CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dia Sangat Kental, Dia Tahu Dia Tidak Berapa Comel," Arja Lee Kagum Dengan Aina Abdul

21-12-2023 10:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11953| Komen: 55

Description: Ingin kembali dalam dunia muzik, pelakon Arja Lee memasang impian untuk merakamkan lagu ciptaan Aina Abdul.
Ingin kembali dalam dunia muzik, pelakon Arja Lee memasang impian untuk merakamkan lagu ciptaan Aina Abdul.

Arja atau Azharudin Ramli, 40, berkata, ini kerana Aina seorang penyanyi dan komposer yang bijak dalam menghasilkan karya termasuk mempunyai semangat juang yang tinggi.


Foto: IG

“Minta tolong sampaikan hajat ini kepada Aina Abdul. Saya mahu sangat dia buatkan lagu untuk saya.

“Pada pandangan saya Aina seorang penyanyi yang sangat bijak dan kaya dengan ilmu, meskipun dia masih baru. Saya peminat dia dan ikut perkembangannya di Instagram.

“Saya melihat dia sangat kental, dia tahu dia tidak berapa ‘comel’, jadinya dia menggunakan makanisme serta komponen lain untuk tunjukkan bakat sebenarnya.

“Saya jatuh hati dengan karya dan liriknya, dia penyanyi yang memiliki jiwa yang besar,” katanya kepada mStar.


Arja memaklumkan perkara itu ketika ditemui di majlis tayangan perdana Sayu Yang Syukur di Starling Mall pada Rabu.

Dalam masa sama, Arja berkata dia bersedia membayar sekiranya Aina meletakkan caj pada karya ciptaannya.

“Saya ingin menyanyikan lagu dia dan ingin buktikan keupayaan suara saya. Berapa pun caj, saya sedia untuk membayar. Tolong ciptakan lagu untuk saya.

“Kalau genre sudah pasti saya mahu lagu balada dan lagu paling saya minat Jangan Mati Rasa Itu.


Sementara itu, mengulas mengenai filem Sayu Yang Syukur, Arja berkata, ia adalah buah tangan buat peminatnya selepas sekian lama dia mendiamkan diri.

“Agak lama saya berdiam diri disebabkan beberapa perkara termasuk melanjutkan pelajaran dan menjadi tenaga pengajar.

“Kini saya kembali ke industri dengan filem yang saya lakonkan lapan tahun lalu. Hadiah buat peminat.


Selain Arja, Sayu Yang Syukur turut dibintangi Datuk Aaron Aziz, Nora Danish, AR Badul, Kismah Johar, Fairie Khalil dan ramai lagi.

Sayu Yang Syukur bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia pada 28 Disember 2023. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edoraixora 21-12-2023 10:34 AM
Terus aina xnak bagi lagu...kot ye pun nak ckp org tu x cantik, belakang2 sudah lah
Quote Burong_Hantuk 21-12-2023 10:47 AM
Quote slyfynx 21-12-2023 10:49 AM
Ko, nk colab, tp terus chop die x cantik.
Pasni kuar la pulak artikel baru cakap netizen salah faham ayat die.
"Saya maksudkan Aina ni cantik, cuma x comel macam retis KPop"
Quote isbritneybich 21-12-2023 11:11 AM
menganjeng sambil memuji
Quote azwanaliori 21-12-2023 11:15 AM
Bodo piang nak kolab to pegi kritik muka org tu x bro comel kenape
Quote sleepandream 21-12-2023 11:20 AM
hmmmm contoh lagu sedap yg aina compose is ... ?
Quote stania83 21-12-2023 11:25 AM
peminat aina ni semua kelompok, itu hint tu...ytjt..
Quote aciksenah 21-12-2023 11:28 AM
stania83 replied at 21-12-2023 11:25 AM
peminat aina ni semua kelompok, itu hint tu...ytjt..

Semua artis ada kelompok tu la..actually golongan mcm ni la selalunya yang jadi tulang belakang fan club setiap artis. Jarang lelaki sejati yang nak join fan club semua ni...Even tokti pun ramai je peminat dari golongan ni...
Quote aciksenah 21-12-2023 11:50 AM
Memang kenyataan..kat Malaysia ni sapa yang ada "rupa" je yang selalunya berjaya. Yang tak ada rupa tu terpaksa bersusah payah walaupun ada suara yang bagus.
Quote red_velvet 21-12-2023 12:17 PM
Alahai si anu dalam botol ni...
Quote BoongaKertas 21-12-2023 12:22 PM
deep giler ayat hang. adoi. kot ye pun, berlapik sikit bang.
Quote Bergosip 21-12-2023 12:28 PM
Edited by Bergosip at 21-12-2023 12:29 PM

nak collab dengan aina tapi bagitau yang aina tahu yang dia tak berapa comel. ehhhh?

kalau nak collab/mintak tolong. susun lah ayat tu betul2. ni kau kutuk rupa aina siap libatkan aina sekali (aina tahu dia tidak berapa comel)? aku macam ehhhhh, dia ni. ehhhhhhhh


lepas tu siap suruh orang lain yang bagitau aina. ehhhhhh, dalam industri yang sama. bagitaulah sendiri


tapi mesti pelik kan bila depan2 nak cakap. "i suka u. i tengok u ni sangat kental. sebab u tahu u tak berapa comel"
Quote Catpaw 21-12-2023 12:48 PM
Kau pun x seberapa, ada cermin tak kat rumah , ke berpantamg tengok cermin sampai lupa diri

Quote selipar_hijau 21-12-2023 12:55 PM
Ok aina sila buat lagu yg tarik paling tinggi dalam dunia ni bagi kat arja
Quote farlis 21-12-2023 04:35 PM
Terlalu jujur
Quote Mary_jane 21-12-2023 04:40 PM
Ada satu komen kat fb macam mana dia boleh menang sfmm, separuh lagu aaa uuu ohhhh dah habis.
Quote kawahapi 21-12-2023 04:43 PM
Perasan tak muka dia ni dah lain?
Quote LadyCarefree 21-12-2023 04:46 PM
Tak comel lagi sakit oooo dari cakap tak cantik.
Quote miracle_forever 21-12-2023 04:55 PM
jujur sgt! hahahhahaha mmg betul pun tak lawa

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.198220 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top