CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penuh Orang Islam, Tempat Makan Popular Dan Tular Di Teluk Intan Tiada Sijil Halal

22-12-2023 03:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10893| Komen: 36

Description: Ipoh: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) mengesahkan Restoran Hawayi di Teluk Intan tidak mempunyai sijil halal.
Ipoh: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) mengesahkan Restoran Hawayi di Teluk Intan tidak mempunyai sijil halal.

Pengarah JAIPk Harith Fadzilah Abdul Halim berkata hasil semakan oleh Bahagian Pengurusan Halal JAIPk mendapati restoran terbabit bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah.


Beliau berkata JAIPk tidak pernah mengeluarkan pensijilan halal untuk premis berkenaan sepanjang operasinya dan perkara itu perlu diambil berat oleh masyarakat Islam.


"Saya menasihati seluruh masyarakat Islam agar berhati-hati apabila kita ke restoran dan tempat makan.

"Sebagai orang Islam kita digalakkan tengok ada logo halal atau tidak," katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, isu status halal restoran terbabit hangat diperkatakan di laman sosial Facebook sehingga menimbulkan kebimbangan pengguna Muslim lain.

Malah seorang pengguna laman Facebook dengan nama Abang Ameen menyatakan hasil semakan di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tiada menemukan rekod restoran terbabit mempunyai sijil halal.


Sementara itu, Harith Fadzilah berkata pihaknya turut menasihati orang ramai khususnya masyarakat Muslim agar tidak cepat terpengaruh dengan kehadiran ramai orang Islam ke kedai berkenaan.

"Orang Islam wajib memastikan semua makanan dan minuman bersih, suci dan halal kerana ia menjadi darah daging kita.

"Paling penting pastikan setiap restoran atau tempat makan itu mempunyai SPHM kerana tanda halal itu adalah jika operasi dan bahan makanan di sesebuah premis itu menepati syarat," katanya.

Beliau berkata sebagai pengguna, mereka boleh membuat semakan melalui aplikasi telefon pintar dan sikap berhati-hati dalam memilih premis makanan amat wajar dilakukan kerana masyarakat Islam perlu berhati-hati dalam hal ehwal berkaitan makan serta minum selain berdasarkan hukum syarak.

"Itu sebab kita galakkan kepada mana-mana pemilik restoran dan individu untuk memohon sijil halal kerana ia lebih meyakinkan masyarakat," katanya. 

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rajawali 22-12-2023 03:14 PM
"warung goreng pisang Kak Leha kepala simpang tu pun tak ada tanda halal"....kata Zack (nama betul Zakaria Baharum) kepada rakannya Jack (nama betul Jaapar bin Senun)
Quote mejaputih 22-12-2023 03:38 PM
Rajawali replied at 22-12-2023 03:14 PM
"warung goreng pisang Kak Leha kepala simpang tu pun tak ada tanda halal"....kata Zack (nama betul Z ...

haha baru nk ckp...kebanyakan restoren di luar bandar takde pun apply sijil halal....
Quote otai_g 22-12-2023 03:41 PM
mejaputih replied at 22-12-2023 03:38 PM
haha baru nk ckp...kebanyakan restoren di luar bandar takde pun apply sijil halal....

Tp tkg masaknya mak cik Dan pak cik pki songkok Dan tudung. Aku x rs mak cik Dan pak cik tu makan babi.
Quote cmf_almondpecan 22-12-2023 03:43 PM
otai_g replied at 22-12-2023 03:41 PM
Tp tkg masaknya mak cik Dan pak cik pki songkok Dan tudung. Aku x rs mak cik Dan pak cik tu makan  ...

Baru semalam tengok video acik tudung jual bakso babi kat Indonesia. Mat salleh review makan buat video tu. Tapi kat Malaysia ni harap takde la macam tu.
Quote brego 22-12-2023 03:47 PM
ok la tu,
spesis bangang jer yg makan macam babi melahap taik
yg syubhah pun dia sapu,
mmg hobi suka mengunyah mcm lembu, tanpa guna akal

spesis ni senang di kenali
dia guna konsep akai setitik

"kedai melayu pun takde logo halal"
Quote Decaffeinated 22-12-2023 03:47 PM
Pantang nampak bisnes orang laku sikit ada sahaja yang menggelupor.
Quote Decaffeinated 22-12-2023 03:52 PM
otai_g replied at 22-12-2023 03:41 PM
Tp tkg masaknya mak cik Dan pak cik pki songkok Dan tudung. Aku x rs mak cik Dan pak cik tu makan  ...

Talk about halal yang kita maksudkan makanan tu bukan tukang masak tu makan apa.

Makcik tak makan babi pun boleh ja guna ingredient berasaskan arak dan babi. You'll be surprised.

Quote MissVixen 22-12-2023 03:57 PM
Syarikat2,franchise,  kedai2 melayu, semua malas nak mintak sijil halal. Bila non muslim dah ikut prosedur mintak sijil halal pun ramai pertikai lagi contohnya kedai krishnan dekat teluk intan tu. Nak kata sebab non muslim masak, habis yang kedai fast foods non muslim masak tu elok je kome masuk dah makan.
Quote krustykrab 22-12-2023 03:58 PM
Kahkahkah...yg restoran mekdi kepci korang boikoit wpun ada sijil halal..yg kedai tepi jalan cina pun berani pulak korg pi melantak kan.

Quote kerunai 22-12-2023 04:04 PM
perak ni bukan nk kabo la tapi semua tempat mcm tu

sebab zaman tok nek dulu sebelum ada sijil halal pun diorang dah bedal

ajak cucu cicit bedak skali

sampai skang masih melahap bior pun kembang tekak
Quote ardent91 22-12-2023 04:06 PM
otai_g replied at 22-12-2023 03:41 PM
Tp tkg masaknya mak cik Dan pak cik pki songkok Dan tudung. Aku x rs mak cik Dan pak cik tu makan  ...

bukan setakat pake kopiah/songkok dan tudung.. yg plg penting Muslim Malaysian.. sbb kalo Muslim negara lain cam endon x keysah pown halal dan haram..contoh kedai jual nasi claypot tu

Quote farlis 22-12-2023 04:09 PM
MissVixen replied at 22-12-2023 03:57 PM
Syarikat2,franchise,  kedai2 melayu, semua malas nak mintak sijil halal. Bila non muslim dah ikut pr ...

Krishnan tu sedap weiiii..

Quote antikorok 22-12-2023 04:40 PM
Asalkan no pork, no lard katanyehhhhhhhh

Padahal bhn2 lain mcm rice wine atau periok pinggan mangkok yg dah guna serve porky bukan diambil kira pun Melayu urban namampos ni!
Quote kelapaparut 22-12-2023 04:42 PM
susah melayu semue bende nak syubhah was was, xpayah hidupla mcm tu pi mampusla..aku skrg xlayan dah manusia2 lobai yg nak kire sebutir2 pahala dosa org halal xhalal
Quote haruslah 22-12-2023 04:50 PM
I follow fb abang ameen

Btw, i x boleh terima yg kata FnB non muslim yg ada sijil halal, tapi x halal/was2

Tp x kisah makan kat tepi jalan yg takde sijil halal janji melayu jual

Ape diorg x penah tgk lagi cina supply ayam kat acik kantin...
Quote prettyuglybabe 22-12-2023 05:06 PM
otai_g replied at 22-12-2023 03:41 PM
Tp tkg masaknya mak cik Dan pak cik pki songkok Dan tudung. Aku x rs mak cik Dan pak cik tu makan  ...

halal tu bukan babi je..
tapi kebersihan pun perlu diambil kira..
jangan terkejut some peniaga rumah mereka macam kandang lembu..
Quote Tinot7 22-12-2023 07:22 PM
Deme juai apa?
Quote shida81 22-12-2023 07:27 PM
kerunai replied at 22-12-2023 04:04 PM
perak ni bukan nk kabo la tapi semua tempat mcm tu

sebab zaman tok nek dulu sebelum ada sijil halal ...

Ms ak kecik2 dulu asal blk kg je abah ak suka btul mkn kt kedai cina.. Abah ak ckp kedai ni dr dulu ramai melayu.. Tp abh ak je la mkn.. Ak mk n Adik2 x mkn.. Minum air je.. Abah ak bengang betul bila ak tny halal ke kedai ni abah... Pastu mmg x de dia nk bw kitorang.. Mk ak pn x nk g.. Mmg org perak ni x kisah kot.. Ke sbb dorang percaya cina2 tu x letak brg haram....
Quote acikhan 22-12-2023 07:50 PM
shida81 replied at 22-12-2023 07:27 PM
Ms ak kecik2 dulu asal blk kg je abah ak suka btul mkn kt kedai cina.. Abah ak ckp kedai ni dr dul ...

sama mcm haku, kekecik balik kg abah haku kat Tanjung malim pemes ngan pau gebu gebas cina punyer... biler balik je Tanjung malim terliur tgk pau tu tp x boleh makan sbb cina yg wat tup tup biler da beso n kedai pau tu pemes ramai ummah melayu makan ye, kalo dulu kekecik mmg payah nk tgk melayu makan time haku balik kg

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.069043 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top