CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berang Dapat Jiran Suka Merokok Di Balkoni, Bau Asap Melekat Di Pakaian!

29-12-2023 09:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5253| Komen: 37

Description: Seorang lelaki nyaris hilang sabar dengan sikap endah tak endah jirannya yang merupakan perokok tegar.Menurut lelaki itu, dia menetap di rumah pangsapuri dan jiran berhampirannya sentiasa melepaskan a ...
Seorang lelaki nyaris hilang sabar dengan sikap endah tak endah jirannya yang merupakan perokok tegar.

Menurut lelaki itu, dia menetap di rumah pangsapuri dan jiran berhampirannya sentiasa melepaskan asap rokok yang mengganggu ketenteramannya.


Menerusi tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp, lelaki itu dilihat cuba menegur secara berlembut tetapi hanya menerima jawapan balas yang sambil lewa.


Gambar Hiasan

"Salam, kepada jiran di unit ###, tolonglah kalau boleh jangan merokok dekat balkoni lagi. Saya ada sidai baju bayi dan selalu terkena asap rokok," tegur lelaki itu dalam grup WhatsApp secara terbuka.

"Waalaikumsalam, kami faham kesulitan tuan tapi kami rasa sangat leceh sekiranya dikehendaki turun ke aras bawah (basement) semata-mata untuk hisap rokok.

"Sebelum ni ada juga pemilik unit ### yang minta kami rokok ke kanan sedikit, kami segera turutkan. Tapi untuk pergi merokok di aras bawah, kami rasa agak berat untuk kami persetujui.


"Tapi kami ambil maklum tentang aduan yang dikemukakan, sebagai solusi untuk semua, kami tidak akan lagi merokok di balkoni selepas waktu tengah malam," kata jiran terbabit.

Seterusnya, jiran tersebut dilihat cuba menoktahkan perbincangan dengan kata akhiran yang baik.

"Semoga dipermudahkan segala urusan," tulisnya sambil disertakan emoji berdoa.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya menyelar tindakan jiran itu yang tidak bertimbang rasa.

"Hidup masing-masing dah cukup membebankan, janganlah lagi mahu jadi bebanan kepada orang sekeliling.

"Dia kena sedar yang dia tu hidup berjiran, jangan menyusahkan orang, memang menguji kesabaran betul kalau ada orang macam ni, semoga segala urusan dia tidak dipermudahkan.

"Tolong faham, bagi sesetengah orang, bau asap rokok ni memang boleh terus spoil mood. Dah la boleh bagi penyakit juga, kotor pula tu.

"Kepada pengadu, mungkin boleh cuba sidai baju bayi dalam rumah, tapi basuh guna sabun indoor laundry, kalau tak nanti baju bau kepam," kata warga maya.

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 29-12-2023 09:51 AM
meols penah je ada jiran merokok kat balkoni macam ni, habis baju2 meols baru rokok yach. Memula tu macam pelik camna ada bau rokok melekat kat baju, pastu tak lama kantoi jiran sebelah tengah menghembus. Ïngatkan laki, rupanya pompuan, indon 2 orang.

masa tu meols macam spontan membebel lite2 gitu, maybe diorang terdengar, esoknya dah tak merokok kat situ lagi

boleh je kan kau merokok dalam toilet rumah kau. Para perokok ni takyah la nak rasa terpaling boleh hembus asap kat mana2 yach, kau bayangkan je kalau orang kentut semberono waima depan muka kau setiap masa, kau suka? atau orang suka suki lepaskan gas ammonia selamba je persis kau selamba hembus depan orang, apa perasaan kau nyah? haa mesti kau bising kan? haa camtu la jugak perasaan orang yang tak merokok tapi terpaksa hadap perangai hanat ngkorang..

benda tu common sense la chuols..
Quote Thunderclouds 29-12-2023 10:08 AM
Hahahaha..
Gitu ler dok apartment.
Dh lalui belas² tahun ngn penoh kesabaran.
Dok landed pn ada mcm² peel.
Mana² pn sama lah kalo ko marhaen.
Nk aman dok gua sensorg.
Quote hayrin86 29-12-2023 10:12 AM
Edited by hayrin86 at 29-12-2023 10:15 AM

Mesti orang ini bukan perokok kan.. Mujur taknah minat layan merokok apa semua..
Quote shernazz 29-12-2023 10:12 AM
Orang yang merokok kat luar MCM kat kedai Makan ke..elok korang kentutkan depan dia..
Baru merasa asap sedut..siap dgn bau kentut skali..
Ada skali iols ngah Makan..Ada meja sebelah merokok...
Kebetulan iols ada Febreze..iols sembur sebelah iols kengkonon nyah bau...
Buih2 perangkap asap rokok gitchuu
Quote ninja boy 29-12-2023 11:37 AM
Sbb itu anak2 depa kena asma kena kanser keturunan depa dah kena penyakit pernafasan satu kerja kau hadap kos rawatan anak yg asma lelah dll
Quote rospinki 29-12-2023 11:39 AM
jiran cina iols tkt atas pernah kena ambush dgn iols sebab suka buang rokok jatuh kt koridor umah. satu hari tu aku ketuk pintu dia tak ngaku pdhal dari parking pernah nmpk uncle to smoking kt koridor umah dia. lepas tu takde dh smpi skrg.
Quote IzzahF 29-12-2023 11:46 AM
mcm jiran aiols, asal nk merokok dia pg porch. hape dia ingat asap rokok tu boleh ikut arahan dia ke? siap dia alih2 kan asap guna tangan suh pg jauh2. package bodo melantun2. dah ttu2 dia ikut je mana angin pegi last2 masuk dlm rumah aiols. merokok serupa naga, bila kita tegur dia kata eh takde apa..anak2 sy semua kuat2 ok je kalau sy smoking dorang da biasa

ha last 3 months biniknya terberanak awal sbb placenta abrution. salah satu factor sbb rokok. baru ko tau gelabah tetet berdarah2 melimpah2, tp still la merokok mcm nk gila jugak.

yg penting bior kene kat keturunan sndiri, jgn kena org lain sudah
Quote iolss 29-12-2023 11:59 AM
oh men rengsanya dpt jiran spesis gini.
i despise org merokok dpn i. anti gile..
thats why laki i mls lepas mamak dgn i. sbb sllu bikin dia malu. sbb i akan pandang n jeling mmbe tu smpai nk tekeluar bijik mata. which part of not smoking yg terpampang tu ko xpahamm sibat. ha gituuu hahahaha
stkt i dok aprtment blm jmpa lg jiran gini. alhamdulillah
bl ddk landed, mslh taik kencing kucing jiran pulak yg menghantui iols. apalah nasib
klau blk kg lak, sume tau dah merokok nunn jauh smpai ke luar pgr sbb tkt kn bebel.
Quote krustykrab 29-12-2023 12:14 PM
Esok beli ubat nyamuk.. setiap kali nmpk dia tgh merokok, ko pun start menyamuk.
Pastikan letak kipas angin hala ke luar.
Quote iman_kasih 29-12-2023 12:14 PM
Iols x suka bau asap rokok atau vape ni..mmg boleh spoil mood. Utk kes di atas, beli je dryer.  Hilang masalah bau melekat tu. Hangpa pun x stress.
Quote pearl.silver 29-12-2023 01:02 PM
I berang juga dgn jiran i bkr kemenyan ats tembok sempadan umh i ni
Bkn baju tgh sidai je melekat.langsir ruang tamu smpi langsir bilik master kt ats pun melekat bau,
Quote IzzahF 29-12-2023 03:40 PM
ctaf replied at 29-12-2023 02:59 PM
Sama..pakcik dah tua pulak tu..nak tegur kang mcm biadab pulak..sbb rumah dia kan..dahla pagi2 mer ...

tula, ppuan2 yg berlakikan heavy smoker ni pun mcm bahlol semacam. tak berani ke nak tegur laki tu? sanggup la tadah benih org yg merokok. asal berlaki ke apa? sikit takde malu ke jiran2. senang je ckp nk merokok boleh asal jgn dlm rumah...g luar. ha mampoi anak org la tak pasal. dah tu bodo satu hal..asap rokok tu melekat la kat baju2 dia, jadi darah daging sekali, mendapat ko benih perokok tegar sekali. padan la muka


Quote yoppoy 29-12-2023 03:46 PM
Dulu pernah dok condo, now dah selamat pindah ke landed tapi tak leave fb group condo tu lagi. Saja suka tengok orang jual barang makan. Banyak la dok complain pasal baju bau asap rokok ni, package perangai capruk suka baling puntung tak padam lagi. Kena kat rumput carpet/baju jiran memang shilake

Belum kira hat terus pacak bbq di balcony rumah. Kuban2 je sejak owner banyak rent out buat asrama pekerja. Lower-mid cost condo ingatkan hellok la sikit ferangais. Siap ada telur, used menstruation pad package sekali dengan condom berisi berterbangan. Takde beza ngan pprt dah
Quote tokchik 29-12-2023 03:55 PM
pearl.silver replied at 29-12-2023 01:02 PM
I berang juga dgn jiran i bkr kemenyan ats tembok sempadan umh i ni
Bkn baju tgh sidai je melekat.la ...

naikkan tembok sampai bumbung rumahpasti dia dah tak leh letak dupa keminyan dia atas tembok tu


Quote my_irina 29-12-2023 04:04 PM
duk condo masalah gitu
duk landed plak masalah kucing jiran berak kencing merata di halaman rumah
kene duk mana lagiiiiiiiiiii
Quote Skuau 29-12-2023 04:21 PM
my_irina replied at 29-12-2023 04:04 PM
duk condo masalah gitu
duk landed plak masalah kucing jiran berak kencing merata di halaman rumah
ke ...

marikh....
Quote TOPwind 29-12-2023 07:02 PM
Pasang smoke detector
pasang 2
bila dia merokok pasti bunyi

Quote Kurex 29-12-2023 07:33 PM
Iols pulak ada orang masak2 dekat rempat penyidai pakaian.. bau minyak jah baju2 weols yg berhampiran
Quote Firenzza 29-12-2023 07:37 PM
IzzahF replied at 29-12-2023 03:40 PM
tula, ppuan2 yg berlakikan heavy smoker ni pun mcm bahlol semacam. tak berani ke nak tegur laki tu ...

Tu la cmne gamaknya comolot dgn tok laki
...mulut bau tungkik...euww

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.051215 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top