh beradik itu kali terakhir dapat dihubungi adalah pada 21 Disember lalu.

Junandi berkata, dia bersama anaknya akan membuat rayuan kepada pihak politeknik untuk membenarkan gadis itu menduduki peperiksaan terakhir yang dijadualkan semalam.

“Semalam, saya dihubungi pensyarah Balqish bertanyakan kenapa dia tidak hadir menduduki peperiksaan itu.

“Jadi, selesai urusan di balai polis ini, saya akan ke Politeknik Merlimau pula, harap dia boleh diberikan peluang kedua untuk ambil peperiksaan itu,” ujarnya.

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 29-12-2023 10:22 AM
ape hal ko dik?xkesian mak bpk ko rungsing mikirkn psl ko
Quote ninja boy 29-12-2023 11:27 AM
Mak bapak toxic ka rumah macam neraka tu pasal x mau balik, ada mak bapak tapi anak dibiarkan macam yatim piatu gelandangan
Quote nolya 29-12-2023 05:35 PM
Edited by nolya at 29-12-2023 05:54 PM

Nampaknya makayah hari ini harus ambil pendekatan membaiki hubungan antara makayah dn anak. Makayah harus lebih mendekati anak2 spt bersahabat dn kena sllu bertanya2 jika anak2 ada masalah pelajaran apa lagi peribadi. Makayah mcm dah tak boleh lagi bersikap terlalu garang, mengongkong dan tak boleh itu-ini serba serbi.  Anak2 zmn ini pun mudah sensitif dn rebelius.  Terlalu banyak pengaruh tak sehat di luar sedangkan anak2 pula terlalu ikutkan hati.  Sikit2 merajuk, sikit2 nak lari.
Jika ada hal2 yg tidak berkenan di hati makayah, maka terangkanlah kenapa hal itu tidak dibolehkan. Slow-talk dgn anak2 dn berilah pengertian kpd mereka segala  akibah/risiko yg mugkin terjadi. Tak kiralah anak llaki atau pompuan, memasing ada tingkah yg boleh buat makayah pening memikirkannya. Remaja llaki boleh terjebak dgn aktiviti yg tak sihat: dadah, rempit, memandu tanpa lesen sementara yg pompuan pulak terlalu berkhayal mencari glamor, nakal tak tentu hala. Tanamka erti malu kpd anak2 pompuan dgn menjaga tatatetib, kata2, sopan dn berpakaian.  

Cara orang2 dulu jaga anak patut diitiru kembali, iaitu waktu maghrib, anak2 harus sudah di rumah, siap mandi dan solat maghrib. Selesai solat, mengajilah sekadar sehelai-dua halaman.  Pastikan anak2 kemudian buat homework sekolah dn taat kpd pelajaran. Makayah juga harus bijak menerapkan rasa pengertian (understanding) dan pertanggungjawaban bersama. Semoga sama2 nanti akan mengerti dan tidak menyesal di belakang hari.

Satu iklan PETRONAS yg betul2 melakat di hati saya ialah iklan seorang ibu (india) berpesan2 kpd anaknya dgn kata2 "Do't break my heart".
Sangat besar ertinya.  Syabas kpd penulis skrip iklan trs.
Quote grouper 29-12-2023 05:42 PM
Masalah ngan jantan ke atau family lagi merunsingkan fikiran
Quote tumpanglalu74 29-12-2023 05:43 PM
Mohon cek kesan koyakan..
Quote gekkou 29-12-2023 08:18 PM
tampar dulu sedas
Quote anggeriklatifah 29-12-2023 09:16 PM
9 bulan kemudian...
Kuek kuek kuek kuek
Quote sukacactus 29-12-2023 09:28 PM
Menyusahkan parents je la
Apa sgt la merajuknya tu sampai berhari2 hilang
Baik2 ye, skrg sana sini org kena bunuh zasss! Just like that
Quote hanihan16 29-12-2023 09:35 PM
kot iye merajuk pun sampai tak ambik exam. tertekan belajau atau family problem ke dik.. ke ngko tak nak course tu tp bapak ko paksa? atau pun family ko baik2 sahaja tp ko yg gedik?
Quote AbukRokok 29-12-2023 09:36 PM
Byk sgt mkn jeruk udang (bud0,cencalo)0
Quote batmana 29-12-2023 09:38 PM
buatla skrip biasa, kene pukau

setel mslh
Quote cmf_premierleag 29-12-2023 09:43 PM
Aku syak budak ni gedik
Dah la nama penuh ko dh terpampang dlm news....esok2 masa majikan nk buat b/ground cek,terjmpe lak nama ko ni, sah2 la takde majikan nk hire ko dik
Padan muka sbb ko bakalan jobless.
Nak buat sesuatu tp x pikir panjang
Quote Ayda89 31-12-2023 02:42 PM
Harap bukan pergi bercuti dengan boyfriend la, kesian mak bapak
Quote noor2 31-12-2023 02:56 PM
Mengada betul budak ni..elok la dihalau terus dari rumah jgn balik2 kalau  dah buat perangai mcm ni..kecik2 x ingat mak bapak kau bela mcm mana..dah besar dah berjaya melawan org tua..
Quote fefeeling 31-12-2023 03:04 PM
Kuaser la nk lari2 rumah ni dik.. aku masuk skola asrama pun tetiap minggu fly balik umah nk makan mak masak sedap, baju pun leh basuh kering aman2.. paling penting duit blanja tak putus kang nak pegi mengopi kt dome klcc lepas tusyen dgn geng2 dress up cam britney, xtina aguilera
Quote mawardia 31-12-2023 03:24 PM
Bahalul betul jenis merajuk mcmni. Menyusahkan org! Dah besar dah masuk poli x boleh guna ke otak tu. Tak kesian ke mak bapak. Dah lah x amik exam! Tolong lah lempang budak ni.
Quote edayildiz 31-12-2023 04:21 PM
Edited by edayildiz at 31-12-2023 04:23 PM

kalau bapak i..i seram nk buat gini
tp ayah i xpnh tampar ank..cuma kalau dia bebel tu kita takut la..
i pernah hilang masa tusyen..
xingt la drjh berapa form 3 kot..
i pergi tusyen kazen hntr..pastu dia tinggalkn i pergi sndiri..lintas jln..sbb jem..ayh i call umah..semua ckp sy dh p tusyen..ayah ngn mak i p tgu dpn tmpt tusyen 5.30..i keluar lmbt sikit..dorg ckp berdebar sgt tkt kena culikk tp xnk kalut kalut tgu keluar tusyen dlu...sbb i ni wpn umo 15..i xcomot.
i cantikk gitu utk bdk remaja..gitoh..
sejak itu ayh i sndiri akan hntr pergi tusyen.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.056519 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top