CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shakilla Khoriri Nafi Tak Bagi Fizi Ali Jumpa Anak, Malas Nak Ulas Isu Murahan

26-12-2023 07:42 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 16055| Komen: 25

Description: Pelakon Shakilla Khoriri enggan mengulas mengenai hantaran dimuat naik bekas suami yang juga penyampai radio, Fizi Ali yang disifatkan murahan.Fizi meluahkan kerinduan terhadap anak tunggal hasil perk ...
Pelakon Shakilla Khoriri enggan mengulas mengenai hantaran dimuat naik bekas suami yang juga penyampai radio, Fizi Ali yang disifatkan murahan.

Fizi meluahkan kerinduan terhadap anak tunggal hasil perkongsian hidup dengan Shakilla iaitu Ameena Sofia, 4, seolah-olah cuba memberitahu yang mereka sudah lama tidak berjumpa, Jumaat lalu.



Menyangkal dakwaan tidak membenarkan bekas suami bertemu dengan Ameena, Shakilla berkata, dia sudah lama berbuat sedemikian jika itu niatnya.

"Saya malas nak ulas benda-benda murahan macam ini. Biarlah orang yang sepatutnya uruskan.

"Kalau betul saya tak bagi jumpa Ameena, dua tahun lepas saya sudah melakukannya, bukan sekarang," kata Shakilla menerusi kiriman Whatsapp kepada BH Online.

Sebelum ini, Fizi mendedahkan bekas isterinya itu turut menyekat nombornya.

Mengulasnya, Shakilla tidak menafikannya, namun ada sebab kenapa berbuat sedemikian.


"Ada sebab kenapa saya sekat Fizi daripada WhatsApp, soalan itu kena tanya pada Fizi sendiri.

"Lagipun, saya tak berminat nak berurusan soal anak dengan orang ketiga. Dia pun tidak ada hubungan komunikasi baik dengan saya, jadi kenapa perlu buang masa layan drama murahan.

"Saya ibu kandung Ameena, jadi kesihatan mentalnya lebih menjadi keutamaan saya," katanya.


Bulan lalu, Fizi meluahkan rasa kesal apabila niat berjumpa Ameena ketika majlis graduasi tidak kesampaian apabila Ameena tidak hadir ke majlis konvokesyen berkenaan.

Menurut Shakilla, ada banyak jalan dan usaha yang boleh digunakan Fizi sekiranya mahu berjumpa anak.

"Bagaimanapun, Fizi memilih jalan penyelesaian dalam media sosial dengan mengharapkan doa orang ramai yang tidak tahu kemelut sebenar.

"Jadi, tidak mengapalah, biarlah dia," katanya.

Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Januari 2018, namun bercerai pada Disember 2021.

Kemudiannya, Fizi mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.


Sumber: BH Online








Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Manusiabesa 26-12-2023 07:48 PM
Bila nk diam bekokok ek dedua ketol ni? Nmpk nau dua2 xmove on lg. Aku syak nk diamkan dedua ni piji amek balik wakjadi bini no 2. Alang2 aku xapprove bini current dia. Kehkehkeh.

Quote MeowPARSI 26-12-2023 08:00 PM
Xyah laaa bitter sgt kila,, mak baru nya bukan dera anak pun,,, bazir masa je nak berperang bagai... Lapang kan hati,, bersihkan jiwa.. Br betul ada ketenangan,,, si piji pun udah2 laaa merempan dlm insta bab anak,, jgn jadi jantan poen..sume bende ko nak merentan dlm medsoc.. Sampah betul 2 ekor ni,, gadoh smpai abg jamil reput dlm kubo
Quote missyL 26-12-2023 08:20 PM
inilah masenye nk me time
Mingle2 ngn kawan2. Time suami jaga ank
Drpd dok gadoh
Buang mase
Quote Thunderclouds 26-12-2023 09:06 PM
Buat anak lain la pijjii.
Xyah dok hingaq la dahhh.
Tgk meroyan dia mcm mna lak bila hg hadap ank baru ja.
Bosan.
Quote pavlovachoc 26-12-2023 09:21 PM
Mental dah killa tu agknya
Quote she 26-12-2023 09:24 PM
Lahhhh

Mengaku ajelah
Taknak bagi mak tiri pegang kejap
Beria nak sebut ‘orang ketiga’

Kenapa nak kait dengan mental health anak
Elok je Ameena tu
Bukan kena dera
Padahal ekau nak jaga mental ekau kannnn

Cakap taknak berurusan dengan pihak ketiga
Habeh tu dah ekau block no si Piji
Dia nak contact tanya anak melalui apa?
Takkan kena guna lawyer buang duit

Apobondo eh ekau nih
Quote abangadek 26-12-2023 10:05 PM
Kak nab jugek yg bagus sama2 jaga jebat siap comolot ngan bakal mak tiri jebat lg.. tu baru betul org yg move on
Quote ReginaGeorge 26-12-2023 10:20 PM
Untungnya masih dapat ex yg masih nak jaga anak. Mcm manalah fizi nak berkomunikasi dgn baik kalau kau dari awal dah bitter bila tahu fizi kahwin. Mesti gila talak kan? Baik ko bg je fizi jaga anak, aupaya ko boleh masuk gym. Dah mcm muka mona fendi dah aku tgk ko. Mcm set2 muka kak sasha 30k.
Quote kalchi 27-12-2023 09:57 AM
Cptla shakilla ni kawen. Dah kawen, branak lg satu. Diamla nanti tu. Fizi pon sama. Tggu bini pregnant ank sndri nanti. Dia sbb maseh berebut anak nan satu ni.
Quote black_handbag 27-12-2023 10:00 AM
malas juga nak komen, sebab iols pun dalam situasi sama mcm koriri ni
Quote whimsicalmusic 27-12-2023 01:39 PM
xpaham la kenapa nk sulitkn komunikasi. sekat nombor, so xleh direct communicate. tp kalo pakai no bini br, xsuka jgk. so mcm mana tu
Quote ira_sindarella 27-12-2023 02:03 PM
Sepatutnya kila koriri bagi je meeena kat si fizi. Kila koriri patutnya kosentrate dekat scandal.

Caras scandal betul2,... Rampas biar jadi hak milik mutlak kila sorang jer. Kan sekarang musim pencaras menang.
Quote kashaz 27-12-2023 02:14 PM
agak blur bila sebut ada byk cara, dan tak suka guna orang ketiga.
so fizi kena kontek dia melalui DM sosmed ke? or jumpa facetoface unannounced?

dan kalau kila kawen baru, adekah suami baru pun dikira orang ketiga? or akan ckp akan jadi bapa ameena juga? duhhhhhhhhh...
Quote shroom 27-12-2023 02:19 PM
Xtau kenapa tp aku xpenah pecaya apa2 statement minah ni
Quote aqua_marine 27-12-2023 07:04 PM
Edited by aqua_marine at 27-12-2023 07:05 PM

Fizi dah failkan kes kan mahkamah? Sepatutnya dari awal lagi dah, kalau memang jenis care nak jaga anak and dapat pulak ex-wife yang complicated macam tu.

Sebab ai penah lalui situasi ni, so rasanya ai faham kenapa Kila bertindak mcm ni.

1. Kila maybe tak suka berurusan dgn wife fizi or mak fizi tentang anak. (Sesape ada follow mak fizi kat IG? jeng jeng jeng..) Bukan sebab nakkan perhatian fizi ye, not at all. Just nak keep the boundaries. I'm coparenting with the head of the house, not his assistant especially because ameena 100% under Fizi's responsibility bila berada di side sana. Direct communication lebih baik berbanding guna orang tengah.

Regardless of whether you and your ex share physical and legal custody or your ex has sole custody, their new spouse does not have a legal say as it regards your children. While a new spouse, a step-parent, may try to step in with the intention of supporting your children, they do not have the legal right to do so.


2. Kila ni maybe tak suka fizi suka up status mengundang. Dalam komen IG fizi sendiri pun ada yg tegur status fizi tu. So dengan menggunakan otak pramatang kila pun malas nak layan fizi a.k.a tidak membalas whatsapp/menyekat fizi utk menjaga kesihatan mental dia. Bukan untuk kesihatan mental ameena pun.

Sebab tu dia bagitau reporter "Bagaimanapun, Fizi memilih jalan penyelesaian dalam media sosial dengan mengharapkan doa orang ramai yang tidak tahu kemelut sebenar."

Nampak tak dia touching sebenarnya dgn apa yg fizi dok up² kat IG pasal dia. And dia rasa tak salah pun nak bolayan si fizi ni sebab fizi pun penah buat benda yg sama dekat dia. Betapa dua² ni tak matang pun sebenarnya walau dah beranak 1.

3. Ada yg gitau ameena alah kucing & wife baru Fizi ada bela kucing. So every time ambil anak, anak ni sakit². Maybe Kila ada reminds Fizi but si Fizi ni buat derk. So if Kila can prove that nawaitu dia baik maybe dia akan dapat dismiss claim si Fizi ni.

Itu je ler..

Quote alin33 27-12-2023 09:57 PM
X sabar nk tgok kes ni bicara kt court...sbb tgok dua2 confident utk menang kes....sbb yg mak ameena nya mcm ada sebab kukuh napa dia buat mcm ni...yg daddynya guna belas kasihan org utk meraih simpati....mesti byk cite yg keluar nnti
Quote tasha 27-12-2023 10:05 PM
dgr cite skandal laki org yg teburai aritu pun dah selamat becerai dgn bini nya...tkde ke reputs nk cover
Quote Naneyra 28-12-2023 12:57 AM
Edited by Naneyra at 28-12-2023 01:48 AM

piji dah bagi hint tu hehehehe
Quote cikbudu 28-12-2023 01:04 AM
Cite kat mahkamah nti, tayah cakap banyak

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.051113 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top