CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Tengah Sarat Hamil Anak Pertama, Suami Maut Terjatuh Dari Ketinggian 32 Meter Ketika Bekerja

29-12-2023 09:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9111| Komen: 29

Description: Hashtag #JusticeForAhmadYusof dapat dilihat di media sosial selepas tularnya kisah seorang pekerja yang maut di sebuah kilang pada awal pagi Khamis.
Hashtag #JusticeForAhmadYusof dapat dilihat di media sosial selepas tularnya kisah seorang pekerja yang maut di sebuah kilang pada awal pagi Khamis.

Menerusi hantaran Facebook, seorang individu mendakwa mangsa, Ahmad Yusof terkorban selepas terbabit kemalangan di sebuah kilang di Banting, Selangor.


Apa yang lebih menyedihkan, individu itu berkata isteri Allahyarham kini sedang sarat mengandung dan pasangan berkenaan sedang menanti kelahiran cahaya mata yang pertama.


Foto: mStar

"Salam takziah buat seluruh ahli keluarga arwah. Semoga ada keadilan untuk arwah. Kilang di Bandar Mahkota, Banting, Selangor tak nak bertanggungjawab atas kematian arwah.

"Tolong viralkan. Arwah mempunyai isteri yang tengah sarat mengandung anak pertama mereka," ujar individu itu.

Dalam hantaran sama, individu itu turut berkongsi kronologi kejadian dan mendakwa pihak kilang cuba mengalihkan mangsa supaya kes dapat ditutup serta merta.


Dakwanya lagi, Ahmad Yusof tidak menghembuskan nafas terakhir di hospital, sebaliknya meninggal dunia di tempat kejadian.

"Arwah sedang menjalankan pembersihan di lantai atas (belting) dengan ketinggian 32 meter. Waktu pembersihan, arwah tersangkut di belting, tertarik dan menyebabkan arwah jatuh dan meninggal di tempat kejadian.

"Pihak kilang tidak mahu bertanggungjawab lalu menyuruh dan memaksa pekerja yang lain untuk mengangkat arwah dan dialihkan ke tempat lain supaya kes ini dapat ditutup dengan serta merta. Arwah dihantar ke hospital menggunakan van putih.

"Saya mendapati cerita arwah masih lagi hidup sewaktu di hospital itu hanya cerita yang tidak betul semata-mata untuk menutup kes di tempat kejadian, report mengatakan arwah meninggal di jalan," dakwanya lagi.

Selain Facebook, kisah mengenai kematian pemuda itu turut tersebar menerusi laman X dan TikTok sehingga meraih perhatian netizen yang mahu arwah diberikan keadilan sewajarnya.

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cassieopeia 29-12-2023 09:48 AM
kilang mane tu? moga ada pembelaan. kesian isteri tu takziah
Quote Suchi 29-12-2023 09:55 AM
Kenapa tanak tanggungjawab?

Quote mizruncing 29-12-2023 09:56 AM
ni la yg viral dari smlm. harap ada pembelaan. kesian isteri arwah
Quote pembacagosip 29-12-2023 10:01 AM
ye topinasi pun ada cover pasal ni
moga ada pembelaan buar arwah dan keluarga
kesian isterinya
company kejam kalau lepas tangan
Quote prettyuglybabe 29-12-2023 10:05 AM
Suchi replied at 29-12-2023 09:55 AM
Kenapa tanak tanggungjawab?

tak nak menjawab dengan OSHA kot..
tak pun ada benda illegal mana-mana..
Quote Suchi 29-12-2023 10:14 AM
prettyuglybabe replied at 29-12-2023 10:05 AM
tak nak menjawab dengan OSHA kot..
tak pun ada benda illegal mana-mana..

Rasanya camtu smlm tertengok vtt pasal taman air safari lagoon yg duk atas bangunan tu

Ditutup gara2 selama ni beroperasi tanpa lesen.
Semuanya bermula bila ada kematian aneh staff dorang yg kena sedut masa bersihkan kolam tu.

Kalau takda  kes kematian staff tu takda sapa sedar taman tema tu takda lesen pun selama ni.

Maybe kilang ni pun sama menyembunyikan benda2 illegal kat mana2, SOP pun agaknya kelaut.
Quote adizero11 29-12-2023 10:23 AM
Mana ada tokey mau rugiiiiiii..syibaiiiii punya kilang
Quote black_handbag 29-12-2023 10:26 AM
semoga ada pembelaan.. kalau meninggal masa bekerja tu banyak boleh dituntut tu sepatutnya
Quote cmf_PariS 29-12-2023 10:29 AM
black_handbag replied at 29-12-2023 10:26 AM
semoga ada pembelaan.. kalau meninggal masa bekerja tu banyak boleh dituntut tu sepatutnya

tanak bayar le ni.. mati masa bertugas insurance tinggi wooo
Quote syamzana 29-12-2023 10:41 AM
kejinya company mana ni nape tak reveal??
semoga kematian arwah dpt pembelaan, dpt pampasan sepatutnya even tak blh hidup balik at least dpt duit utk anak bini dia.
Quote mejaputih 29-12-2023 10:46 AM
Ntah2 conpany ni x carumkan pekerja dia dgn socso?
Quote Buritan 29-12-2023 10:49 AM
Suchi replied at 29-12-2023 09:55 AM
Kenapa tanak tanggungjawab?

Tak nak bayo insuran tinggi.. duit duit duitt duittt..
Quote Buritan 29-12-2023 10:51 AM
syamzana replied at 29-12-2023 10:41 AM
kejinya company mana ni nape tak reveal??
semoga kematian arwah dpt pembelaan, dpt pampasan sepatutn ...

Bagi ajelaa hak isteri dan anak dia . Kang kalo dpt pmpasan pulak adik beradik laki pulak menyusunnn.. susah jd pompuan..
Quote IzzahF 29-12-2023 10:51 AM
tak carum ni, atau tak renew caruman. sbb tu tak boleh nk claim. takut kena saman le tu
Quote otai_g 29-12-2023 10:59 AM
Keje yg membabitkan ketinggian ni kalo ikut law mn blh main belasah je. Pihak syarikat kena bekalkan semua safety tools tip top. Kalo siasat kes ni mesti ada lompong2 punya. Cutting cost ma.
Quote Mary_jane 29-12-2023 11:09 AM
Moga ada keadilan untuk arwah & keluarga. Kilang mesti hiding something sebab tu tak nak bertanggungjawab. Bagus ada kawan kerja yang tolong viral.
Quote ninja boy 29-12-2023 11:09 AM
Abisla jawatan company kena standby 50k
Kadang2 majikan dah betul2 jaga safety tapi pekerja ada degil pergi lompat tiang ke tiang serupa acrobatic
Quote mama_cat 29-12-2023 11:27 AM
mesti lompong ja safety ni... kenapa tak pakai harness? aku keja kilang US, nak panjat tangga cuci mesin pun kena berharness bagai, telinga kena sumbat plug, tak pakai safety google kena warning letter..
Quote kucingitam 29-12-2023 01:57 PM
jgn salahkan kilang je isu keselamatan ni. kadang klang dah jenuh suruh ikut sop, bekalkan segala ppe..kau toleh belakang je, dia buat sarkis kat situ.. mcm firumer atas tu sebut le, dia lompat dr tiang ke tiang

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.056609 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top