CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pura-Pura Menangis Tengok Anak Saudara Usia 3 Tahun Dibunuh, Rupa-Rupanya Dia Sendiri Yang Bunuh

22-12-2023 02:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9232| Komen: 12

Description: Bangkok: Selepas 1,316 hari tragedi seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dibunuh, Mahkamah Mukdahan di Thailand, akhirnya menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun kepada pembunuhnya iaitu bapa saudara m ...
Bangkok: Selepas 1,316 hari tragedi seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dibunuh, Mahkamah Mukdahan di Thailand, akhirnya menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun kepada pembunuhnya iaitu bapa saudara mangsa.


Bapa saudara kanak-kanak itu, Chaiphol Wipha popular sebagai 'Pakcik Pol' dalam media sosial.


Foto: Agensi

Tiga tahun lalu, dia pernah tular selepas menangis menuntut keadilan sambil mendakap anak saudaranya yang berlumuran darah, Orawan Wongsricha.

Chaiphol didapati bersalah atas dua pertuduhan menyebabkan kematian kepada orang lain dan mengambil kanak-kanak bawah umur itu daripada ibu bapanya.

Dia dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah menolak pertuduhan ketiga iaitu mengusik mayat bagi mengelakkan keputusan bedah siasat yang tepat.

Isteri tertuduh, Somporn Larbpho, kakak kepada ibu mangsa juga didakwa mengusik mayat tetapi dibebaskan.


Orawan Chompoo Wongsricha hilang dari rumahnya pada 11 Mei 2020, sebelum mayatnya ditemukan dalam keadaan bogel di Taman Negara Phu Pha Yon pada 14 Mei tahun sama, kira-kira 1.5 kilometer (km) dari rumahnya.

Mahkamah mula mendengar keterangan mengenai kes itu pada 20 Jun 2022 kerana polis mengambil masa hampir dua tahun untuk menyelesaikan siasatan yang mengambil masa lama berikutan kekurangan bukti dan saksi kukuh.

Menjelang 27 Julai, mahkamah mendengar 47 pendakwaan dan 20 saksi pembelaan.

Mahkamah memutuskan keputusan itu berdasarkan bukti sekeliling yang menunjukkan mustahil kanak-kanak berusia tiga tahun berjalan sejauh 1.5 km dan mendaki gunung yang curam, sendirian.

Mahkamah juga menyatakan, kakak sulung kanak-kanak itu menjaga adik bongsunya itu dari 9 pagi sebelum menyedari kehilangannya kira-kira 50 minit kemudian.

Gadis itu berkata, dia tidak mendengar adiknya menangis sama sekali.

Mahkamah juga menyatakan, Chaiphol memberitahu seorang sami pada 10 pagi bahawa anak saudaranya hilang, walaupun dia berada di luar kawasan pada masa itu.

Keputusan itu juga mengatakan, Chaiphol cuba meyakinkan seorang saksi untuk memberitahu polis dia berada di ladang getah berhampiran, sejak 7 pagi.

Mahkamah juga berkata, rambut yang ditemukan dalam trak pikap Chaiphol sepadan dengan asid deoksiribonukleik (DNA) kanak-kanak itu.

Kes berprofil tinggi itu meraih perhatian seluruh Thailand, malah orang ramai mula bersimpati dengan Chaiphol, terutama selepas ibu bapa mangsa menyuarakan syak wasangka bahawa lelaki itu mungkin orang yang menculik anak mereka.

Ibu bapa menyatakan, anjing yang menjaga rumah tidak menyalak dan kanak-kanak itu tidak menangis apabila dia dibawa pergi.

Bedah siasat mendapati banyak luka pada badan dan kemaluan kanak-kanak itu tetapi pihak hospital tidak mengesahkan sama ada dia diperkosa.

Namun, bapa saudara budiman itu membuatkan orang ramai percaya kepadanya kerana dia berulang kali menyatakan sayangnya kepada kanak-kanak itu selain menegaskan dia tidak boleh membahayakan anak saudaranya itu.

Lelaki itu tiba-tiba popular sehingga menerima tawaran sebagai model, penyanyi dan pelakon.

Malah, pempengaruh dan YouTuber mula berpusu-pusu ke perkampungan kecil itu untuk mencari petunjuk yang memberi peluang kepada penduduk kampung memperoleh banyak pendapatan apabila menyewakan tanah untuk dijadikan tempat sewa khemah di kawasan itu.

Dengan beberapa YouTuber berkhemah selama berbulan-bulan, ramai penduduk kampung juga meraih pendapatan menjual sayur-sayuran dan buah-buahan segar mereka.

Beberapa saluran YouTube baharu muncul melaporkan secara langsung dari kampung itu, manakala Chaiphol sendiri menyediakan saluran, supaya peminat menontonnya dalam masa nyata.

Stesen televisyen juga menghantar pasukan untuk membuat liputan mengenai perkembangan di Ban Kokkok. 

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 22-12-2023 05:23 PM
Siap sunggoh
Quote she 22-12-2023 05:39 PM
Mesti ramai akan jadikan panduan dalam menyelesaikan kes adik Zayn
Quote grouper 22-12-2023 05:45 PM
Mohon acik2 detektif kes zyan mencemar duli... precedent kes ni boleh la buat rujukan
Quote B40tastePosh 22-12-2023 05:47 PM
Kalau kat Malaysia mesti nama dia Saiful
Quote immi 22-12-2023 05:48 PM
Pakcik dari neraka betul ko ni
Quote Manusiabesa 22-12-2023 06:13 PM
grouper replied at 22-12-2023 05:45 PM
Mohon acik2 detektif kes zyan mencemar duli... precedent kes ni boleh la buat rujukan

Allahuakbar.. wlopon aku terus relate kes zayn..tp aku bedoa sgt. Agar bukan lah izz atau suami yg bunuh.
Zayn..andai kau hidup..pasti kau dpt mklumkan pd kami..
Andai daun2 pokok2 tepi sungai tu boleh brcakap..dh lama kita dpt tgkp pelaku..... cry !!
Quote damsel_fiji 23-12-2023 10:17 AM
B40tastePosh replied at 22-12-2023 05:47 PM
Kalau kat Malaysia mesti nama dia Saiful

haha..gigih ai baca balik artikel
pakcik dia nama chaipol

Quote mejaputih 23-12-2023 10:46 AM
Kat sana mengusik mayat kena dakwa ye..ari tu arwah zayn ada usik ke tak?
Quote anony-mous 23-12-2023 11:08 AM

Mahkamah juga berkata, rambut yang ditemukan dalam trak pikap Chaiphol sepadan dengan asid deoksiribonukleik (DNA) kanak-kanak itu.


Hebat detektif sana buat kerja. Details sungguh & plot twist sgt.

Bila baca full story, xboleh jd kan rujukan utk kes zayn
Quote newyork 24-12-2023 01:11 PM
semoga arwah zayn dpt pembelaan..
Quote Shayang 24-12-2023 01:24 PM
Manusiabesa replied at 22-12-2023 06:13 PM
Allahuakbar.. wlopon aku terus relate kes zayn..tp aku bedoa sgt. Agar bukan lah izz atau suami yg ...

Lain sgt kes ni ngn kes arwah
Kes arwah zayn polis ada DNA dan cap jari suspek tapi tak temui padanan
Duk cari sana sini tak jumpa kat umah sesapa pun.

Boleh jadi milik acik2 forum yelaa mana la kita tau kan
Semua org pun suspek skrg walau kita semua tak duduk kt Idaman tu pun.
Memasing ada kaki kan takkan lepas letak mayat nak duduk situ lagi, harus terus terbang ke turkiye ke UK ke pastu balik malaysia acah2 eh hujan lebat ke? banjir ke skrg ni?
Quote imanjannah 24-12-2023 04:59 PM
moga dapat la jumpa pembunuh Zyan

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.042344 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top