CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berang Lambat Buatkan Air Teh, Suami Tikam 15 Kali Dan Penggal Kepala Isteri

21-12-2023 09:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7832| Komen: 5

Description: Seorang lelaki didakwa memenggal kepala isterinya menggunakan pedang.
Seorang lelaki didakwa memenggal kepala isterinya menggunakan pedang.

Suspek didakwa melakukan perbuatan itu selepas berang dalam satu pertengkaran membabitkan minuman teh.

Suspek dipercayai melancarkan serangan itu selepas isterinya lewat membawakan secawan teh kepadanya.



Suspek, Foto: CEN

Tragedi berdarah berlaku di kediaman pasangan itu di Faljagadh, di Uttar Pradesh, India, menyaksikan suspek menikam mangsa berusia 50 tahun berulang kali.

Suspek, yang bekerja sebagai penjual sayur-sayuran, didakwa menikam isterinya sebanyak 15 kali dengan pedang sebelum memenggal kepalanya selepas pasangan itu bertengkar.

Media tempatan melaporkan suspek berang kerana lama menunggu minuman panasnya sebelum bergaduh dengan isterinya.

Ketika kejadian, anak lelaki pasangan itu dilaporkan mendengar jeritan mangsa dan bergegas untuk melihat perkara itu, namun bapanya didakwa menyerangnya juga.



Mangsa, Foto: CEN

Penduduk kampung turut mendengar jeritan dan berlari ke rumah pasangan itu. Bagaimanapun, mereka mendapati mangsa sudah mati dan terbaring berlumuran darah ketika tiba di lokasi kejadian.

Asisten Komisioner Polis Gyan Prakash Rai berkata, pasangan suami isteri itu bergaduh kerana minuman teh.

"Suspek kemudian mengeluarkan senjata tajam dan memenggal leher mangsa dari belakang, yang menyebabkan kematian serta-merta," katanya.

Polis kini sedang menjalankan siasatan. -CARI

Sumber: mStar/ Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lilacomot 21-12-2023 09:43 AM
pasal teh je pun smpai nk berbunuhan...sian bini tu smpai akhir hayat jd hamba laki

rosak mental manusia zmn skrg
Quote kaoru44 21-12-2023 09:44 AM
bencinya org panas baran[em:6:]
Quote pasa 21-12-2023 10:14 AM
Pasal belacan itu pun kamu nak pancung dia ke?
Quote cmf_premierleag 21-12-2023 10:25 AM
So now dia dh mati, ko pegi la buat teh tu sendiri....jantan bodoh
Quote swimswim 21-12-2023 10:48 AM
Uttar pradesh ni ramai betul suka bunuh2 psl hal kecik. Asal baca berita je, uttar pradesh

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.339210 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top