CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kereta Lama Asyik Rosak, Dah Penat Baiki- Fuad Hadiahkan Tom Kereta Baharu

27-12-2023 01:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9836| Komen: 25

Description: Tom menerima kejutan daripada suaminya yang juga penyanyi Fuad Rahman menghadiahkan sebuah kereta baharu kepadanya.
Tom menerima kejutan daripada suaminya yang juga penyanyi Fuad Rahman menghadiahkan sebuah kereta baharu kepadanya.

Berita gembira tersebut dikongsikan Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Azal Raja Ikram di Instagram, baru-baru ini.


Foto: IG

Menurut Tom, dia akhirnya dapat menarik nafas lega apabila kereta miliknya sebelum ini sering rosak dan penat untuk dibaiki lagi.

“Disebabkan kereta Nissan Latio Tom selalu rosak… Fuad tak larat nak repair selalu.

“Jadi harini suami kita hadiahkan kita kereta Honda HRV RS untuk Tom.. Alhamdulillah,” tulisnya teruja.



Perkongsian tersebut turut memaparkan foto Tom dan Fuad bergambar bersama kereta baharu.

Dalam pada itu, peserta program Famili Duo ini mengucapkan terima kasih tak terhingga buat suaminya yang menghadiahkan kereta baharu buatnya.



“Terima kasih banyak-banyak suamiku Fuad Rahman untuk hadiah yang besar ni.

“Tom happy sayang sangat kat abang.. yayy Tom dah ada dua bijik kereta nama Tom… Love abang sangat…Tom doakan abang murah rezeki amin,” luahnya.



Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 26 Februari lalu di Batam, Indonesia.

Untuk rekod, Tom pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan dikurniakan tiga cahaya mata lelaki. Manakala Fuad pernah berkahwin sebanyak dua kali dan mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan pertama.

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TerataiMelur02 27-12-2023 01:52 PM
Tahniah ler
Quote I.K.A888990 27-12-2023 02:19 PM
fuyooooooooooooooo baby baru kereta baru
next apa lagi
Quote Belibis 27-12-2023 02:26 PM
Bulanan sapa bayar??
Quote Burong_Hantuk 27-12-2023 02:45 PM
Quote ecahaha 27-12-2023 02:52 PM
aku je ke yg rasa cm lama tul dia peknen hahaha rs cm bulan berganti bulan
Quote rayna_raynes 27-12-2023 03:35 PM
ecahaha replied at 27-12-2023 02:52 PM
aku je ke yg rasa cm lama tul dia peknen hahaha rs cm bulan berganti bulan

Ni pregnant kedua. yg awal haritu kan gugur

Quote MisXoXo 27-12-2023 04:06 PM
Kalau kali ni bahagia dia dgn fuad..aaku suka ja tgk.biole deme berdua bahagia..aku suka tgk org bahagia.
Quote kelip2_07 27-12-2023 04:17 PM
masyuk yee fuad
Quote imanamsyar 27-12-2023 04:43 PM
berapa ketinggian perempuan itewwww?
Quote dewi_rina 27-12-2023 04:49 PM
Kikis lagi tom, apa lagi yg takde mintak.. Asyik lah hint hint je kan tom, selagi tak dpt selagi tu dok sebut itu ini
Quote Sazreena 27-12-2023 08:00 PM
Ok la at least terjaga la sket ngan mat boyan ni.
Quote minahmanja 27-12-2023 08:07 PM
MisXoXo replied at 27-12-2023 04:06 PM
Kalau kali ni bahagia dia dgn fuad..aaku suka ja tgk.biole deme berdua bahagia..aku suka tgk org bah ...

Aku pun suka.. wpun orang cakap diorg ni macam tak berjenis hihihi.. as long as diorg happy, takde buat mende tak elok OK lah..
Quote duricinta 27-12-2023 08:25 PM
minahmanja replied at 27-12-2023 08:07 PM
Aku pun suka.. wpun orang cakap diorg ni macam tak berjenis hihihi.. as long as diorg happy, takde ...

Betul..sama2 nampak happy n serasi. Harap2 berkekalan mcm ni, saling menghargai satu sama lain.
Quote menjad 27-12-2023 08:30 PM
Ada lah jugak nmpk seri ibu mngandung, klau tak kepammmm jer kan
Quote fossil 27-12-2023 09:32 PM
alhamdulillah rezeki ibu mengandung cantik HRV merah ni..stylo..
Quote red_velvet 27-12-2023 10:57 PM
Desa pprt perangai sebut2 brand kereta ni.... Ko tunjuk gambar without caption brand keta pun orang tau kereta apa
Quote naina 27-12-2023 11:02 PM
Best la laki sayang dan layan kita baik2..sediakan keperluan yg elok
Siap nyanyi timang2 lagi
Quote anony-mous 28-12-2023 12:45 AM
Ni iklan kereta ke??? Peghak gila siap sebut nissan latio & honda hrv RS. Biasa org tulis hrv sudah la. Dia punya nk menunjuk siap bgtau ambil spec yg mana 1. Kereta rosak pon nk tulis jgk jenis apa.

Sebjik perangai boy iman samsung s3 #ytjt
Quote adizero11 28-12-2023 08:01 AM
HRV pun bukan model latest..ntah2 kereta 2nd
anony-mous: Ni iklan kereta ke??? Peghak gila siap sebut nissan latio & honda hrv RS. Biasa org tulis hrv sudah la. Dia punya nk menunjuk siap bgtau ambil spec yg ...


Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.051779 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top