CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rupa Paras Pelakon Jadi Isu Sejak Era 80-an - Namron

21-12-2023 10:35 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7760| Komen: 10

Description: Tidak menolak bahawa isu rupa paras seperti bagaikan tenggelam timbul dimainkan dalam industri hiburan, pelakon senior, Namron berkata, dia tidak tahu mengapa ia wujud kerana banyak pandangan berbeza ...
Tidak menolak bahawa isu rupa paras seperti bagaikan tenggelam timbul dimainkan dalam industri hiburan, pelakon senior, Namron berkata, dia tidak tahu mengapa ia wujud kerana banyak pandangan berbeza daripada peminat dan penonton.


Menurut Namron atau nama sebenarnya, Shahili Abdan, sejak tahun 80-an dan 90-an, hal yang sama berulang kali dicetuskan oleh sesetengah pihak namun tidak menemukan jalan penyelesaian.


“Bagi saya isu ini tak pernah habis dimainkan. Sekejap ia tenggelam lepas itu timbul balik. Seingat saya dari tahun 80 dan 90-an ia sudah dimainkan isu ini. Ada masa ditukar sikit plotnya menjadi wajah komersial dengan tak komersial seperti isu tiada perwatakan menarik.

“Semuanya sama saja, ulang alik benda yang sama. Pada pandangan saya, pelakon-pelakon kita teruskan saja bekerja dan pedulikan apa orang nak cakap. 

“Apa lagi di zaman media sosial ni, artis dan pelakon bukan hanya berdepan dengan wartawan hiburan tetapi juga netizen yang selalu mencari isu. Nanti bila ada isu lain, isu ni akan dilupakan,” katanya. 



Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 21-12-2023 10:46 AM
yawnnnnnn!!!
Quote slyfynx 21-12-2023 10:48 AM
Ate, udah x hensem, ttp akan x hensem.
Cemane nk penyelesaian nye ntah.
Penerimaan masyarakat bukan boleh dipaksa.
Lg teruk kalau muka nan hado, bakat pun nan hado
Quote Thunderclouds 21-12-2023 02:27 PM
Mananyaaaa...dulu²..yg jongos pn leh jd hero pujaan tawwww..
Xcaya tnya mr os ngn ar bedul to name a few.
La ni org byk sgt hadap muka plestik Korean sampai melampaui hakikat yg keturunan retis mulayu the majoritinya paras nusantara asli.
Janji blakon sedap cukop lah.
Xsuka xyah tgk cita depa.
La ni cita² yg kna ngan tekak + pelakon pon eye candy hanya dhujung jari.
Quote AbukRokok 21-12-2023 04:38 PM
normah manusia suke keh keindahe
sape je yg suka ke kejelikang?
Quote Naargees 21-12-2023 06:28 PM
Org msia mmg bodoh kalau tgk filem International ke African movies ke cerita tamil ke cerita cina ke hero²ada yg tk hensem elok je diterima berlakon

Org msia melayu ni kebanyakanya rasis tpi tk nk mengaku
Quote anony-mous 21-12-2023 06:44 PM
Naargees replied at 21-12-2023 06:28 PM
Org msia mmg bodoh kalau tgk filem International ke African movies ke cerita tamil ke cerita cina ke ...

Gen Z skrg otak jd lembab sbb byk sgt tgk kdrama. Kdrama kan mcm ni. Bg i plak, kalau cerita tu best, ko letak la sapa2 pon jd lead i ok. Since cerita hauk, producer n pengarah pon pakat2 letak hat muka elok nk cover jln cerita xbest drama n filem melayu
Quote asma87 21-12-2023 07:16 PM
Naargees replied at 21-12-2023 06:28 PM
Org msia mmg bodoh kalau tgk filem International ke African movies ke cerita tamil ke cerita cina ke ...

Kalau pakcik kazar berlakon jadi hero pon mesti meletop filem..pakcik kena berlakon dalam filem menantu pakcik..apela menantu xguna pakcik tu, pakcik punyala talented, boleh sgt jadi hero filem genster samsol..
Quote Naargees 26-12-2023 11:46 PM
anony-mous replied at 21-12-2023 06:44 PM
Gen Z skrg otak jd lembab sbb byk sgt tgk kdrama. Kdrama kan mcm ni. Bg i plak, kalau cerita tu be ...

mmg tk tgk cerita/filem atau drama melayu..jln cerita dari zaman dulu sampai lah ke la ni tk sama je no quality at all baik  tgk African movie  lgi best..
Quote Gorgos 27-12-2023 09:22 AM
Dlm rancangan Sepahtu yg jemput Liza Abdullah tu dia ckp tahun 80an muka tak hensem pun bole jadi hero iaitu Badol. Sehinggakan tajuk filem2 pun nama Badol.????
Quote kucingitam 27-12-2023 10:18 AM
tahun 80an, badul, os, salih yaakob jadi hero filem. rosyam nor time tu jadi tempelan je weh... mandai je namron ni.. arwah r jakpar pun rileks je jadi lead dalam filem.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.168698 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top