CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pekin Teruja, Isteri Hamil Anak Kedua

26-12-2023 06:17 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 14740| Komen: 13

Description: Pelakon, Pekin Ibrahim berkongsi keterujaan isterinya, Mona Allen kini memasuki trimester kedua kehamilan dan dijangka bersalin pada awal tahun depan.Pekin, 42, ketika dihubungi berkata, dia berharap ...
Pelakon, Pekin Ibrahim berkongsi keterujaan isterinya, Mona Allen kini memasuki trimester kedua kehamilan dan dijangka bersalin pada awal tahun depan.

Pekin, 42, ketika dihubungi berkata, dia berharap semua urusan dipermudahkan dan kehadiran anak kedua itu nanti akan melengkapkan keluarga kecilnya.



"Alhamdulillah, tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan gembira dan teruja ini. Saya dan Mona mencapai kata sepakat untuk mengumumkan berita ini selepas kandungan sudah kuat.

"Saya sendiri tidak menyangka rezeki yang diberikan Allah SWT kerana mengambil masa empat tahun untuk mendapatkan Petra. Namun, perkara yang tidak sangka itu menjadikan berita ini lebih manis dan bermakna.

"Jadi, sebaik saja memasuki trimester kedua, barulah kami membuat pengumuman ini di media sosial. Semoga segala urusan Mona untuk melahirkan cahaya mata kedua itu nanti dipermudahkan," katanya kepada Harian Metro.


Terdahulu, Mona membuat pengumuman mengenai kehamilannya di media sosial dan rata-rata mengucapkan tahniah kepada pasangan selebriti itu.

Pekin mendirikan rumah tangga dengan Mona pada 7 Disember 2018. Selepas empat tahun, mereka dikurniakan anak pertama, Petra Pekin pada 31 Ogos lalu.


Sumber: Harian Metro




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hasniey 26-12-2023 06:23 PM
Alhmdulillah.bini comel.anak comel
Quote 3chanceno 26-12-2023 07:02 PM
Tahniah..semuga selamat sehingga baby dilahirkan.
Quote opie5662 26-12-2023 07:06 PM
Jgn bernazar nk bukak tudung sempena mengandung kali kedua dah... Dah bapa kali nampak dia dh freehair.. Hahahha
Quote azlinazakarya 26-12-2023 07:34 PM
Eh.... ingat kan Nora. Sorry...tersalah pandang.  
Quote Lampuled 26-12-2023 11:12 PM
Tahniah.. bini dia ni dulu glamer kemain zaman tasha celcom. Lawa betul.
Quote babelina 27-12-2023 09:26 AM
alhamdulillah syukur.. bestnya.. moga dpermudahkn segalanya nanti..
aku mmg suka Mona Allen nie.. body meletop.. muka lawa..
Quote kakakgarang 27-12-2023 09:45 AM
sure ke anak ke-2? ke anak yang ke-3? tanya je
Quote slyfynx 27-12-2023 10:16 AM
Sampai skrg aku xleh lupa kisah beliau dengan iman
Quote blekkep 27-12-2023 01:51 PM
kakakgarang replied at 27-12-2023 09:45 AM
sure ke anak ke-2? ke anak yang ke-3? tanya je

Ytjt
Quote kakakgarang 27-12-2023 02:46 PM

iykyk gittewww (gelak sinis) hehe
Quote maroon_nerd 27-12-2023 04:05 PM
kakakgarang: sure ke anak ke-2? ke anak yang ke-3? tanya je


Iolls ada terlepas cerita pasal diorang ni ke?


Quote sismarkonah 27-12-2023 04:06 PM

tak nak tumpah teh ke?
Quote Burong_Hantuk 27-12-2023 04:19 PM
pekin ni nampak tua...baru 42 tahun rupanya

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.048408 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top